omniture

Persekutuan Pergigian Sedunia FDI melancarkan Pernyataan Konsensus tentang penjagaan kesihatan oral yang lestari

FDI World Dental Federation
2022-03-30 22:00 27

Membuka laluan ke arah Kod Amalan Baik industri 

- Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) -

GENEVA, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Persekutuan Pergigian Sedunia FDI (FDI), hari ini melancarkan Pernyataan Konsensus tentang Penjagaan Kesihatan Oral yang Lestari Alam Sekitar buat pertama kali yang bermatlamat untuk menggerakkan sektor penjagaan kesihatan oral ke arah amalan yang lebih mesra alam sekitar yang akhirnya akan mengurangkan jejak karbon profesion tersebut.

Pernyataan Konsensus tersebut telah dikeluarkan hari ini pada sidang kemuncak khas yang dianjurkan oleh FDI yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan berpengaruh termasuk para tokoh terkemuka daripada industri serta profesional kesihatan, pakar akademik, pihak berkuasa perundangan dan persatuan pergigian.

"Ia akan memberi kejutan kepada ramai orang bahawa sektor penjagaan kesihatan bertanggungjawab terhadap kira-kira lima peratus pelepasan gas rumah hijau global dengan penjagaan kesihatan oral merupakan penyumbang penting," kata Prof. Ihsane Ben Yahya, Presiden FDI yang juga Dekan Fakulti Pergigian Mohammed VI University of Health Sciences, Casablanca, Maghribi.

"Industri pergigian mempunyai tanggungjawab kolektif untuk mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar dan Pernyataan Konsensus yang dilancarkan hari ini merupakan langkah utama yang pertama dalam mencapai matlamat tersebut. Pernyataan Konsensus ini mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat dalam komuniti penjagaan kesihatan oral bahawa kita mesti berusaha untuk meningkatkan kesihatan mulut secara lestari yang mematuhi sasaran PBB. Mulut yang lebih sihat bermakna planet yang lebih sihat."

Penjagaan kesihatan oral menyumbang kepada beban alam sekitar melalui pencemaran udara yang berpunca daripada pelepasan CO2 yang dikaitkan dengan perjalanan dan pengangkutan, pembakaran sisa, kekurangan pembungkusan yang boleh dikitar semula, kesan gas rumah hijau daripada gas anaestetik seperti nitrus oksida dan penggunaan air yang tinggi.

Pernyataan Konsensus ini mengenal pasti pemacu kompleks yang menyokong tingkah laku dan amalan semasa serta mengesyorkan strategi pemulihan berdasarkan 4 R: Reduce, Recycle, Reuse and Rethink (Kurangkan, Kitar semula, Guna Semula dan Fikir Semula).

Sambil menonjolkan beberapa kesan alam sekitar yang tidak dapat dielakkan yang dikaitkan dengan penyediaan pemeriksaan dan rawatan pergigian yang boleh diakses untuk memudahkan kesihatan mulut yang baik dan mengurangkan ketidaksamaan dalam penjagaan kesihatan. Ia juga menjadi sebab bagi meminimumkan penjagaan kesihatan oral yang "boleh dielakkan", dengan hujah bahawa ia paling baik dicapai melalui penyampaian dan juga penyelenggaraan penjagaan kesihatan oral  yang baik yang menumpukan pencegahan melalui penggalakan kebersihan oral yang baik, diet gula rendah yang sihat dan pengelakan tembakau.

"Mencegah itu lebih baik daripada merawat dan ia merupakan cara yang paling berkesan serta praktikal untuk mengurangkan keperluan campur tangan klinikal dan kesan alam sekitar yang dikaitkan dengannya," kata Prof. Nicolas Martin, Pengerusi Pasukan Petugas Kelestarian dalam Pergigian FDI yang juga seorang Profesor Klinikal Pemulihan Pergigian di Sekolah Pergigian Klinikal, Universiti Sheffield di UK. 

"Apabila rawatan diperlukan, penjagaan kesihatan oral harus menumpukan pada penyediaan tampalan yang tahan lama, menggunakan produk dan bahan berkualiti tinggi yang akan tahan lebih lama dan/atau memerlukan kurang penggantian."

Pernyataan Konsensus ini disokong oleh sebuah ulasan ringkas berjudul Sustainable Oral Healthcare – A Joint Stakeholder Approach (Penjagaan Kesihatan Oral Lestari - Pendekatan Bersama Pihak Berkepentingan) yang diterbitkan dalam International Dental Journal pada hari ini.

Maklumat Lanjut: 

Michael Kessler
Perhubungan Media FDI
Telefon Mudah Alih: + 34 655 792 699
E-mel: michael.kessler@intoon-media.com

Tentang FDI Persekutuan Pergigian Sedunia

Persekutuan Pergigian Sedunia FDI berfungsi sebagai badan perwakilan utama untuk lebih 1 juta doktor gigi di seluruh dunia. Keahliannya terdiri daripada 200 persatuan pergigian kebangsaan dan kumpulan pakar di lebih 130 buah negara. FDI mempunyai visi untuk memimpin dunia ke arah kesihatan oral yang optimum. www.fdiworlddental.org/

Tentang projek Kelestarian dalam Pergigian 

Projek Kelestarian dalam Pergigian FDI diasaskan untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada komitmen untuk mengurangkan jejak CO2 dalam pergigian terutama dalam kalangan pengamal, pesakit dan rantaian bekalan sektor tersebut. Projek ini akan menghasilkan suatu siri kaedah dan sumber rujukan untuk pengamal pergigian dan para pesakit bagi mencapai kelestarian alam sekitar yang lebih baik. Pernyataan Konsensus ini telah dibangunkan melalui kerjasama pelbagai pihak berkepentingan dan akan menghasilkan Kod Amalan Baik yang akan menyediakan garis panduan dan objektif untuk mencapai prosedur perolehan dan bekalan yang lestari. Dokumen ini akan ditandatangani bersama oleh syarikat yang terlibat di seluruh rantaian bekalan.

Projek ini disokong oleh rakan kongsi pengasas kami: Colgate, GSK Consumer Healthcare, Dentsply Sirona, Procter & Gamble dan TePe. www.fdiworlddental.org/sustainability-dentistry

 

 

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Environmental Products & Services Health Care/Hospital Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility