omniture

EXCLUSIVE NETWORKS - PENYATA KEWANGAN TAHUN PENUH 2021

Exclusive Networks
2022-03-31 17:48 13

PARIS, 31 Mac 2022 /PRNewswire/ --

Laporan Jualan Kasar Tahun Penuh bernilai €3.3 bilion dengan peningkatan sebanyak 15.1%(1) tahun ke tahun

EBITA Terlaras Tahun Penuh bernilai €119.2 juta dengan peningkatan sebanyak 10.0%(1) tahun ke tahun

Pendapatan Bersih Terlaras Tahun Penuh bernilai €72.6 juta dengan peningkatan sebanyak 85.1% tahun ke tahun

 

  • Kejayaan pelaksanaan strategi seperti yang digariskan di IPO 
  • Mencapai pendapatan dan pertumbuhan jualan tahun 2021 serta meningkatkan prospek tahun 2022 
  • Berada pada kedudukan yang kukuh untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan dalam pasaran keselamatan siber 
  • Dividen cadangan: €0.20 sesaham dibayar tunai 

 

(1)  Termasuk Veracomp pada tahun 2020. Veracomp telah diambil alih pada 30 Disember 2020 tetapi dianggap sebagai telah diambil alih pada 1 Januari 2020 untuk tujuan perbandingan.

Exclusive Networks (Euronext Paris: EXN) hari ini mengumumkan penyata kewangannya untuk tahun penuh yang berakhir pada 31 Disember 2021, dengan siarannya telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah pada 29 Mac 2022.

Jesper Trolle, Ketua Pegawai Eksekutif mengulas: "Kami gembira dapat memberikan penyata kewangan yang kukuh untuk tahun 2021 dan mencapai strategi yang kami bentangkan pada masa IPO kami. Kami berjaya mencapai sasaran pertumbuhan dan keuntungan serta menunjukkan kecemerlangan operasi kami yang berjaya menangani cabaran pasaran. Kedudukan kami yang unik di tengah-tengah ekosistem dan permintaan yang menarik terhadap penyelesaian keselamatan siber mendorong prestasi yang kukuh ini pada tahun 2021 serta mengukuhkan keyakinan kami terhadap strategi dan prospek kami pada masa depan. Kami mempunyai banyak peluang pertumbuhan yang menarik dan terus memanfaatkan kedudukan pasaran kami yang kukuh dan permintaan keselamatan siber yang tinggi di seluruh dunia.

Pasaran keselamatan siber kini menjadi lebih penting daripada sebelumnya apabila persekitarannya menjadi lebih kompleks. Perundangan baharu, kerja jarak jauh, geopolitik dan penggunaan awan yang semakin meningkat menyumbang kepada pecutan pertumbuhan pasaran keselamatan siber dan Exclusive Networks berada pada kedudukan yang unik untuk memanfaatkan pertumbuhan struktur di pasaran dengan menjadi pemain utama di tengah-tengah ekosistem keselamatan siber yang amat berpecah dan semakin kompleks.

PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN TK 2021 

Jualan Kasar berjumlah €3.3 bilion, peningkatan sebanyak 29.5% tahun ke tahun berdasarkan laporan dan meningkat sebanyak 15.1% yang termasuk Veracomp pada tahun 2020. Pertumbuhan sebanyak 73% ini diperoleh daripada vendor sedia ada, 13% daripada pengembangan vendor dan 15% daripada pengambilalihan. Dari sudut pihak penjual semula, kami melihat permintaan yang kukuh daripada pasaran Perusahaan. Secara geografinya, melalui pelaksanaan strategi kami, kami telah mencapai pertumbuhan di ketiga-tiga rantau. 

Hasil seperti dilaporkan dalam Penyata Kewangan Disatukan ini mengambil kira pengiktirafan jualan sokongan dan penyelenggaraan pada asas Margin Bersih mengikut Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) kerana kami bukan penanggung obligasi utama untuk penyelesaian ini. Hasil telah meningkat sejajar dengan Jualan Kasar.

Margin Bersih telah mencecah €320 juta pada tahun 2021 dengan peningkatan sebanyak 9.2% berbanding tahun 2020 (termasuk Veracomp). Margin Bersih sebagai peratusan kepada Jualan Kasar ialah sebanyak 9.6%. Ini dapat dilihat dalam pengembangan margin EBITA Terlaras yang meningkat kepada 37.3%. Exclusive Networks terus menilai setiap perjanjian baharu berdasarkan sumbangan EBITA Terlaras marginal.

EBITA Terlaras berjumlah €119.2 juta, meningkat sebanyak 10.0% tahun ke tahun yang termasuk Veracomp pada tahun 2020 dan meningkat sebanyak 25.3% berdasarkan laporan.

Pendapatan Bersih Terlaras berjumlah €72.6 juta, peningkatan sebanyak 85.1% tahun ke tahun berdasarkan Laporan.

PRESTASI MENGIKUT SEGMEN TK 2021 

EMEA: Jualan Kasar bernilai €2,579.5 juta, meningkat sebanyak 14.5% berbanding tahun 2020 (termasuk Veracomp seperti diambil alih sejak bulan Januari 2020).

APAC: Jualan Kasar mencecah €394.3 juta, meningkat sebanyak 8.7% berbanding tahun 2020.

AMERIKA: Jualan Kasar berjumlah €346.7 juta, meningkat sebanyak 28.6% berbanding tahun 2020. Digabungkan dengan platform tempatan yang telah sedia meningkat, rantau ini mendapat manfaat daripada pencapaian penuh terhadap leveraj kendaliannya yang mencapai EBITA Terlaras sebanyak €8.5 juta dengan rekod pertumbuhan sebanyak lebih 56.3%.

KORPORAT: Perbelanjaan operasi bahagian Korporat menggambarkan pelaburan yang dilakukan bagi menstruktur strategi jangka panjang kumpulan ini, mereka bentuk dan melancarkan inisiatif untuk menyokong dan menstruktur negara serta pembangunan serantau dan juga untuk menyatukan dan memantau prestasi Kumpulan syarikat ini.

PROSPEK 2022 


2021

2022

Jualan Kasar (termasuk M&A) 

€3,320j 

Melebihi €3,800j 

Margin Bersih 

€319.9j 

€362j - €368j 

EBITA Terlaras
% daripada Margin Bersih 

€119.2j
37.3% 

€133j - €138j 

FCF Kendalian Sebelum Cukai 

€56.5j 

80% daripada EBITDA Terlaras 

 

SIARAN AKHBAR LENGKAP BOLEH DIDAPATI DI:
https://www.exclusive-networks-ir.com/files/IPO/EXN_FY2021_PR_VF_EN.pdf 

 

 

 

 

Source: Exclusive Networks
Related Stocks:
EuronextParis:EXN
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Accounting news, issues Earnings