omniture

UNITAR Melantik Anastasios Economou, Pengerusi Global YPO dan Pengasas iGroup, sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bahagian Diplomasi Multilateral

YPO
2022-03-30 23:20 34

GENEVA, 30 Mac 2022  /PRNewswire/ -- Institut Latihan dan Penyelidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNITAR) telah melantik pengasas iGroup dan Pengerusi Global YPO, Anastasios Economou, sebagai Ahli Lembaga Penasihat, Bahagian Diplomasi Multilateralnya. Pelantikan selama dua tahun ini berkuat kuasa mulai Januari 2022 hingga Disember 2024.

UNITAR ialah sebuah institut latihan dan pembangunan kapasiti khusus dalam sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertujuan untuk memperkasakan individu, kerajaan dan organisasi melalui pengetahuan dan pembelajaran bagi mengatasi cabaran kontemporari global dengan berkesan. Dalam lingkungan rangka kerja Institut ini, Bahagian Diplomasi Multilateral menyokong jentera dan badan pentadbiran antara kerajaan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan memperkasa para perwakilan dan diplomat.

Tujuan utama Lembaga Penasihat Bahagian ini adalah untuk memberikan panduan dan kepemimpinan yang akan membolehkan Bahagian tersebut menyampaikan mandat serta mengatasi cabaran multilateral utama yang dihadapi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lembaga Penasihat ini juga akan menyediakan analisis penting tentang aktiviti-aktiviti Bahagian bagi memastikan sokongan terhadap piawaian kualiti yang mematuhi mandat UNITAR serta garis panduan PBB.

Encik Economou ialah Pengerusi global YPO yang ke-69, sebuah organisasi yang dikhususkan untuk menawarkan peluang pembelajaran sepanjang hayat serta pertukaran idea kepada lebih 30,000 keahlian ketua eksekutif yang berada di 142 buah negara di seluruh dunia.

Ahli YPO dikaitkan dengan kepercayaan bahawa dunia memerlukan pemimpin yang lebih baik, yang diterokai melalui pelbagai pengalaman pembelajaran, termasuk peluang untuk melibatkan diri dengan institusi perniagaan dan akademik terkemuka seperti Harvard Business School, INSEAD dan London Business School.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya di YPO dengan menyandang pelbagai jawatan di peringkat antarabangsa, serantau dan cawangan, Encik Economou telah mengetuai pelbagai inisiatif yang mentakrifkan organisasi tersebut bersama-sama dengan rakan seangkatannya dari pelbagai latar belakang budaya, perspektif, idea dan kepakaran.

"Dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat, Bahagian Diplomasi Multilateral UNITAR merupakan suatu penghormatan," kata Encik Economou. "Dengan berkongsi pengalaman menerajui organisasi pembelajaran global seperti YPO, saya berharap dapat berkhidmat dan menyokong ahli lembaga serta matlamat mereka dengan sebaik-baiknya bagi memupuk diplomasi multilateral dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."

"Kami gembira mengalu-alukan kedatangan Encik Economou ke dalam barisan Ahli Lembaga Penasihat, Bahagian Diplomasi Multilateral dan tidak sabar untuk bekerjasama dalam memperluas kesan positif bahagian ini terhadap para penerima manfaatnya, sejajar dengan mandat UNITAR dan seluruh visi PBB," kata Encik Rabih El-Haddad, Pengarah, Bahagian Diplomasi Multilateral UNITAR.

Tentang UNITAR: 

Institut Latihan dan Penyelidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNITAR) ialah sebuah cabang latihan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang beroperasi di segenap rantau di seluruh dunia. Kami memperkasakan individu, kerajaan dan organisasi melalui pengetahuan dan pembelajaran untuk mengatasi cabaran kontemporari global dengan berkesan. UNITAR telah ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai badan autonomi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan mandat untuk meningkatkan keberkesanan kerja-kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Negara-negara Anggotanya. Jangkauan UNITAR setiap tahun merangkumi kira-kira 300,000 penerima manfaat melalui seminar dan bengkel bersemuka, e-pembelajaran atau acara berkaitan latihan yang lain. (www.unitar.org)

Tentang YPO:

YPO ialah komuniti kepimpinan global yang terdiri daripada lebih 30,000 orang ketua eksekutif di 142 buah negara yang dihubungkan dengan kepercayaan bersama bahawa dunia ini memerlukan pemimpin yang lebih baik. Setiap ahli kami telah mencapai kejayaan dalam kepemimpinan yang signifikan pada usia muda. Apabila digabungkan, mereka memimpin perniagaan dan organisasi yang menyumbang kepada pendapatan tahunan sebanyak USD9 trilion serta lebih 22 juta orang pekerja. Ahli-ahli YPO memberi inspirasi dan menyokong antara satu sama lain melalui pembelajaran rakan sejawatan dan pengalaman luar biasa dalam sebuah komuniti yang inklusif dengan perkongsian terbuka dan kepercayaan. Layari ypo.org untuk maklumat lanjut.

Source: YPO
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Health Care/Hospital Personnel announcements