omniture

Snapmaker di BETT 2022: Perkasa Pendidikan STEAM Dengan Penyelesaian Pencetakan 3D 3-dalam-1

Shenzhen Snapmaker Technologies Co., Ltd.
2022-03-31 08:31 164

SHENZHEN, China, 31 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Pengeluar digital Snapmaker telah bekerjasama dengan pengedar berdaftarnya iMakr untuk mempamerkan inovasi yang terkini dalam teknologi pendidikan di BETT UK, perhimpunan pendidikan yang terbesar di UK mulai 23 Mac hingga 25 Mac 2022.

Di acara BETT tahun ini, para pengunjung seluruh dunia boleh melibatkan diri dalam demonstrasi langsung pencetak 3D modular 3-dalam-1 A350T Snapmaker 2.0 dan melihat dengan teliti seleksi luas barangan sampel yang dicipta oleh semua modul mesin.

Visitors experiencing Snapmaker 2.0 A350T
Visitors experiencing Snapmaker 2.0 A350T

Edisi terkini barisan Snapmaker, Modul Kuasa Tinggi 10W turut membuat penampilan sulungnya. Dilengkapi dengan pemisah pancaran laser yang paling canggih, penambahan baharu kepada ekosistem modular Snapmaker ini mengupayakan pelbagai jenis bahan untuk mengusahakan lebih banyak projek.

Guru-guru dan institusi-institusi pendidikan telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap fungsi 3-dalam-1 dan keserbabolehan mesin Snapmaker, menurut Ricardo, Pakar Fotopolimer di iMakr. Sama ada untuk sekolah dengan ruang yang terhad atau institusi yang pergi ke sekolah berbeza, mesin ini membawa ciri kemudahan yang hebat. Selain itu, hasil daripada reka bentuk modular, penyelenggaraannya juga ringkas.

"Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Snapmaker untuk meluaskan tawaran pencetakan 3D kepada pengguna pendidikan dan menawarkan program pajakan untuk menggalakkan lebih ramai guru mengintegrasikan pencetakan 3D ke dalam kurikulum mereka," kata Adam, Pengurus Perkongsian di iMakr.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat permintaan yang semakin meningkat terhadap pencetakan 3D di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan. Dengan rekod mantap menerusi jalinan kerjasama dengan institusi pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi di serata dunia termasuk Beijing Institute of Technology, Projek Azerbaijan STEAM dan sebagai rakan kongsi sah rasmi VR Digication di Jerman, Snapmaker menumpukan perhatian untuk menggabungkan pencetakan 3D dalam bilik darjah bagi memberi peluang pembelajaran baharu dan memupuk golongan profesional masa depan. "Kami akan terus membangunkan penyelesaian pencetakan 3D yang lebih berkesan kos, komprehensif dan disesuaikan untuk pendidikan STEAM," kata Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif Snapmaker. 

Latar Belakang Snapmaker 

Ditubuhkan pada tahun 2016, Snapmaker ialah sebuah syarikat teknologi yang membangunkan, mengilangkan dan menjual pencetak 3D 3-dalam-1 atas meja yang mengintegrasikan pencetakan 3D, turisan & pemotongan laser serta pengukiran CNC. Produk unggulannya Snapmaker 2.0 mencatat rekod pada tahun 2019 sebagai pencetak 3D paling ramai dibiayai oleh khalayak di Kickstarter dan memenangi Anugerah Inovasi CES 2020.

Kunjungi www.snapmaker.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang Snapmaker dan penyelesaian pendidikannya serta https://www.imakr.com/ tentang iMakr dan program pajakannya.

Hubungan Media: press@snapmaker.com

Source: Shenzhen Snapmaker Technologies Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Education Mining/Metals Trade show news