PARIS, 29 Mac 2022 /PRNewswire/-- Jord Producers, sebuah syarikat yang berpangkalan di Nebraska, telah digabungkan ke dalam portfolio pengeluaran Ÿnsect yang menandakan kemasukan peneraju global tersebut ke dalam pasaran penghasilan ulat roti di Amerika Utara. Langkah ini menyusul selepas Ÿnsect diperkenalkan di pasaran AS pada bulan November 2021.
Dengan ladang serangga menegak terbesar di dunia iaitu di Perancis, Ÿnsect mengubah ulat roti Buffalo dan Molitor menjadi bahan yang premium, bernilai tinggi serta lestari untuk memberi makan kepada haiwan, ikan, tumbuh-tumbuhan dan juga manusia. Setelah mengumpul sebanyak lebih $500 juta, Ÿnsect mengeksport produknya ke seluruh dunia.
Penyertaan Jord Producers menunjukkan pengembangan Ÿnsect ke dalam pasaran AS dan kemasukan mereka ke pasaran makanan ayam ternak sendiri. Semasa pandemik, pasaran ayam ternak sendiri menyaksikan pertumbuhan yang ketara di Amerika. Menjelang tahun 2026, pasaran AS diramalkan akan mencecah kira-kira $400 juta menurut sebuah kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh Arthur D. Little.
Sepanjang dua tahun yang lalu, jumlah rakyat Amerika yang menternak ayam telah meningkat kepada kira-kira 26 juta orang. Kajian Emerton menunjukkan bahawa 82% daripada pemilik ayam ternak sendiri di AS memilih ulat roti berbanding serangga lain. Ujian terkini yang dijalankan oleh Ÿnsect telah menunjukkan prestasi yang meningkat dari segi saiz telur. Antoine Hubert, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Ÿnsect mengulas, "Kami sangat teruja untuk meneruskan kehadiran kami di AS, yang menjadi pasaran utama bagi Ÿnsect sambil kami berkembang ke seluruh dunia. Sebagai sebuah syarikat yang memberi impak, kelestarian dan sokongan terhadap alam sekitar merupakan agenda utama kami. Sesungguhnya, kami amat kagum dengan kemahiran keusahawanan Cheryl. Beliau bersama-sama mengasaskan Jord dalam wilayah pertanian yang terbaik di AS, membolehkan akses tempatan yang mudah kepada bahan-bahan mentah. Maka, ia adalah pilihan yang tepat bagi kami."
Ulat roti seperti yang dihasilkan di Jord menawarkan manfaat yang jelas kepada haiwan ternakan dan peliharaan kerana ia mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan ayam untuk tumbesaran yang optimum: kandungan protein yang sangat tinggi (72% protein), sangat mudah dicerna, hipoalergenik dan berpotensi untuk mengurangkan penyakit kulit.
Cheryl Powers, Ketua Pegawai Eksekutif Jord Producers menambah: "Setelah menubuhkan Jord Producers dari awal dengan pengasas bersama Kris Vrooman dan Amber Klassen hingga menjadi pakar dalam menternak dan mengedarkan larva hidup serta kering ke pasaran ayam ternak sendiri, Jord Producers berasa gembira dapat menyertai keluarga Ÿnsect. Kami yakin bahawa langkah ini akan membantu kami membawa pengeluaran ulat roti yang berkualiti tinggi ke tahap seterusnya."
Dengan penggabungan Jord Producers, portfolio pengeluaran Ÿnsect berkembang kepada tiga ladang menegak dan satu tempat penetasan. Akhirnya, ini akan membolehkan Ÿnsect meningkatkan jumlah pengeluaran larva ulat roti dan akan membantu merintis jalan untuk menembusi pasaran makanan haiwan seterusnya, dengan bahan seperti makanan dan minyak protein yang dijangka diluluskan untuk pengeluaran dalam masa terdekat di Amerika Utara.
Dengan menggunakan bahan Ÿnsect berbanding jenis protein lain untuk makanan haiwan peliharaan, pengilang mendapat manfaat daripada penggunaan tanah yang kurang 98% serta sumber yang berkurangan sebanyak 45%. Tambahan pula, Ÿnsect menggunakan model ekonomi kitaran melalui ladang menegak baharunya untuk mewujudkan rantaian nilai, yang benar-benar sejajar dengan senario +1.5°C Perjanjian Paris COP21 dan sasaran 'Fit for 55' Kesatuan Eropah.
SILA HUBUNGI:
Ÿnsect - Anaïs Maury: anais.maury@ynsect.com / +33 (0)6 78 44 59 80
Sopexa – Rana Barbari: rbarbari@hopscotch.eu / + 353 15569720