omniture

'GO UNREAL': TIKET UNTUK #ABUDHABIGP 2022 KINI DIJUAL, SWEDISH HOUSE MAFIA MENGHANGATKAN KONSERT SELEPAS PERLUMBAAN PADA HARI JUMAAT

Abu Dhabi Motorsports Management
2022-03-31 16:42 12

Yas Island akan menjadi tuan rumah Grand Prix F1 Etihad Airways Abu Dhabi untuk pusingan akhir musim F1 2022, dengan kejuaraan yang dijangka mara ke pusingan akhir sekali lagi

Swedish House Mafia akan menghangatkan Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam pada Jumaat malam, tiga lagi bintang terkenal global akan diumumkan untuk festival selama empat hari

Harga tiket bermula dari AED300 dengan peluang untuk para peminat memilih pengalaman mereka sendiri di astaka dan zon peminat, diskaun sebanyak 30 peratus untuk pembelian awal kini tersedia 

YAS ISLAND, ABU DHABI, UAE, 31 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Dengan musim Formula 1 2022 yang semakin hampir, pihak Pengurusan Sukan Permotoran Abu Dhabi hari ini mengumumkan tiket edisi ke-14 FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2022 kini tersedia untuk pembelian.

Full Capacity Set for #AbuDhabiGP 2022
Full Capacity Set for #AbuDhabiGP 2022

Perlumbaan pada hujung minggu tahun ini berlangsung pada 17-20 November di Litar Yas Marina, dengan musim akhir F1 2022 disusuli dengan hiburan dan aksi perlumbaan yang menggemparkan selama empat hari. Pembeli tiket awal akan diberi ganjaran diskaun pembelian awal sehingga 30 peratus daripada harga tiket-tiket terpilih untuk empat hujung minggu yang pasti menyeronokkan di Pulau Yas.

Perlumbaan 2021 yang melakar sejarah ini merupakan salah satu acara sukan yang paling banyak ditonton pada tahun ini dengan 108 juta penonton mengikuti perlawanan akhir untuk penentuan juara di Litar Yas Marina dengan susun atur baharu ini. Musim 2022 bermula di Bahrain pada awal bulan ini, menjanjikan babak dan aksi serupa dengan peraturan baharu yang mencipta kereta generasi baharu dan perlumbaan baharu di trek.

Di samping hiburan yang meningkatkan adrenalin selama empat hari ini, para pemegang tiket juga akan teruja dengan aksi mendebarkan secara langsung di Litar Yas Marina, pengembaraan penuh keseronokan di Pulau Yas serta Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam – yang sekali lagi akan berlangsung di Etihad Park.

Swedish House Mafia yang dicalonkan untuk pelbagai anugerah Grammy merupakan bintang global pertama yang diumumkan, yang akan menghangatkan Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam pada Jumaat malam. Artis trio – Steve Angello, Sebastian Ingrosso dan Axwell – yang menggabungkan muzik house dengan kraf hebat berentak hip-hop, ciri rock 'n' roll serta beraksi seumpama penghibur skrin besar, mengeluarkan album sulung penuh mereka 'Paradise Again' [Republic Records] yang dijadualkan akan dilancarkan pada bulan April 2022, sekali gus mencipta laluan yang sempurna hingga berlangsungnya pertunjukan mereka pada bulan November di Abu Dhabi.

Akses ke konsert ini hanya eksklusif untuk para pemegang tiket Grand Prix Abu Dhabi. Pembeli tiket awal Grand Prix juga akan berpeluang mendapatkan tiket Golden Circle untuk menikmati pengalaman tempat duduk baris hadapan di Etihad Park.

Di samping menawarkan pengalaman yang tiada tandingan di Pulau Yas sepanjang festival selama empat hari ini, Grand Prix akan menyaksikan pengenalan pengalaman berbilang Astaka – tiket kombo tiga hari F1 yang istimewa yang memberi tetamu peluang untuk menikmati pelbagai astaka yang berbeza untuk melihat aksi unik di trek sepanjang hujung minggu.

Seperti biasa, terdapat pelbagai pilihan tiket untuk dipilih oleh para peminat, akses boleh didapati di Abu Dhabi Hill dan di astaka, serta akses ke Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam. Dan buat pertama kalinya, pemegang tiket akan dapat memilih tempat duduk mereka di astaka menggunakan alat penglihatan maya dan interaktif, memberikan tetamu idea tentang pemandangan yang akan dilihat dari tempat duduk mereka semasa membeli tiket dalam talian.

Para tetamu yang ingin menaik taraf tiket untuk mendapatkan pengalaman premium boleh memilih daripada rangkaian pakej hospitaliti yang memberi mereka peluang untuk menikmati acara sukan dan hiburan terkemuka di rantau ini dalam suasana mewah, dengan makanan dan minuman berkualiti tinggi serta DJ langsung.

Dengan pengumuman lebih menarik yang akan menyusul, beli tiket sekarang untuk memastikan anda tidak ketinggalan mengikuti salah satu acara terbesar pada tahun ini. Untuk membeli, sila layari: www.yasmarinacircuit.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1776675/AbuDhabiGP_2022_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1776676/AbuDhabiGP_2022_2.jpg?p=medium600

Swedish House Mafia – Friday Artist
Swedish House Mafia – Friday Artist

 

 

Source: Abu Dhabi Motorsports Management
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Music Sporting Events Sports Travel New products/services