omniture

SVP WORLDWIDE MENGAMBIL ALIH OPERASI PEMBUATAN JAGUAR INTERNATIONAL CORPORATION

SVP Worldwide
2022-03-31 20:12 9

LA VERGNE, Tennessee, 31 Mac 2022 /PRNewswire/ -- SVP Worldwide, peneraju global bagi mesin jahit isi rumah, mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih operasi pembuatan mesin jahit dan organisasi kejuruteraan produk milik Jaguar International Corporation. Kemudahan yang berpangkalan di Vietnam ini merupakan salah satu kilang mesin jahit isi rumah yang terbesar di dunia. 

Pengambilalihan ini akan mengukuhkan rantaian bekalan SVP Worldwide dan mewujudkan kapasiti yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan bagi jenama SINGER®, HUSQVARNA VIKING® dan PFAFF® milik syarikat. Permintaan bagi mesin jahit isi rumah semakin bertambah sejak sedekad yang lalu dan terus berkembang semasa pandemik berleluasa. SVP Worldwide telah bergerak mengatasi pertumbuhan industri dan memperoleh bahagian pasaran secara berterusan melalui pelaksanaan sistematik strateginya termasuk pelaburan yang signifikan dalam perniagaan yang berkembang pesat selepas Platinum Equity mengambil alih SVP Worldwide pada tahun 2021. Hasilnya, syarikat ini telah berusaha secara aktif untuk mengukuhkan jejak pembuatannya.

"Memperluas keupayaan pembuatan kami akan membantu kami berada seiring dengan permintaan yang tinggi terhadap produk kami", kata Ketua Pegawai Eksekutif SVP Worldwide, Carl-Martin Lindahl. "Pengambilalihan ini juga akan membolehkan kami mengoptimumkan pengeluaran di setiap tapak dalam rangkaian pembuatan kami, lalu memperkenalkan model baharu dengan lebih cekap dan menggembirakan pengguna dengan membawa inovasi kami seperti kecerdasan buatan dalam mesin jahit, sistem pengendalian berasaskan awan dan kawalan suara kepada lebih banyak produk dalam portfolio produk kami".

Operasi-operasi yang diambil alih ini telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan merangkumi sebuah operasi pembuatan mesin jahit yang moden dan menjimatkan kos yang terletak di lokasi strategik di utara Vietnam. Kilang ini menghasilkan mesin jahit berkomputer, mesin jahit mekanikal, serger dan alat ganti. Pengambilalihan ini merangkumi kilang dan gudang yang berkaitan, semua pekerja semasa serta pasukan kejuruteraan yang lengkap di Jepun. Di samping itu, pengambilalihan ini merangkumi keseluruhan portfolio produk yang dihasilkan di tapak serta harta intelek yang berkaitan. Kilang tersebut pada masa ini membekalkan produk kepada Jaguar International Corporation serta pelbagai pelanggan pihak ketiga dan akan terus berbuat demikian di bawah pemilikan SVP Worldwide.

SVP Worldwide yang menjalankan perniagaan melalui SVP-Singer Holdings, Inc. dan ahli gabungannya, merupakan syarikat mesin jahit pengguna terbesar di dunia yang menyumbang kepada lebih daripada satu mesin jahit bagi setiap tiga mesin jahit yang dijual di seluruh dunia. Syarikat ini serta tiga jenama ikoniknya – SINGER®, HUSQVARNA VIKING® dan PFAFF® – telah menggembirakan para pengguna secara kolektif selama lebih 460 tahun. Jenama dan produk premium ini dianggap sebagai pilihan kepada para penjahit yang serius dan para pembuat kraf yang baru. Jenama SINGER®, HUSQVARNA VIKING® dan PFAFF® masing-masing mempunyai warisan dan pengguna yang berbeza di seluruh dunia. SVP Worldwide mempunyai kemudahan di seluruh dunia untuk mereka bentuk, mengeluar, menjual dan menyokong jenama-jenama mesin jahit terbaik di dunia ini. Dengan ibu pejabat korporat globalnya yang terletak berhampiran dengan Nashville, Tennessee, di Amerika Syarikat, syarikat ini juga mempunyai 171 buah kedai runcit di 36 buah negeri di Amerika Syarikat serta pelbagai pusat perkhidmatan yang terletak di seluruh pelosok. Di peringkat antarabangsa, SVP Worldwide mempunyai ibu pejabat serantau dan pejabat komersial di Milan, Itali dan Mexico City, Mexico. Secara gabungan, jenama-jenama ini sudah menjangkau pengguna di lebih 180 buah negara di lima benua. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.svpworldwide.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1154700/svp_gd_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: SVP Worldwide
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Acquisitions, mergers, takeovers