omniture

Locus disenaraikan sebagai Wakil Vendor dalam Panduan Pasaran Gartner® tahun 2022 untuk Alat Reka Bentuk Rangkaian Rantaian Bekalan

Locus
2022-03-31 17:54 14

SAN FRANCISCO, 31 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Locus, platform perancangan logistik B2B Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) global dan platform pengoptimuman penghantaran untuk perusahaan penghantaran jarak jauh mengumumkan pengiktirafannya sebagai Wakil Vendor dalam Panduan Pasaran Gartner® tahun 2022 untuk Alat Reka Bentuk Rangkaian Rantaian Bekalan. Gartner menyampaikan maklumat yang objektif dan boleh dilaksanakan kepada para eksekutif dan pasukan mereka. 

"Gangguan berimpak tinggi telah menjadikan reka bentuk struktur rangkaian dan aliran produk lebih sukar untuk bertahan. Kekerapan organisasi menyemak reka bentuk rangkaian rantaian bekalan mereka yang telah meningkat daripada diukur dalam tempoh beberapa tahun kepada beberapa bulan atau minggu, disebabkan oleh perubahan dalam pasaran dan tingkah laku pengguna." Menurut Gartner dalam laporan tersebut.

"Reka bentuk rangkaian yang dirancang dengan baik adalah amat diperlukan untuk menjalankan penghantaran jarak jauh yang lancar. Memandangkan kerumitan yang semakin meningkat dalam rantaian bekalan moden, lebih banyak jenama kini memikirkan semula rangkaian pengedaran mereka. Dengan simulasi 'bagaimana jika' dan perwakilan kembar digital rantaian bekalan, kami membantu perusahaan mereka bentuk rangkaian pengedaran yang fleksibel dan optimum untuk pengedaran barangan yang lancar. Disenaraikan sebagai vendor wakil dalam Panduan Pasaran Gartner® terbaharu merupakan satu penghormatan mutlak bagi kami kerana kami berusaha untuk menjadikan logistik destinasi terakhir menjadi mudah untuk perusahaan di seluruh dunia dengan teknologi kami," kata Nishith Rastogi, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Locus.

Locus menggunakan pembelajaran mesin dan algoritma proprietari untuk menawarkan penyelesaian seperti pengoptimuman laluan, pengesanan masa nyata, agihan kenderaan, penggunaan armada, cerapan dan analitik.

Pelanggan Gartner boleh melog masuk untuk membaca kajian penuh pada tapak web ini.

1 Gartner, " Market Guide for Supply Chain Network Design Tools," Vicky Forman, Kamala Raman, Pia Orup Lund, 28 Februari 2022  

Penafian Gartner

Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Tentang Locus 

Locus ialah sebuah platform teknologi terperinci yang mengautomasikan keputusan manusia dalam rantaian bekalan untuk menyediakan kecekapan, ketelusan dan konsistensi dalam operasi logistik. Penyelesaian Locus merangkumi keupayaan untuk pengurusan kitaran hayat pesanan, perancangan dan pelaksanaan penghantaran, prestasi penunggang dan pengurusan kapasiti serta pengalaman pelanggan akhir yang serba lengkap.

Sila hubungi:
Karthika Anand 
karthikaa@locus.sh

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1197609/Locus_Logo.jpg?p=medium600

Source: Locus
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Transportation Survey, Polls & Research