GOTHENBURG, Sweden, 5 April 2022 /PRNewswire/ -- Apabila tahun 2021 berakhir, Go North memulakan perjalanannya untuk menjadi syarikat unicorn seterusnya di Eropah. Kejayaan Amazon yang luar biasa ini sebahagiannya didorong oleh penjual pihak ketiga dan idea untuk mengagregat jenama-jenama kecil ini di bawah satu naungan operasi bagi meningkatkan keberuntungan, telah menunjukkan kejayaan yang besar. Ia merupakan sebuah industri yang kompetitif dengan pusingan pembiayaan yang mengagumkan, namun Go North berbeza daripada kebanyakan pesaingnya. Syarikat ini merupakan sebuah pasukan usahawan Amazon itu sendiri dan bukannya berasal daripada latar belakang Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A) tradisional—malah berupaya untuk berhubung secara unik dengan usahawan FBA (Fulfilled-By-Amazon) disebabkan perkara tersebut.
"Sebagai usahawan FBA, kami mendapat tanggapan yang agak negatif daripada para pengagregat. Kami mendengar kisah tentang urusan undang-undang yang sengaja dirumitkan, bahkan pembeli yang mengendalikan jenama mengalami kerugian bagi mengelakkan pembayaran. Ia merupakan suatu sistem yang perlu diubah. Oleh itu, kami memutuskan untuk mengubahnya—dan memulakan sebuah syarikat pengagregator oleh usahawan, untuk usahawan." Johan Hallenby, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif.
Pasukan ini telah berkembang kepada hampir 20 orang dengan beberapa pekerja utama yang berpengalaman dengan latar belakang daripada bidang e-dagang, M&A dan IPO. Syarikat ini menyasarkan pendapatan yang tinggi iaitu sebanyak SEK1 bilion dengan keuntungan yang bagus dalam tempoh tiga tahun yang boleh dicapai melalui kadar pengambilalihan yang tinggi dan keberuntungan jenama yang dipercepatkan.
eEquity yang mengetuai pusingan ini merupakan pelabur Nordic yang paling aktif dalam pertumbuhan digital serta bermatlamat untuk membina perniagaan terkemuka di pasaran melalui kerjasama erat dengan usahawan. Pusingan permulaan ini juga merangkumi pelabur malaikat yang berpengalaman seperti Alexander Hars (System OK + Let's Deal), Ludwig Mattsson (Gavia Group), Victor Hielte (Ernstrom Group), Caroline Ingeborn (Leap & Toca Boca), Peter Lindholm (Frontier Car Group), Lena Apler (Collector Bank), Magnus Emilson (NA-KD & Ess Group) William & Kim Olsson (Stena + Sessan) Gustav Eriksson (Stena + Formica), Sujay Tyle (Merama) dan Karin Hallin (Partners Group).
"Go North adalah lebih daripada sekadar mengambil alih jenama Amazon. Ia tentang menyediakan sumber kepada usahawan. Melalui penjualan jenama FBA Amazon mereka kepada Go North, mereka mendapat pembiayaan untuk melakukan langkah yang seterusnya. Bagi melangkah lebih jauh dan lebih pantas. Kami sedang membangunkan ekosistem usahawan e-dagang dengan keyakinan bahawa kami boleh mengubah industri ini menjadi lebih baik secara bersama-sama."
Falsafah ini seolah-olah dilaungkan bersama-sama. Syarikat ini telah membangunkan sebuah portfolio dengan 11 jenama dalam masa hanya beberapa bulan, dengan pertumbuhan pasca pengambilalihan (YoY) yang mengagumkan dan mempunyai rancangan yang besar untuk masa depan. Didorong oleh pusingan hutang dan ekuiti yang lebih besar serta rancangan untuk mengumpulkan beberapa ratus juta SEK, ia berhasrat untuk mengambil alih jenama baharu setiap minggu.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1778882/Go_North.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1778945/Johan_Hallenby_founder_CEO.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1779318/Go_North_Group_AB_Logo.jpg?p=medium600