omniture

Amit Sevak Dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ETS yang Seterusnya

ETS
2022-03-29 01:00 32

PRINCETON, New Jersey, 29 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah mengumumkan bahawa Amit Sevak akan menyertai organisasi ini sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif yang ke tujuh.

Amit Sevak
Amit Sevak

"Amit ialah seorang pemimpin perubahan — saya teruja dengan pengalaman dan komitmen beliau terhadap misi kami yang akan dibawa ke ETS," kata Jeffrey Sine, Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah ETS. "Saya yakin Amit akan menjadi inspirasi kepada rakan sekerja dan pelanggan ketika organisasi maju ke hadapan dalam usahanya untuk memajukan akses, kualiti dan kesaksamaan dalam pendidikan dan pembelajaran di seluruh dunia."

Sevak pernah memegang pelbagai jawatan kepemimpinan di seluruh dunia, termasuk di University of Europe, Madrid, INTI International University & Colleges, Kuala Lumpur dan Universidad Tecnológica de México (UNITEC) di Bandar Raya Mexico. Beliau pernah berkhidmat dengan pelbagai organisasi bukan berasaskan keuntungan termasuk Cambiar Education, CitiBridge dan Education Design Lab. Baru-baru ini, beliau memberikan bimbingan dan modal kepada syarikat pemula teknologi pendidikan di seluruh dunia di Mindset Global.

"Saya sudah lama percaya pada kuasa pembelajaran yang luar biasa yang diterapkan dalam misi ETS," kata Sevak. "ETS mendayakan peluang pendidikan untuk berjuta-juta individu di seluruh dunia, saya berasa berbesar hati untuk menyertai keluarga ETS dalam memajukan misi penting ini."

Sevak akan menggantikan Walt MacDonald yang telah berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif sejak tahun 2014.

"Walt MacDonald ialah seorang pemimpin hebat yang banyak memberi kesan dan telah mengutamakan misi ETS untuk memastikan pembelajaran terbaik buat semua pelajar," kata Sine. "Beliau meninggalkan warisan kerjaya selama 38 tahun di ETS dengan kepemimpinan beliau yang mempunyai kesan yang tidak terhingga terhadap ramai individu di dalam dan di luar keluarga ETS."

Sevak akan memulakan jawatan baharunya di ETS pada 15 Jun 2022.

Tentang ETS 

Di ETS, kami memajukan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk mereka di seluruh dunia dengan mencipta penilaian berdasarkan penyelidikan yang teliti. ETS memberi perkhidmatan kepada individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian tersuai untuk pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris serta pendidikan rendah, menengah dan pasca menengah dengan menjalankan penyelidikan pendidikan, analisis dan kajian dasar. Ditubuhkan sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan pada tahun 1947, ETS membangun, mentadbir dan menyemak lebih 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC®, ujian GRE® penilaian Praxis Series® — di lebih 180 buah negara dengan lebih 9,000 lokasi di seluruh dunia.

www.ets.org 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1774186/Amit_Sevak.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/562926/Educational_Testing_Service_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: ETS
Keywords: Education Not for profit Personnel announcements