omniture

Pertandingan ICT APAC Huawei 2022 Tarik Minat Lebih 5300 Pelajar dan Guru dari 10 Negara

Huawei
2022-03-28 09:49 155

SINGAPURA, 28 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Bertemakan Connection, Glory, Future (Sambungan, Kegemilangan, Masa Depan), Pertandingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Huawei— pertandingan kemahiran ICT yang terbesar di rantau Asia Pasifik (APAC) — menarik minat lebih daripada 5300 orang pelajar dan guru Huawei ICT Academy pada tahun 2022.

Semasa merasmikan pertandingan ini, Nicholas Ma, Presiden Huawei APAC Enterprise Business Group (BG), berkata, "Sebagai satu inisiatif program Huawei ICT Academy — yang mempunyai sejumlah 272 Akademi ICT di seluruh APAC — Pertandingan ICT Huawei ini beroperasi di 14 negara perwakilan di rantau ini. Sehingga kini, lebih daripada 100,000 bakat digital telah dilatih di bawah program ini dan Huawei bekerjasama erat dengan 300 universiti di seluruh APAC. Dalam tempoh lima tahun akan datang, Huawei akan terus melabur di rantau ini, menjanjikan US$50 juta untuk memupuk sejumlah 500,000 bakat." Huawei komited untuk membina ekosistem bakat ICT yang sihat, bekerjasama dengan rakan kongsi, pelanggan dan masyarakat yang lebih luas bagi meningkatkan kejuruteraan dan kemahiran ICT, melengkapkan rantau ini demi masa depan, jelas Ma.

Nicholas Ma, Presiden Huawei APAC Enterprise Business Group (BG)
Nicholas Ma, Presiden Huawei APAC Enterprise Business Group (BG)

Objektif-objektif am pertandingan ini termasuk memupuk bakat bagi mendorong masa depan transformasi digital, menggalakkan pemetaan penawaran dan permintaan bakat yang cekap dan membangunkan ekosistem bakat yang mantap. Mengambil daripada 272 universiti dan kolej terkemuka yang terletak merentas 10 negara, peserta bersaing dalam salah satu daripada dua trek teknologi: Rangkaian atau Awan.  

Pertandingan ini bukan sahaja mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pencapaian pelajar dalam bidang ICT, tetapi turut memberi bimbingan untuk membantu memimpin pembangunan kerjaya masa depan mereka. Bagi peserta, Pertandingan ICT Huawei bererti lebih daripada sekadar persaingan persahabatan: ia merupakan satu perjalanan penerokaan, meliputi teknologi dan produk ICT yang terkini selain trend industri baru muncul.

Acara ini berbesar hati menjemput Prof. Dr. Adiwijaya, Rektor di Telkom University (Indonesia) untuk berkongsi perspektif beliau mengenai Program Huawei ICT Academy. "Telkom University telah melatih beribu-ribu pelajar yang mana pada tahun 2021 hanya Telkom University sahaja yang berjaya melatih lebih daripada 800 pelajar, angka tertinggi apabila dibandingkan dengan rakan kongsi Huawei ICT Academy yang lain dan kami percaya bahawa kolaborasi antara universiti dan industri akan mengasah lagi kemahiran pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang dan memberi kecekapan tinggi kepada para siswazah untuk meningkatkan peluang mendapat pekerjaan," kata beliau.

Liem Agung Risky Sanjaya, salah seorang bekas pelajar daripada Telkom University (Indonesia) mengambil bahagian dalam Pertandingan ICT Huawei Indonesia 2018-2019 dan memenangi tempat kedua. Kemudian, beliau mewakili pasukan Indonesia bagi menyertai dan memenangi tempat pertama dalam Pertandingan ICT APAC Huawei 2019. Beliau berkata bahawa pertandingan berkenaan telah membantu beliau mendapat kelebihan apabila tiba masanya untuk mencari pekerjaan, terutamanya di syarikat-syarikat yang menggunakan teknologi Huawei.

Joe Yang, Pensyarah dan Ketua (CET dan Perkongsian Industri) daripada Sekolah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Singapore Polytechnic, berkata, "Melalui kolaborasi bersama Huawei, Diploma Kejuruteraan Komputer dan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik kami, pelajar-pelajar berupaya untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka, mengasah kemahiran ICT mereka dan meningkatkan daya saing dalam peluang pekerjaan masa depan. Kolaborasi ini merupakan satu platform untuk membangunkan barisan bakat yang inovatif dan berorientasikan aplikasi untuk Singapura dan industri ICT global."

Daripada pelajar yang mengambil bahagian dalam pusingan awal pada tahun ini, 114 orang mara ke peringkat akhir serantau, dengan 18 orang menerima sama ada pingat gangsa, perak atau emas dalam trek Rangkaian dan Awan. Bagi keputusan trek Rangkaian, Universiti Sains Malaysia (USM) dari Malaysia telah memenangi hadiah pertama sementara Macau University of Science and Technology (MUST) dari Macau dan STI College (STI) dari Filipina meraih hadiah kedua dan ketiga dalam Pertandingan ICT Huawei Asia Pasifik 2022. Multimedia University (MMU) dari Malaysia memenangi hadiah pertama dalam trek Awan, sementara hadiah kedua dan ketiga menjadi milik Nanyang Polytechnics (NYP) dari Singapura dan The Hong Kong Polytechnic University (PolyU). 18 pemenang akan meneruskan perjalanan mereka untuk Pertandingan ICT Huawei pada bulan Jun 2022 yang bakal diadakan di Shenzhen, China.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pertandingan ICT Huawei, sila kunjungi: https://bit.ly/3qmrlzj

Latar Belakang Huawei 

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia.

Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan menggalakkan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di mana anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; mentakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei  

https://twitter.com/HuaweiEntAPAC

https://www.facebook.com/HuaweiEnterpriseAPAC

http://www.youtube.com/Huawei

 

 

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Education Higher Education Telecommunications Awards Future Events