omniture

Nyahpasang Sepenuhnya Aplikasi yang Tidak Diingini dengan Perombak Aplikasi Percuma, SpyHunter untuk Mac bagi Mengosongkan Ruang Cakera

EnigmaSoft Limited
2022-04-04 20:05 72

DUBLIN, 4 April 2022 /PRNewswire/ -- SpyHunter untuk Mac EnigmaSoft Limited ialah sebuah aplikasi anti-perisian hasad yang hebat termasuk Perombak Aplikasi percuma yang mudah digunakan, yang membolehkan anda menyahpasang sepenuhnya aplikasi yang tidak diingini daripada Mac anda. Dengan Perombak Aplikasi ini, pengguna Mac boleh mencari dan mengalih keluar aplikasi serta saki-baki fail sampah yang tidak diperlukan, dengan mudah.

Uninstall, Optimize, & Clean Your Mac with SpyHunter for Mac's FREE App Uninstaller
Uninstall, Optimize, & Clean Your Mac with SpyHunter for Mac's FREE App Uninstaller

Apabila program dinyahpasang secara manual, seringkali terdapat saki-baki fail yang tersembunyi dan tidak dialih keluar. Fail yang tidak dialih keluar ini menggunakan ruang pada pemacu keras Mac anda. Perombak Aplikasi SpyHunter untuk Mac mempunyai enjin imbasan terbina dalam yang direka untuk mengesan baki fail dan memadamnya, memastikan program yang dipilih serta semua datanya dialih keluar sepenuhnya daripada komputer anda. SpyHunter untuk Mac juga merangkumi ciri Pengurus Permulaan yang membolehkan pengguna mengkonfigurasi dan menyesuaikan tetapan permulaan Mac mereka untuk mengoptimum serta mempercepat proses permulaannya.

Untuk memuat turun Percubaan Percuma SpyHunter untuk Mac dan mencuba Perombak Aplikasi serta ciri-ciri anti-perisian hasadnya secara Percuma, sila layari https://www.enigmasoftware.com/products/spyhunter/#mac .

Bagaimanakah Perombak Aplikasi Percuma SpyHunter untuk Mac Memberi Manfaat kepada Anda?

Perombak Aplikasi SpyHunter untuk Mac:

  • Mengalih keluar baki fail & aplikasi yang tidak diingini untuk mengosongkan ruang cakera
  • Meningkatkan privasi dan keselamatan peribadi
  • Menyahpasang perisian yang tidak diingini yang muncul semula secara berterusan dengan "Nyahpasang Paksa"
  • Memberi gambaran terperinci tentang semua aplikasi yang dipasang
  • Mengenal pasti aplikasi yang menggunakan memori sistem dan sumber lain
  • Menggunakan ciri SpyHunter untuk Mac bagi mengalih keluar perisian hasad & PUP

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Perombak Aplikasi PERCUMA SpyHunter untuk Mac, sila layarihttps://www.enigmasoftware.com/products/spyhunter/#mac. Akses dan penggunaan Perombak Aplikasi SpyHunter untuk Mac secara percuma ini adalah sebahagian daripada SpyHunter for Mac dan tertakluk kepada syarat penggunaannya.

Tentang EnigmaSoft Limited

EnigmaSoft Limited ialah sebuah syarikat Ireland milik persendirian yang mempunyai pejabat dan ibu pejabat global di Dublin, Ireland. EnigmaSoft amat dikenali kerana membangun dan mengedarkan aplikasi anti-perisian hasad canggih SpyHunter 5 dan SpyHunter untuk Mac. SpyHunter mengesan dan mengalih keluar perisian hasad, meningkatkan privasi Internet serta menghilangkan ancaman keselamatan – menangani masalah seperti perisian hasad, perisian tebusan dan ancaman keselamatan berbahaya lain yang menjejaskan jutaan pengguna komputer PC dan Mac® di laman web. SpyHunter 5 telah memperoleh markah tertinggi dalam ujian perbandingan yang dijalankan oleh makmal ujian pihak ketiga bebas seperti AV-TEST. SpyHunter 5 juga telah diperakui oleh AppEsteem, Checkmark Certified dan TRUSTe.

Berhubung dengan EnigmaSoft: Twitter | Facebook | LinkedIn | YouTube

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1778314/spyhunter_for_mac_app_uninstaller.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/802706/EnigmaSoft___Logo.jpg?p=medium600

Source: EnigmaSoft Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment High Tech Security Mobile Entertainment Telecommunications New products/services