omniture

Pusat Perubatan dan Terapi Fetus Kypros Nicolaides Dibuka di Burjeel Medical City, Abu Dhabi

Burjeel Medical City
2022-03-30 22:17 38

Pusat tersebut merupakan sebahagian daripada kerjasama antara Prof. Kypros Nicolaides yang terkenal dengan jabatan perubatan fetus hospital

ABU DHABI, UAE, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Sebuah Pusat Perubatan dan Terapi Fetus baharu telah dibuka di Burjeel Medical City (BMC) melalui kerjasama dengan pakar perubatan fetus yang terkenal di dunia, Prof. Kypros Nicolaides. Beliau yang terkenal sebagai 'Bapa Perubatan Fetus,' merupakan seorang Profesor di Institut Penyelidikan Perubatan Fetus di Hospital King's College, London. Pusat Perubatan dan Terapi Fetus Kypros Nicolaides telah dirasmikan semasa sebuah majlis khas di Burjeel Medical City iaitu kemudahan penjagaan perubatan yang terbesar di bawah sepanduk VPS Healthcare yang terletak di Bandar Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi. Pusat ini ialah sebahagian daripada kerjasama antara Prof. Kypros dengan Jabatan Perubatan Fetus hospital tersebut. 

Dr. Shamsheer Vayalil, Chairman and Managing Director, VPS Healthcare addressing the gathering
Dr. Shamsheer Vayalil, Chairman and Managing Director, VPS Healthcare addressing the gathering

Perubatan Fetus ialah cabang perubatan khusus dalam pemantauan masalah kesihatan ibu dan fetus sepanjang kehamilan dan serta-merta selepas fasa tersebut. Ia merupakan perkara yang biasa bagi para wanita hamil di rantau ini untuk pergi ke negara Barat demi mendapatkan penjagaan dalam pembedahan in utero bagi masalah fetus yang rumit. Jabatan ini direka untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap perubatan dan terapi fetus di rantau ini.

Mengulas tentang perkembangan yang signifikan ini, Dr. Shamsheer Vayalil, Pengerusi merangkap Pengarah Urusan VPS Healthcare berkata, "Pelancaran Pusat Perubatan dan Terapi Fetus Kypros Nicolaides di Burjeel Medical City merupakan suatu peristiwa penting, kerana ia merupakan yang pertama sebagai kemudahan bertaraf dunia bersepadu sedemikian di rantau ini. Ini merupakan langkah yang penting dalam menyediakan penjagaan fetus yang menyeluruh kepada para pesakit yang mengalami kehamilan berisiko tinggi di UAE."

Prof. Kypros telah merevolusikan bidang perubatan fetus melalui pencapaian penyelidikan dan amalan perubatan beliau yang meluas termasuk memperkenalkan pemindahan darah intrauterus untuk anemia fetus. Beliau merupakan penerima Grand Cross of Makarios III – iaitu penghormatan tertinggi kepada orang awam yang dianugerahkan oleh Cyprus  dan beliau telah terpilih ke Akademi Perubatan Kebangsaan AS pada tahun 2020.

Prof. Kypros berkata, "Kerjasama unik ini bertujuan untuk menawarkan penjagaan berkualiti tinggi dalam perubatan dan pembedahan fetus di UAE serta di wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). Kami berhasrat untuk menyediakan pelbagai aspek penjagaan dalam perubatan fetus yang tidak tersedia di negara ini buat masa sekarang. Kami sedang menjalankan kajian penyelidikan tentang diabetes gestasi, praeklampsia dan kelahiran pramasa serta berharap para pesakit dari Hospital Burjeel dapat menyertainya pada masa hadapan. Akhir sekali, saya ingin meningkatkan hasil kehamilan serta menyelamatkan lebih ramai bayi dan ibu. Saya berbangga dengan kerjasama ini dengan jabatan ini dan saya berharap ia akan berterusan untuk jangka masa yang panjang pada masa akan datang."

Pasukan yang terdiri daripada pelbagai bidang di pusat ini akan bekerjasama erat dengan pakar maternal, neonatal dan pediatrik dari Institut Penyelidikan Perubatan Fetus di Hospital King's College, London.

Dr. Mandeep Singh, mantan Pengarah Pusat Perubatan Fetus Kypros Nicolaides di Southend University Hospital NHS Foundation Trust, UK akan mengetuai pasukan perubatan di pusat baharu ini sebagai Pengarah Perubatan dan Perunding Perubatan Maternal & Fetus Burjeel Farha.

Para profesional perubatan dari UAE dan antarabangsa telah berhimpun di BMC pada hari pelancaran tersebut untuk mendapatkan pemahaman baharu tentang perubatan fetus daripada Prof. Kypros.

Tentang Burjeel Medical City 

Burjeel Medical City (BMC) ialah sebuah pusat penjagaan kuaterner dan hospital pelbagai kepakaran berkapasiti 400 buah katil yang terletak di Abu Dhabi, UAE. BMC menawarkan rawatan khusus dan penjagaan kecemasan berkualiti tinggi di lebih 39 kepakaran pesakit dewasa dan pediatrik dengan dibantu oleh teknologi perubatan canggih dan pasukan pakar antarabangsa yang diperakui oleh lembaga perubatan terkemuka di dunia. BMC menempatkan pusat pemulihan dan penjagaan jangka panjang yang terbesar di UAE iaitu Burjeel Darak dan makmal generasi seterusnya iaitu BMC Central Laboratory. https://www.burjeelmedicalcity.com/ 

Hubungan Media:

Maryam
prteam@acornstrategy.com
+971 (0) 2678 7926  

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1771146/Burjeel_Medical_City.jpg?p=medium600

Source: Burjeel Medical City
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services