omniture

Kilang Sichuan CATL Diperakui sebagai Kilang Karbon-sifar Pertama Dunia dalam Industri Tenaga Baharu

Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
2022-03-28 09:46 98

YIBIN, China, 28 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Sichuan Contemporary Amperex Technology Limited (CATL-SC), subsidiari milik penuh CATL, menerima pensijilan PAS 2060 bagi keneutralan karbon daripada syarikat pengujian, pemeriksaan dan pensijilan yang terkemuka di dunia SGS pada bulan Mac, menjadikan kilang ini sebagai kilang karbon-sifar yang pertama di dunia dalam industri tenaga baharu.

Zhu Yunfeng, pengurus besar CATL-SC, berkata bahawa kilang ini telah mula merancang pelan hala tuju karbon-sifar pada peringkat awal penubuhannya. Melalui inovasi yang berterusan dalam penggunaan tenaga, pengangkutan, logistik dan pengilangan, kilang ini mampu mengeluarkan lebih banyak produk yang berkualiti lebih tinggi dengan bahan mentah dan emisi karbon yang sedikit. "Karbon sifar" telah menjadi salah satu kecekapan teras CATL-SC.

CATL-SC telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan emisi karbon. Ia telah membangunkan sistem pengurusan kilang pintar perintis yang mengupayakan saling hubung data melalui tangkapan automatik data sistem kilang dan data operasi peralatan. Sementara itu, platform pengurusan kemudahan yang sistematik membantu merealisasikan operasi kilang yang selamat, andal, berkecekapan tinggi dan karbon rendah. Bagi kumpulan peralatan dengan penggunaan tenaga yang tinggi, dengan menggunakan algoritma pengoptimuman global, ia telah menghitung parameter operasi setiap sub-peralatan melalui jumlah penggunaan tenaga sistem yang paling rendah.

Dari segi pengilangan mesra alam, CATL-SC membina sistem kawalan dan pengurusan pusat untuk pengeluaran digital. Dilengkapi dengan pengurusan visual global, ia telah dapat mengurangkan kerugian proses dengan ketara dan dengan sokongan daripada sistem pemeriksaan visual AI yang mempunyai ciri pembelajaran yang automatik dan pengekstrakan ciri-ciri cacat, ia telah membantu meningkatkan kadar pengesanan dalam proses seperti lekahan dan pengkalendaran. Semua bahan buangan yang terhasil semasa proses pengilangan akan dikitar semula dan kadar pemulihan logam berharga sepeti nikel, kobalt, dan mangan boleh mencecah 99.3%.

CATL-SC telah menaik taraf secara komprehensif rantaian logistik dan pengangkutan kilang dengan menggunakan secara meluas kenderaan logistik tanpa pemandu, forklift elektrik, dan sebagainya yang mengupayakan operasi karbon sifar antara kilang pembekal, gudang bahan mentah, kilang pemprosesan, gudang produk siap dan kilang pengguna. Dalam masa yang sama, pekerja digalakkan untuk menggunakan kenderaan elektrik dan mobiliti kongsi, seterusnya mengurangkan jejak karbon mereka dalam segenap aspek pengeluaran dan juga kehidupan.

CATL-SC terletak di Yibin, Wilayah Sichuan, barat daya China. Tiga batang sungai, iaitu Sungai Jinsha, Sungai Minjiang dan Sungai Yangtze merentasi bahagian utara bandar ini, menyediakan persekitaran alam semula jadi yang unggul, lokasi geografi yang unik dan sumber air sangat banyak yang membolehkan kilang ini untuk mengurangkan 400,000 tan emisi karbon setiap tahun memandangkan lebih 80% daripada penggunaan tenaganya datangnya daripada kuasa hidro.

Pensijilan ini merupakan satu pencapaian penting untuk CATL ke arah mencapai matlamat keneuteralan karbonnya. Sebagai kilang bateri karbon-sifar yang pertama di dunia, kilang Sichuan CATL menjadi contoh dari segi bagaimana pengeluaran bateri dapat menjadi neutral karbon dan turut menawarkan penyelesaian serba baharu yang membawakan pengelektrikan + karbon sifar ke pasaran. Pada masa akan datang, CATL akan mengulangi pengalamannya dalam "kilang rumah api" di kemudahan-kemudahan lain dalam usaha untuk mencapai keneutralan karbon untuk kesemua 10 tapak pengeluarannya di serata dunia, seterusnya membangunkan ekosistem industri yang lebih mampan dan menyumbang kepada matlamat keneutralan karbon global.

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements