omniture

American Wave Machines dan ProSlide Bekerjasama untuk Membawa Pembangunan Sukan Luncur ke Seluruh Dunia

American Wave Machines, Inc.
2022-04-05 22:00 54

SOLANA BEACH, California, 5 April 2022 /PRNewswire/ -- American Wave Machines, Inc. (AWM) – perintis teknologi ombak dan peneraju di seluruh dunia dalam sektor pembangunan kolam luncur – dan ProSlide Technology Inc. – peneraju industri dalam sektor reka bentuk, teknologi dan pembuatan permainan air – dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ProSlide kini merupakan penjual sah yang mengendalikan pasaran taman air dan pusat peranginan. ProSlide akan menawarkan PerfectSwell® proprietari AWM ke pasaran global yang bermula dengan projek yang bakal dijalankan di Asia dan Timur Tengah tidak lama lagi.

Rob Kelly in the barrel on PerfectSwell® at American Dream. Photo: Seth Stafford
Rob Kelly in the barrel on PerfectSwell® at American Dream. Photo: Seth Stafford

"ProSlide terus mendorong batasan inovasi di bidang taman air dan pusat peranginan," kata Jenna Timinsky, Pengurus Pembangunan Perniagaan AWM. "Inovasi adalah amat sejajar dengan AWM dan kami teruja untuk mengendali pasarannya dengan rakan kongsi yang berkebolehan."

Teknologi PerfectSwell® American Wave Machines boleh menghasilkan semula luncur terbaik dari seluruh dunia, berbatu-batu dari lautan. Teknologi terpaten mereka telah menghasilkan hampir setengah juta sesi luncur di tempat-tempat seperti Waco, Texas, Shizunami, Jepun dan American Dream di New Jersey. PerfectSwell® merupakan satu-satunya teknologi yang mewujudkan dinamik lautan sebenar dan menyediakan kepelbagaian ombak tanpa had yang menarik minat peluncur elit dan baharu.

"Rekod prestasi AWM yang terbukti dalam menghasilkan ombak bertaraf dunia yang digabungkan dengan tawaran teknologi permainan air canggih kami mewujudkan pakej pembangunan siap guna yang tiada tandingan dan bakal disukai oleh para pelanggan kami," kata Pengurus Pembangunan Perniagaan – Ombak dan Luncur ProSlide, Nicholas Yu.

Tentang American Wave Machines

American Wave Machines, Inc . membangunkan kolam luncur bertaraf dunia, sistem ombak dan lokasi meluncur. Teknologi luncur AWM dilindungi oleh satu portfolio paten di lebih 15 bidang kuasa di seluruh dunia. Lokasi SurfStream® mempunyai kapasiti sebanyak 100 sesi manakala kolam luncur PerfectSwell® berkeluasan 1 ekar dengan kapasiti sebanyak 1,000 sesi. Sejak tahun 2007, lebih 4,000,000 sesi telah berjaya dijalankan di semua lokasi American Wave Machines di seluruh dunia.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1780173/Rob_Kelly_at_American_Dream.jpg?p=medium600 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1058606/American_Wave_Machines_Logo.jpg?p=medium600  

Source: American Wave Machines, Inc.
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Sports Travel Licensing/marketing agreements Outdoors/Camping/Hiking