omniture

INOVASI JAHITAN MEMENANGI ANUGERAH BEST OF THE BEST RED DOT DESIGN AWARD

SVP Worldwide
2022-03-25 21:50 225

Mesin PFAFF® creative icon™ 2 Menerima Penghargaan untuk Reka Bentuk dan Inovasi 

LA VERGNE, Tennessee, 25 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Mesin jahit dan sulaman PFAFF®creative icon™ 2 SVP Worldwide telah memenangi Red Dot Design Award yang tersendiri untuk kategori Reka Bentuk Produk, salah satu cap kualiti yang paling dicari-cari untuk reka bentuk yang baik.  Mesin ini menerima Anugerah Best of the Best yang sangat berprestij.  Kurang daripada satu peratus calon dianugerahkan dengan pengiktirafan tersebut. Pemilihan juri diadakan setahun sekali di Essen, Jerman dan terdiri daripada tiga kategori utama: Reka Bentuk Produk, Reka Bentuk Jenama & Komunikasi serta Konsep Reka Bentuk. 

"Kami begitu teruja dan bersyukur apabila PFAFF® creative icon™ 2 telah dipilih sebagai pemenang anugerah Red Dot dalam kategori Reka Bentuk Produk.  Pencalonan untuk anugerah ini merupakan suatu penghormatan dan kemenangan ini membuktikan bahawa pasukan R&D dan reka bentuk kami menghasilkan mesin yang paling cantik dan berteknologi paling canggih untuk para pelanggan kami. Semangat inovasi yang ada di SVP Worldwide tidak dapat ditandingi," kata Dean Brindle, Ketua Pegawai Pemasaran SVP Worldwide, iaitu syarikat induk Pfaff.

PFAFF® creative icon™ 2 merupakan mesin jahit pertama yang direkayasa dengan Kecerdasan Buatan untuk menunjukkan prestasi dan berkembang sebagai bertindak balas kepada para tukang jahit—tentang apa yang dijahit dan cara mereka menjahit. Dalam fesyen AI yang sebenar, PFAFF® creative icon™ 2 disediakan untuk terus mengejar kesempurnaan, menjadi lebih bijak terhadap setiap tugasan dengan cara yang baharu dan menyerlah. Ia teruja menanti arahan suara dan imaginasi si tukang jahit, menjadikannya salah satu mesin berteknologi paling canggih dalam industri.  Keindahan mesin ini juga tiada tandingan dengan garisan yang moden dan bersih serta aksesori dan peralatan lekapan yang direka dengan sempurna. 

Red Dot Award akan disampaikan secara rasmi kepada SVP Worldwide pada 20 Jun 2022, di Jerman. 

Brindle berkata ciri Creative Icon 2 dan penemuan teknologinya adalah di luar imaginasi. "Ia merupakan mesin jahit pertama di dunia yang dikawal oleh pengecaman pertuturan. Arahan bebas tangan menawarkan tukang jahit dengan tahap fleksibiliti dan kreativiti yang lebih tinggi.  Mesin ini dapat bekerja bersama-sama dengan tukang jahit dan tablet interaktif yang besar pula bertindak sebagai pembantu maya, menyesuai dan membantu sepanjang projek dijalankan. Keupayaan Kecerdasan Buatan merupakan suatu pencapaian teknologi yang menakjubkan yang digabungkan dengan penghargaan terhadap sejarah kraf.  Kami berasa rendah diri dan berbesar hati dengan anugerah ini."

TENTANG PFAFF®
Dengan sejarah yang terkenal dalam reka bentuk dan kejuruteraan yang unggul, mesin jahit PFAFF® ialah mesin ketepatan terulung di dunia yang ingin dimiliki oleh penjahit. Jenama PFAFF® mempunyai lebih daripada 150 tahun warisan jahitan yang mewujudkan suasana pembangunan serta reka bentuk mesin jahit dan sulaman berkualiti tinggi yang berterusan. Dikenali sebagai penyempurna seni kraf, mesin PFAFF® mampu memberikan ketepatan kepada tukang jahit yang paling cerewet dengan menawarkan kawalan dan penyesuaian yang maksimum. Mesin PFAFF® adalah pemangkin untuk tukang jahit yang bersemangat, memberikan hasil yang berkualiti tinggi dalam semua aspek jahitan.

PFAFF merupakan tanda dagangan berdaftar KSIN Luxembourg II, S.a.r.l. © 2022 KSIN Luxembourg II, S.a.r.l.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1446198/PFAFF_logo.jpg?p=medium600 

Source: SVP Worldwide
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards