omniture

Axiata Digital Advertising Mendigitkan Operasi Kewangan dengan Microsoft Dynamics 365 dan Hitachi Solutions Asia Pacific

Hitachi Solutions
2022-03-30 19:45 8

Hitachi Solutions Asia Pacific menggunakan Dynamics 365 Finance dan Supply Chain Management untuk memperkemas proses kewangan ADA dan menyokong inisiatif transformasi digitalnya bagi meningkatkan pengembangan perniagaan.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Hitachi Solutions Asia Pacific (HSAP), sebuah syarikat penyedia penyelesaian industri global terkemuka yang dikuasakan oleh Microsoft Azure, berbesar hati mengumumkan kejayaannya dalam pelaksanaan D365 Finance dan D365 Supply Chain Management (SCM) dengan Axiata Digital Advertising (ADA).

ADA ialah sebuah syarikat data dan kecerdasan buatan yang berpangkalan di Malaysia yang terkenal dalam membangun dan melaksanakan penyelesaian digital, analisis dan pemasaran bersepadu serta beroperasi di seluruh ASEAN dan Asia Selatan. Bagi membantu ADA mencapai pertumbuhan strategiknya di rantau ini, syarikat tersebut menyedari keperluan untuk menggantikan sistem ERP legasi syarikatnya.

Sebelum ini, syarikat itu menggunakan Dynamics NAV di premis tetapi pertumbuhan syarikat telah melebihi keupayaan platform tersebut dan terpaksa melakukan penyesuaian terhadapnya dengan banyak semata-mata bagi memenuhi keperluan perniagaan syarikat. Entiti undang-undang lain juga menggunakan sistem legasi atau operasi manual yang berbeza. ADA bekerjasama dengan HSAP untuk melaksanakan D365 Finance dan SCM di seluruh 11 buah entiti undang-undang di 9 buah negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. HSAP membangunkan templat global dan melancarkan sistem baharu mengikut pendekatan letupan besar atau pembaharuan menyeluruh yang menyatukan amalan kewangan perniagaan ADA ke dalam satu platform.

Dynamics 365 Finance membantu membolehkan penggunanya menjalankan aktiviti harian mereka dengan lancar dan telah meningkatkan proses penyatuan kewangan dan penutupan akhir bulan. ADA kini dapat menyelesaikan penutupan dengan lebih cepat berbanding 12 hingga 15 hari selepas penutupan akhir bulan sebelum ini serta keperluan audit turut dipenuhi. Melalui penggunaan awan Azure, ADA merancang untuk memperluaskan lagi penggunaan D365 Finance dan SCM ketika ia bersiap sedia untuk melakukan pengembangan perniagaan dari segi geografi dan skop perniagaan.

"Dynamics 365 melengkapkan kami dengan semua keupayaan yang diperlukan untuk membantu memudahkan operasi dan menghapuskan proses manual di seluruh entiti kami," kata Stephen Tan, Ketua Pengurusan Program ADA. "Kerjasama kami dengan Hitachi Solutions Asia Pacific dan Microsoft telah membolehkan kami kekal berdaya saing dalam landskap industri yang berkembang pesat ini dengan membantu kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan sambil memperkasakan para pekerja kami dalam menggunakan platform ERP awan yang hebat." 

Penggunaan ini menunjukkan kerjasama HSAP dengan ADA yang mantap melalui penyampaian nilai yang pantas daripada amalan terbaik dan kepakarannya walaupun berdepan pandemik. Projek ini juga menandakan pencapaian yang besar untuk HSAP kerana ini merupakan pelaksanaannya yang pertama dalam industri pengiklanan dan projek ERP pertama bagi pasukannya di rantau pangkalan yang baharu disertai seperti Bangladesh, Kemboja dan Korea Selatan.

"Pasukan kami teruja untuk menyokong ADA dalam mendigitalkan proses kewangannya dengan D365 yang menyelesaikan masalah perniagaannya dengan cara yang terbaik," ujar Bimal Pandya, Naib Presiden Hitachi Solutions Asia Pacific. "Dengan kejayaan pelaksanaan ini, kami terus memberikan panduan yang berkesan kepada ADA bagi membantu operasinya berkembang maju ke arah transformasi."

Tentang Axiata Digital Advertising 

ADA ialah sebuah syarikat data dan kecerdasan buatan yang mereka bentuk dan melaksanakan penyelesaian digital, analisis dan pemasaran yang bersepadu.

Beroperasi di 10 buah pasaran di Asia Selatan dan Asia Tenggara, ADA bekerjasama dengan jenama terkemuka untuk mendorong kematangan digital dan data serta mencapai matlamat perniagaan syarikatnya.

ADA melengkapkan kepakaran digitalnya yang unik dengan data proprietari yang mendalam yang terdiri daripada 375 juta pengguna.

Tentang Hitachi Solutions Asia Pacific Pte. Ltd.

Hitachi Solutions Asia Pasifik membantu para pelanggannya berjaya bersaing dengan perusahaan global terbesar dengan menggunakan penyelesaian industri yang hebat, mudah digunakan dan mampu milik yang dibina pada Awan Microsoft. Hitachi Solutions menyediakan keupayaan global dengan pejabat serantau di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, India/Timur Tengah, Jepun dan Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://global.hitachi-solutions.com/.

Hubungan Media:
Nina Gonzales
Pengarah Bersekutu – Pemasaran
Hitachi Solutions Asia Pasifik
info@hitachisolutions.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1774643/Hitachi_Logo.jpg?p=medium600  

 

 

Source: Hitachi Solutions
Keywords: Computer/Electronics Transportation Corporate Expansion Financing agreements Data Analytics