omniture

BESAR DAN LUAR BIASA FURA Gems akan melelong batu zamrud semula jadi yang menakjubkan dari Coscuez, Colombia

FURA GEMS INC DMCC
2022-03-29 11:00 17

DUBAI dan SHARJAH, UAE, 29 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Fura Gems ("FURA") dengan sukacitanya mengumumkan lelongan batu zamrud kasar Colombia kedua yang akan diadakan pada 3 hingga 10 April 2022 di Sharjah, UAE. FURA akan mempersembahkan pilihan batu zamrud tulen semula jadi yang jarang ditemui dan tidak pernah dilihat sebelum ini dengan warna yang jelas dan kejernihan yang tidak ada cacat cela.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedianya, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/9031151-fura-gems-auction-stunning-natural-emeralds-from-coscuez-colombia/

Sorotan Utama: 

  • Lebih 210,000 karat batu zamrud kasar yang dipamerkan merangkumi pelbagai kualiti.
  • Menampilkan sebilangan batu zamrud kasar berkualiti tinggi yang mengagumkan dengan berat melebihi 20 karat bagi setiap satu, antaranya ialah dua batu zamrud kasar yang hebat dan luar biasa seberat 81.2 karat dan 83.8 karat setiap satu.
  • Memperkenalkan sistem penggredan zamrud yang pertama seumpamanya untuk membantu para pembeli mendapatkan batu yang disusun atur, kumpulan batu yang telah ditentukur serta kepingan batu tunggal yang sama bentuk dengan warna dan kejernihan yang serupa.
  • Lebih 50 pelanggan dari Colombia, India, New York, Israel dan Bangkok akan hadir
  • Dalam pelancaran julung-julung kalinya untuk zamrud Colombia, FURA menjamin kebolehkesanan dan ketelusan yang lengkap bagi keseluruhan lot lelongan zamrud kasarnya, dengan sistem blok rantai Bukti Provenans Makmal Permata Gübelin.
  • Untuk batu semula jadi yang berkualiti tinggi, Ujian Paterniti Zamrud Gübelin mengesahkan asal-usul lombong ia ditemui
  • Batu zamrud kasar ini sememangnya telah dilombong secara beretika dan lestari.

Dev Shetty, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Fura mengulas: 

"Dengan lesen alam sekitar yang diluluskan dan hak milik perlombongan yang dilanjutkan selama 30 tahun, kami telah pun memulakan pembinaan lombong bawah tanah yang berskala besar. Kami pasti menjelang tahun 2023, Fura akan menjadi pembekal terbesar bagi batu zamrud kasar Colombia di seluruh dunia dan seterusnya menyediakan bekalan perdagangan yang konsisten bagi batu zamrud kasar Colombia. 

Kualiti terbaik yang dipaparkan termasuklah batu zamrud kasar dengan berat 81.2 karat dan 83.8 karat setiap satu, mengesahkan kepercayaan kami bahawa Coscuez menghasilkan zamrud yang terbaik di dunia. Kami juga berbesar hati untuk menambah Ujian Paterniti Zamrud dan sistem blok rantai Bukti Provenans Makmal Permata Gübelin untuk menyediakan ketelusan dan kebolehkesanan yang lengkap bagi batu zamrud yang datang dari lombong Coscuez. 

Fura berterima kasih kepada komuniti Coscuez dan Kerajaan Colombia atas sokongan mereka serta pasukan Fura atas kerja keras mereka yang berterusan dan komitmen yang tidak kunjung padam untuk menjadikan Fura sebuah syarikat perlombongan yang benar-benar bersifat global." 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

Rupak Sen, Ketua Pegawai Pemasaran, rupak.sen@furagems.com

Rohit Jain, Pejabat Perhubungan Awam, +917028918380 rohit@fountainmediaandcommunicationsgroup.com

Tentang FURA 

FURA, www.furagems.com ialah sebuah syarikat perlombongan batu permata yang telah ditubuhkan pada tahun 2017. Beribu pejabat di Emiriyah Arab Bersatu, ia mempunyai tiga anak syarikat perlombongan di Colombia, Mozambique dan Australia yang masing-masing menghasilkan batu zamrud, delima dan nilam.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1774323/FURA_EMERALD_JOINT_IMAGES.jpg?p=medium600

FURA EMERALD JOINT IMAGES
FURA EMERALD JOINT IMAGES

 

Source: FURA GEMS INC DMCC
Keywords: Mining Mining/Metals Precious Metals Broadcast feed announcements Future Events