omniture

Ascend bersetuju mengambil alih Formulated Polymers Ltd.

Ascend Performance Materials
2022-03-30 19:15 6

HOUSTON, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Ascend Performance Materials telah memeterai perjanjian untuk mengambil alih bahagian penyebatian Formulated Polymers Limited, sebuah syarikat pengeluar bahan reka bentuk terkemuka di Chennai, India. Pengambilalihan ini akan menjadi asas kepada pangkalan pembuatan pertama Ascend di benua kecil tersebut dan mengukuhkan jangkauan global Ascend dalam bidang aplikasi elektrik dan e-mobiliti.

Ascend Performance Materials is acquiring Chennai-based Formulated Polymers Limited and establishing its manufacturing footprint in India.
Ascend Performance Materials is acquiring Chennai-based Formulated Polymers Limited and establishing its manufacturing footprint in India.

Perjanjian tersebut merangkumi kemudahan pembuatan berskala global di Chennai serta beberapa buah gudang di seluruh India. Formulated Polymers yang telah beroperasi selama lebih tiga dekad sebagai penyebati poliamida di India, kini merupakan pemegang lesen poliamida perencat api Starflam® Ascend.

"Permintaan terhadap bahan-bahan kami di India adalah kukuh dan semakin meningkat," kata Phil McDivitt, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Ascend. "Pasukan dari Formulated Polymers telah membina sebuah perniagaan yang cemerlang dan pelbagai dengan rekod prestasi pembangunan teknologi poliamida yang terbukti. Kami teruja untuk meningkatkan lagi kepakaran mereka bagi memacu pertumbuhan nilai tambahan di dalam dan di luar India."

Ascend, sebuah syarikat pengeluar bersepadu sepenuhnya bagi bahan reka bentuk yang tahan lama, telah mengembangkan jejak pengeluaran globalnya dengan lima pengambilalihan dalam tempoh empat tahun yang lalu, dengan setiap satu daripadanya berfokuskan kepada sinergi khusus yang berkaitan dengan perniagaan teras syarikat. Pengambilalihan ini memberikan peluang pertumbuhan yang signifikan kepada Ascend di India, salah sebuah negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia.

"Berfokuskan kepada pelanggan merupakan salah satu nilai kami," kata John Saunders, Naib Presiden Ascend untuk Eropah, Timur Tengah, Afrika Utara dan India. "Kami tidak sabar untuk menyokong pelanggan kami dalam sebuah pasaran yang berkembang pesat, dengan terus melabur dalam kapasiti, sumber teknikal dan pembangunan produk untuk memenuhi keperluan mereka."

Urus niaga ini dijangka akan dimuktamadkan pada 1 Mei, selepas menerima kelulusan yang perlu. Terma perjanjian ini tidak didedahkan.

Tentang Ascend Performance Materials 

Ascend Performance Materials mengeluarkan bahan berprestasi tinggi untuk keperluan harian dan teknologi baharu. Tumpuan kami adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan mengilhamkan masa depan yang lebih baik melalui inovasi. Berpangkalan di Houston, Texas dan dengan pejabat serantau di Shanghai, Brussels dan Detroit, kami merupakan penyedia penyelesaian bahan bersepadu sepenuhnya dengan kemudahan pembuatan global di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Tenaga kerja global kami seramai 2,800 orang menghasilkan bahan, fabrik, gentian dan bahan kimia yang direka bentuk dan digunakan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat, tenaga yang lebih bersih, peranti perubatan yang lebih baik, peralatan yang lebih pintar dan pakaian serta barangan pengguna yang lebih tahan lama. Kami komited terhadap keselamatan, kelestarian, keterangkuman dan kepelbagaian serta kejayaan para pelanggan dan komuniti kami.

Ketahui lebih lanjut tentang Ascend di www.ascendmaterials.com. 

Sila hubungi: Alison Jahn, +1 713-210-9809 
ajahn@ascendmaterials.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1775982/FPL_plant_crop.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1326397/ASCEND_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Ascend Performance Materials
Keywords: Chemical Household/Consumer/Cosmetics Mining/Metals Textiles Acquisitions, mergers, takeovers