omniture

Xinhua Silk Road: Seraphim selesaikan pengeluaran modul PV 72MW untuk Citicore

Xinhua Silk Road
2022-04-02 13:02 357

BEIJING, 2 April  2022 /PRNewswire/ -- Seraphim Energy Group Co., Ltd. (Seraphim), pengeluar produk solar global yang terkemuka, baru-baru ini menyelesaikan penghantaran modul PV 72 MW kepada Citicore Power Inc. (Citicore), sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui berfokus komuniti yang terkenal di Filipina.


Menurut Seraphim, Citicore membuat pesanan sehingga 72 MW modul monomukanya dengan output kuasa maksimum mencecah sehingga 540/545W pada bulan Julai 2021.

Modul PV dijadualkan untuk dihantar antara Oktober 2021 dan Januari 2022 sementara tarikh penjayaan rasmi dijangkakan pada bulan Oktober 2022.

"Ini merupakan perjanjian perolehan industri solar yang penting iaitu sebagai testimoni kepada pertumbuhan pesat Seraphim di Filipina," kata Polaris Li, presiden Seraphim.

"Filipina berkedudukan baik untuk tenaga solar dari segi geografi kerana ia menikmati cahaya matahari yang banyak dan menerusi rakan kongsi tempatan yang andal, kami telahpun menghantar lebih 200MW modul solar sejak dua tahun lalu. Saya percaya bahawa kerjasama bersama Citicore ini akan membantu kami meningkatkan lagi kekuatan kami di Filipina dan Asia Tenggara secara keseluruhan," tambah Li.

Seraphim mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan, pengeluaran, inovasi dan jualan produk PV sejak penubuhannya pada tahun 2011. Sehingga kini, lebih daripada 14GW produk Seraphim telahpun dipasang di lebih 40 negara seluruh dunia.

Ketika ini, Citicore merupakan salah satu daripada pengusaha utama dalam bidang tenaga solar Filipina dengan gabungan kapasiti penjanaan terpasang mencecah 170 MW.

Citicore menghasilkan tenaga boleh diperbaharui yang bersih dan tulen terus daripada loji penjanaan solar di Filipina melalui Citicore Renewable Energy Corporation (CREC).

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Green Technology Publishing/Information Service Utilities