omniture

Trina Solar sekali lagi pecahkan rekod dunia dengan mencapai kecekapan sel i-TOPCon pada 25.5%

Trina Solar Co., Ltd
2022-03-30 23:32 125

CHANGZHOU, China, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Trina Solar, penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar global yang terkemuka, mengumumkan bahawa sel i-TOPCon 210×210mm telah mencapai kecekapan maksimum 25.5%, seterusnya mencipta rekod dunia buat kali ke-23.

Hasil tersebut diperakui oleh Institut Metrologi Kebangsaan China (National Institute of Metrology of China), pusat penyelidikan saintifik metrologi terkemuka dan institusi teknikal metrologi undang-undang kebangsaan.

Di Makmal Utama Sains dan Teknologi PV Negeri syarikat ini, para penyelidik Trina Solar menyelesaikan masalah teknikal yang berkaitan dengan pemancar boron selektif, silikon oksida penerowongan kawasan besar dan penyediaan polisilikon terdop serta pempasifan hidrogen berkecekapan tinggi. Dengan menggunakan peralatan sel pengeluaran besar-besaran, ia menjadikan kecekapan maksimum sel monohabluran jenis-N 210mm besar kepada 25.5%. Kecekapan baharu ini, hasil daripada usaha inovasi dan penyelidikan berterusan syarikat ini, sekali lagi menunjukkan kehebatan Trina Solar dalam teknologi sel i-TOPCon 210×210mm.

"Kami amat berbangga dengan pencapaian terkini ini," kata Dr Chen Yifeng, ketua pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sel dan modul berkecekapan tinggi syarikat, "Trina Solar komited sepenuhnya terhadap penyelidikan dan pembangunan termaju dan telah menjadi perintis dalam pengeluaran teknologi dan pembuatan, membantunya mengekalkan kedudukan utamanya menerusi produknya yang cekap."

Pencapaian ini penting memandangkan syarikat ini terus maju ke hadapan dengan projek sel berkecekapan tinggi i-TOPCon jenis-N 210mm dan membuka laluan untuk pembangunan susulan dalam pasaran berkualiti tinggi.

Pencapaian Trina Solar telah disambut dengan sangat baik dalam industri ini termasuk oleh pihak berkuasa dan institusi ternama. Pada bulan Februari Trina Solar dinamakan oleh Reuters Events sebagai salah satu daripada 100 penginovasi terbaik bagi Peralihan Tenaga Global (Global Energy Transition) 2022. Syarikat ini merupakan satu-satunya syarikat tersenarai di China dalam senarai ini dan merupakan antara hanya segelintir yang lain di rantau Asia dan Pasifik yang termasuk dalam senarainya.

Selama bertahun-tahun Trina Solar telah memohon 2,200 paten, lalu menjadikannya peneraju industri berhubung hal ini. Ia telah memainkan peranan penting dalam 107 piawaian industri dan menerbitkan 96 piawaian, seterusnya memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dalam teknologi fotovolta.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities Survey, Polls & Research