omniture

Melalui pusingan khusus pengendali global, OSlash membawa pembaharuan kepada pengumpulan dana untuk syarikat pemula SaaS

OSlash
2022-03-30 21:10 18

SAN FRANCISCO, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- OSlash, sebuah syarikat perisian perusahaan yang memudahkan perkongsian silang maklumat di tempat kerja, mengumumkan pusingan pascapermulaan bernilai $5 juta sebagai tambahan kepada $2.5 juta yang diperoleh pada bulan September daripada Accel Partners dan beberapa pelabur malaikat yang terkemuka. 

Ankit Pansari (Cofounder, CEO) right and Shoaib Khan (Cofounder, CTO)left founded OSlash to revolutionize how teams work in modern enterprises
Ankit Pansari (Cofounder, CEO) right and Shoaib Khan (Cofounder, CTO)left founded OSlash to revolutionize how teams work in modern enterprises

Dengan pusingan yang diterajui pengendali sepenuhnya, OSlash merintis masa depan pengumpulan dana dengan mengubah fokus daripada modal yang semakin banyak kepada penambahan nilai, kepakaran dan bimbingan. 

Diasaskan oleh veteran Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) Ankit Pansari dan Shoaib Khan, OSlash kini bernilai $50 juta. Syarikat ini merancang untuk menggunakan dana tersebut sebagai persediaan pengambilan pekerja di AS & Eropah serta mengembangkan ciri carian perusahaannya yang mengumpulkan maklumat daripada aplikasi yang berbeza. 

"Ia merupakan perkara yang hebat mempunyai penyertaan eksekutif terbaik daripada syarikat-syarikat yang kita gemari. Kepakaran mereka dalam bidang SaaS sudah pasti menghasilkan produk yang lebih baik untuk semua orang," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Ankit Pansari.

"Dengan aplikasi web yang menjadi perkara biasa, semua orang sentiasa dihujani dengan sejumlah besar maklumat yang tersebar di seluruh aplikasi yang berbeza. Terdapat keperluan mendesak untuk cara yang lebih baik dalam menangani dan berkongsi kerja. Dalam masa beberapa bulan yang akan datang, kami ingin berkembang maju dalam peralihan hebat tempat pekerjaan - sama ada secara hibrid, jarak jauh atau meta," tambah beliau.

Pada masa ini, OSlash digunakan oleh lebih 3,000 pasukan di seluruh dunia termasuk Cred, Khan Academy dan Twitch. 

Pusingan kali ini menyaksikan penyertaan daripada lebih 40 orang pelabur malaikat yang merangkumi Kevin Weil (Presiden Planet dan pernah berkhidmat dengan Instagram), Christian Oestlien (Naib Presiden Produk YouTube), Akshay Kothari (Ketua Pegawai Operasi Notion) dan Cristina Cordova (Rakan Kongsi First Round) dengan mereka semua optimis bahawa tidak lama lagi OSlash bakal menjadi cara de-facto untuk mengakses maklumat dalam syarikat.

OSlash ialah alat produktiviti perusahaan yang membantu para pekerja mengakses maklumat yang tepat dalam beberapa saat menggunakan perkataan harian seperti 'o/roadmap' atau 'o/daily-standup'. Menamakan URL - amalan biasa dalam Linkedin, Google dan Meta - mewujudkan satu sumber kebenaran untuk semua perkara yang penting yang membantu pasukan bekerjasama dengan lancar. 

Dengan pintas intuitif, OSlash menjimatkan masa selama berjam-jam yang digunakan oleh pasukan untuk mencari pautan yang betul dalam timbunan e-mel, mesej dan jalur Slack. Perusahaan yang menggunakan OSlash telah menyaksikan peningkatan produktiviti sebanyak 25% yang menjadikannya sebagai cara terpantas untuk pasukan bekerja di tempat kerja moden. 

OSlash juga sedang membangunkan carian sejagat pada platformnya untuk membolehkan para pekerja mencari maklumat dalam tempat kerja mereka semudah menaip pertanyaan di Google. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web, LinkedIn atau siaran akhbar syarikat ini. 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1775858/Co_founders_OSlash.jpg?p=medium600 

Source: OSlash
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Feature News Releases