omniture

LambdaTest menutup pusingan usaha niaga bernilai $45 juta yang diketuai oleh Premji Invest untuk meningkatkan platform pengorkestraan ujian perisiannya

LambdaTest
2022-03-30 20:22 14

Syarikat ini akan menggunakan pembiayaan tersebut untuk meningkatkan lagi inovasi yang akan mendorong batasan pengorkestraan ujian berasaskan awan dari segi kepantasan, prestasi dan kebolehpercayaan pelaksanaan 

SAN FRANCISCO, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- LambdaTest, sebuah platform pengorkestraan ujian berasaskan awan yang serba lengkap dan terkemuka, telah menutup pusingan usaha niaga bernilai $45 juta yang diketuai oleh Premji Invest dengan penyertaan daripada pelabur sedia ada iaitu Sequoia Capital India, Telstra Ventures, Blume Ventures dan Leo Capital. Sandeep Johri, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan merupakan Ahli Lembaga Pengarah Tricentis, telah turut menjadi pelabur malaikat dalam pusingan ini. 

LambdaTest yang mempunyai misi untuk mendorong batasan kelajuan, prestasi dan kebolehpercayaan pelaksanaan ujian akan menggunakan sebahagian besar modal tersebut untuk inovasi produk baharu. Sebahagian daripada dana tersebut akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan produk sedia ada dan mempercepatkan pertumbuhan. Syarikat ini juga ingin melantik pekerja pada pelbagai jawatan dan lokasi geografi.

Platform pelaksanaan ujian teras LambdaTest membolehkan para pengguna menguji laman web dan aplikasi mereka pada lebih 3,000 gabungan pelayar, sistem pengendalian dan pelbagai versinya serta peranti sebenar yang berbeza. Ujian aset digital penting untuk perniagaan kerana mereka mempunyai sedikit atau tiada kawalan ke atas pilihan para pelanggan mereka apabila ia berkaitan dengan telefon, pelayar atau sistem pengendalian. Oleh itu, untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lancar, perniagaan perlu berada pada kedudukan sebagai peneraju dalam bidang ujiannya.

Lebih penting lagi, dengan kadar inovasi yang semakin meningkat dalam dunia digital, ujian sedang beralih ke kiri, yang bermaksud ujian perisian dilakukan daripada peringkat awal pembangunan produk serta melibatkan para pembangun dan juga penguji (QA), berbanding model 'air terjun' terdahulu di mana ujian merupakan langkah terakhir sebelum pelancaran produk. Keperluan yang semakin meningkat ini telah menjadikan perniagaan menginginkan penyelesaian berasaskan awan yang telah dioptimumkan untuk kepantasan, prestasi dan kebolehpercayaan.

"Kami memberikan penumpuan yang mendalam bagi menjadikan kehidupan para pembangun dan pasukan QA lebih mudah apabila berkaitan dengan pengorkestraan dan pelaksanaan ujian. Sejak beberapa bulan yang lalu, kami telah mengeluarkan HyperExecute, sebuah platform pengorkestraan ujian pintar generasi seterusnya untuk membantu perniagaan menjalankan ujian automasi serba lengkap pada kelajuan yang terpantas. Kami akan melancarkan platform kecerdasan ujian kami iaitu Test-at-Scale (TAS) tidak lama lagi. Ia telah berada di peringkat beta. Kami juga terus meningkatkan keupayaan platform pelaksanaan teras kami," kata Asad Khan, Ketua Pegawai Eksekutif LambdaTest. "Pusingan pembiayaan ini akan membolehkan kami untuk terus berinovasi dan mempercepatkan pertumbuhan. Kami mempunyai misi untuk membangunkan platform pelaksanaan ujian terbaik bagi komuniti para pembangun dan penguji."

Ditubuhkan pada tahun 2017, LambdaTest sebelum ini telah mengumpulkan pembiayaan bernilai hampir $25 juta daripada firma pelaburan seperti Sequoia Capital India, Telstra Ventures, Leo Capital Holdings, Blume Ventures dan lain-lain.

Platform LambdaTest digunakan oleh lebih 1 juta pembangun dan penguji di seluruh dunia. Syarikat ini telah menjalankan lebih 100 juta ujian sejak penubuhannya dan telah mengembangkan perniagaannya sebanyak 300% pada tahun lepas. Dengan menggunakan penawaran daripada syarikat ini, para pelanggannya dapat mencapai masa ke pasaran yang 95% lebih pantas, meningkatkan produktiviti keluaran mereka sebanyak 62% dan mengenal pasti 67% daripada isu sebelum dilancarkan.

"LambdaTest membantu perniagaan mengatur pelaksanaan ujian mereka dengan menyediakan penyelesaian yang menjimatkan kos dan boleh ditingkatkan sambil memberikan kawalan yang lebih baik terhadap infrastruktur sedia ada tanpa perlu melakukan sebarang penambahan. Ia mendorong batasan kelajuan, kebolehpercayaan dan prestasi pelaksanaan ujian. Kami gembira dapat bekerjasama dengan pasukan LambdaTest yang bercita-cita amat tinggi ini yang ingin mengubah ciri-ciri pelaksanaan ujian," kata Atul Gupta, Rakan Kongsi, Premji Invest.

Tentang LambdaTest 

LambdaTest  ialah sebuah platform pengorkestraan ujian yang terkemuka. Platform pelaksanaan ujian terasnya membolehkan para pengguna menjalankan ujian manual dan juga automatik ke atas aplikasi web dan mudah alih yang merentasi lebih 3,000 pelayar, versi pelayar dan persekitaran sistem pengendalian yang berbeza. Tawaran lain daripada syarikat ini merangkumi HyperExecute, sebuah platform pengorkestraan ujian pintar generasi seterusnya untuk membantu perniagaan menjalankan ujian automasi serba lengkap pada kelajuan yang terpantas dan Test-at-Scale (TAS), sebuah platform kecerdasan ujian.

Lebih 500 perusahaan dan lebih 1 juta pengguna di lebih 130 buah negara bergantung pada LambdaTest untuk keperluan pelaksanaan ujian mereka.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1721228/Lambda_Test_Logo.jpg?p=medium600

Source: LambdaTest
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Venture Capital