omniture

Jenama TENCEL(TM) dan RCGD Global tonjolkan eko-busana di Oscars(R) dan persembahkan penampilan menang bagi Pertandingan Reka Bentuk Global 2020 dan 2021

TENCEL
2022-03-30 09:00 139

LENZING, Austria, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- TENCEL™ dan RCGD Global (dahulunya dikenali sebagai Red Carpet Green Dress™) berganding bahu buat tahun ketiga untuk menonjolkan eko-busana (eco-couture) di Academy Awards® ke-94 (turut dikenali sebagai "Oscars"). Di bawah perkongsian ini, RCGD Global dan TENCEL™ turut mendedahkan reka bentuk yang menang bagi Pertandingan Reka Bentuk Global 2020 dan 2021 buat julung kalinya di majlis sambutan Pra-Oscars di Los Angeles pada 25 Mac.

"Kami berasa bangga dapat bekerjasama dengan RCGD Global buat tahun ketiga untuk menghijaukan Oscars dan memperkasa pereka yang sedang meningkat naik namanya melalui pertandingan reka bentuk global. Acara-acara ini merupakan pencapaian besar dalam matlamat kami untuk merapatkan jurang antara fesyen mewah dan membawa impak positif kepada planet kita. Tatkala kami menyambut ulang tahun ke-30 TENCEL™ pada tahun ini, kolaborasi yang berterusan ini menyokong misi kami untuk menyediakan penyelesaian yang lestari kepada jenama dan pereka, memfokuskan untuk meningkatkan keputaran dan mencapai rantaian bekalan yang telus sepenuhnya," kata Harold Weghorst, Naib Presiden Global Pemasaran dan Penjenamaan di Lenzing AG.

[Catatan: Sila muat turun imej dan butiran daripada https://mediadb.lenzing.com/pinaccess/pinaccess.do?pinCode=vdPLjNSYuNQW .]

Membawa alternatif lebih hijau kepada permaidani merah

Tiga gaun dibuat khas, diperbuat daripada fabrik ditempah khas daripada gentian Lyocell TENCEL™ dan benang filamen Luxe TENCEL™, telah ditampilkan di permaidani merah Oscars.

Bintang-bintang terkenal "Uncharted", "You" dan "Chilling Adventures of Sabrina", Tati Gabrielle memakai gaun mantel dedah-bahu HELLESSY tersuai yang diperbuat daripada tekstil Lyocell TENCEL™ berwarna putih kuning dengan rumbai yang berjuntaian seperti fros.

Penghibur Broadway yang berpengalaman dan bintang bagi Filem Terbaik dicalonkan "West Side Story", Paloma Garcia Lee memakai gaun Patrick McDowell tersuai yang tekstilnya diperbuat daripada gentian Lyocell TENCEL™ dan linen berwarna hijau.

Penyokong kelestarian sepanjang hayat dan ibu kepada Billie Eilish dan Finneas, Maggie Baird memakai gaun BENEDETTI LIFE tersuai dengan dua tekstil berwarna hitam yang masing-masing diperbuat daripada benang filamen Luxe TENCEL™ dan gentian Lyocell TENCEL™ serta fabrik berwarna biru daripada gentian Lyocell TENCEL™ sifar karbon.

Berasal daripada kayu yang diperoleh secara lestari, gentian lyocell TENCEL™ dihasilkan dalam proses gelung tertutup dan terbiodegradasi sepenuhnya dan boleh kompos. Terkenal dengan keselesaan semula jadinya, fabrik yang diperbuat daripada gentian juga lembut pada kulit dengan sifat kekukuhan tinggi dan pengurusan kelembapan yang cekap.

Sebagai alternatif lestari vegan kepada sutera, benang filamen Luxe TENCEL™ memberikan fabrik dengan daya tarikan sensual yang indah serta kelembutan bak sutera, drep seakan cecair dan kemeriahan warna. Dihasilkan menggunakan proses pengeluaran yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, benang filamen Luxe TENCEL™ turut diperakui sebagai terbiodegradasi dan boleh kompos, menawarkan penyelesaian kitaran kepada fesyen mewah.

Memperkasa pereka yang semakin meningkat naik untuk beralih kepada hijau

Reka bentuk yang menang dalam Pertandingan Reka Bentuk Global 2020 dan 2021, dianjurkan dengan kerjasama RCGD Global dan CLO, ditampikan secara terbuka buat julung kalinya di majlis sambutan Pra-Oscars pada 25 Mac kepada para penyokong kelestarian termasuk Suzy Amis Cameron, Zoe Saldana, Paloma Garcia Lee, Haley Strode, Jeff Garner dan ramai lagi.

"Selepas dua tahun menjalani aktiviti secara jarak jauh, kami amat berbesar hati dengan adanya rakan dan penyokong kami di majlis sambutan Pra-Oscars kami untuk memuji fabrikasi dan kemajuan teknologi dalam industri fesyen di samping akhirnya mempersembahkan penampilan yang menang dalam Pertandingan Reka Bentuk Global RCGD. Kami juga teruja untuk meneruskan sambutan ini dengan gaun lestari tahunan kami yang dicipta oleh TENCEL™ di permaidani merah sempena Academy Awards® kali ke-94," kata Samata Pattinson, Ketua Pegawai Eksekutif di RCGD GLOBAL. 

Menggunakan fabrik dengan campuran benang filamen Luxe TENCEL™ dan benang kashmir, pemenang bagi reka bentuk gaun 2020, pereka yang berpangkalan di India Sanah Sharma mencipta gaun bergaya dan hebat yang bersinar dengan keanggunan.

Pemenang bagi reka bentuk sut 2020, Jasmine Kelly Rutherford yang berpangkalan di New York mencipta penampilan unik menggunakan fabrik dengan campuran benang filamen Luxe TENCEL™ dan benang kashmir membawa sentuhan yang halus buatannya kepada tuksedo klasik.

Yuriko Fukuda yang berpangkalan di UK, pemenang bagi pakaian wanita tahun 2021, mereka bentuk penampilan ditempah khas menggunakan fabrik yang diperbuat daripada gentian Lyocell TENCEL™ dan asetat yang memberi erti baharu kepada LBD untuk detik-detik di permaidani merah.

Bagi meraikan inovasi lestari dalam busana anggun, acara ini turut menampilkan permaidani "hijau" yang diperbuat daripada gentian Lyocell TENCEL™ dengan mempamerkan rasa yang menyenangkan dan lembut secara semula jadi. Berasal daripada sumber kayu yang diperakui dan dikawal, gentian ini terbiodegradasi dan boleh kompos.

Source: TENCEL
Keywords: Environmental Products & Services Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Awards