omniture

Shionogi Bekerjasama dengan Cloudera untuk Mempercepat R&D dan Mencapai Inovasi Dipacu Data dalam Bidang Farmaseutikal

Cloudera, Inc.
2022-04-06 19:13 49

Syarikat farmaseutikal berasaskan penerokaan di Jepun memanfaatkan Cloudera untuk mendapatkan cerapan yang lebih pantas di seluruh bidang penyelidikan, pembangunan dan rantaian nilai pasca pasarannya.

SINGAPURA, 6 April 2022 /PRNewswire/ -- Cloudera, sebuah syarikat awan data hibrid, hari ini mengumumkan bahawa syarikat farmaseutikal Jepun, Shionogi & Co., Ltd., telah memilih Cloudera untuk memacu keupayaan analisis datanya bagi meningkatkan prestasi perniagaan dan merealisasikan visinya untuk mencapai inovasi yang dipacu data. Melalui kerjasama ini, Shionogi berharap dapat mendemokrasikan akses kepada jumlah datanya yang sangat banyak dan menggalakkan literasi data untuk mempercepat penyelidikan dan pengeluaran produk.

Sebagai sebuah syarikat farmaseutikal berasaskan penerokaan, Shionogi memberi tumpuan kepada menyelidik dan membangunkan ubat-ubatan dan produk farmaseutikal yang lebih berkesan untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan pesakit. Jumlah data yang sangat banyak yang dijana oleh Shionogi sebagai pergantungannya, disimpan secara silo pada pelbagai platform yang bertebaran di pelbagai lokasi. Untuk merealisasikan visinya terhadap inovasi dipacu data yang sebenar, Shionogi memerlukan sebuah platform data yang komprehensif yang boleh mengumpul dan menganalisis data ini dengan cepat secara selamat dan terkawal. Kebolehcapaian yang didemokrasikan pada data ini di samping mengekalkan keselamatan serta tadbir urus data adalah penting.

Cloudera bekerjasama dengan Shionogi untuk menaik taraf platform datanya yang sedia ada kepada Platform Data Cloudera (CDP), sebuah platform yang selamat dan tersusun yang mudah disepadukan ke dalam pelbagai sistem lain yang digunakan oleh Shionogi. Syarikat ini telah menyepadukan semua data silonya, dengan CDP yang berfungsi sebagai pangkalan data terkumpul. Satu-satunya sumber tunggal ini memberikan akses kepada data dengan mudah, yang telah meningkatkan produktiviti para jurutera dan saintis data dengan mempermudah perkongsian maklumat di seluruh organisasi lalu meningkatkan tahap literasi data dalam Shionogi.  CDP bersambung dengan lancar kepada alat dan sistem analisis risikan perniagaan (BI) sambil memastikan keselamatan dan tadbir urus, membolehkan Shionogi mempercepat hipotesis dan kitaran ujian penerokaan serta pembangunan ubat-ubatan.

Dr. Yoshitake Kitanishi, Naib Presiden, Jabatan Sains Data, Shionogi & Co. Ltd. berkata, "Shionogi percaya bahawa kami perlu memaksimumkan penggunaan data kolektif dan pengetahuan kami untuk mencapai inovasi dipacu data yang sebenar. Platform Data Cloudera adalah apa yang kami perlukan - sebuah pangkalan data yang selamat, tersusun dan bersepadu. Keupayaannya untuk mengumpulkan dan menganalisis pelbagai data dalaman dan luaran, berstruktur atau tidak berstruktur, membolehkan ia memproses sejumlah data yang besar dengan pantas. Kami berupaya memperoleh cerapan perniagaan dengan cepat kerana ia bersambung dengan lancar ke alat dan sistem analisis risikan perniagaan di samping memenuhi keperluan perlindungan privasi serta pematuhan lain."

"Kami berasa gembira dapat menyokong Shionogi menggunakan data untuk mengubah perniagaannya. Syarikat ini kini sedang mengusahakan ubat COVID-19 dan kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada proses tersebut. Awan data hibrid Cloudera yang boleh ditingkatkan akan membantu Shionogi mencapai matlamatnya untuk menjadi sebuah perniagaan yang dipacu data," kata Takeshi Osawa, Pengarah Urusan Cloudera, Jepun.

Sumber Tambahan

Tentang Cloudera
Di Cloudera, kami percaya data boleh menjadikan apa yang mustahil pada masa kini menjadi kenyataan pada masa hadapan. Cloudera mengajar dunia tentang betapa besarnya nilai data raya, mencipta sebuah industri dan ekosistem yang dikuasakan oleh inovasi komuniti sumber terbuka secara berterusan. Kami memperkasakan pelanggan serta pemimpin industri mereka untuk mengubah data yang kompleks menjadi maklumat yang jelas dan boleh dilaksanakan. Melalui platform awan data hibrid kami, organisasi berupaya membina masa depan dipacu data mereka dengan menyampaikan data - tidak kira di mana ia disimpan - kepada mereka yang memerlukannya. Ketahui lebih lanjut di Cloudera.com.

Cloudera dan tanda yang berkaitan merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cloudera, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain merupakan tanda dagangan pemiliknya masing-masing.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/495570/Cloudera_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Cloudera, Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts Data Analytics