omniture

Ceres Nanosciences Menubuhkan Enam Belas Pusat Kecemerlangan Epidemiologi Berasaskan Air Buangan Melalui Inisiatif RADx NIH

Ceres Nanosciences, Inc
2022-04-06 19:37 50

MANASSAS, Virginia, 6 April 2022 /PRNewswire/ -- Ceres Nanosciences (Ceres), sebuah syarikat persendirian yang menghasilkan produk inovatif untuk meningkatkan penyelidikan dan ujian diagnostik sains hayat, mengumumkan penubuhan enam buah pusat kecemerlangan epidemiologi berasaskan air buangan yang baharu. Pusat baharu ini merupakan tambahan kepada sembilan buah pusat kecemerlangan sedia ada yang diumumkan sebelum ini pada bulan November 2021 serta program ujian air buangan di kawasan metropolitan Atlanta yang dikendalikan oleh Universiti Emory dengan kesemuanya dibiayai oleh pemberian bernilai $8.2 juta daripada inisiatif Rapid Acceleration of Diagnostics (RADx®) Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Tapak enam belas pusat ini merangkumi badan bukan berasaskan keuntungan, universiti, kesihatan awam dan makmal ujian komersial yang terletak di empat belas buah negeri termasuk Arizona, California, Connecticut, Illinois, Georgia, Kansas, Kentucky, Louisiana, Maryland, Massachusetts, New York, Texas, West Virginia dan Wisconsin, yang turut menyediakan perkhidmatan ujian air buangan kepada empat puluh buah negeri.

Pusat-pusat ini memantau air buangan secara berkala daripada pelbagai sumber termasuk daripada loji rawatan air buangan untuk menyediakan maklumat tentang keseluruhan trend virus di sesebuah daerah atau bandar; daripada dari takungan kumbahan untuk menyokong pembuatan keputusan bagi peruntukan sumber kesihatan awam di peringkat kejiranan; dan daripada lokasi peringkat bangunan seperti asrama kolej, kemudahan kejururawatan mahir, kemudahan pemulihan, sekolah K-12, kem musim panas dan lapangan terbang.

Setiap pusat telah dipilih berdasarkan keupayaannya untuk menggunakan kapasiti yang diperluas bagi melanjutkan perkhidmatan kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dan kurang bernasib baik serta dijangka akan berkongsi keputusan dengan pihak berkuasa kesihatan awam tempatan dan negeri serta menyerahkan data kepada Sistem Pengawasan Air Buangan Kebangsaan (NWSS) Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Setiap pusat kecemerlangan menerima bahan dan latihan di lokasi bagi melaksanakan protokol zarah Nanotrap® automatik yang membolehkan penyampaian keputusan ujian air buangan untuk lebih 100 sampel setiap hari pada hari yang sama. Asid nukleik yang diekstrak daripada protokol automatik ini serasi dengan pelbagai kaedah pengesanan asid nukleik termasuk tindak balas rantaian polimerase kuantitatif transkripsi berbalik (RT-qPCR), PCR digital titisan transkripsi berbalik (RT-ddPCR) dan penjujukan genomik.

"Kapasiti ujian air buangan yang telah dihasilkan oleh program yang dibiayai NIH di seluruh negara ini terbukti penting dalam memantau peningkatan varian SARS-CoV-2 baharu," kata Ben Lepene, Ketua Pegawai Teknologi Ceres Nanosciences. "Saya juga sangat teruja dengan data yang kami lihat yang menunjukkan bahawa kaedah yang sama boleh digunakan untuk membolehkan pemantauan air buangan bagi pelbagai penyakit berjangkit yang lebih meluas lagi termasuk virus, bakteria dan parasit lain."

Butiran lengkap boleh didapati di https://www.ceresnano.com/press-release-coe16

Hubungan Akhbar:
Ross M. Dunlap
Ceres Nanosciences, Inc
1.800.615.0418 samb. 202
rdunlap@ceresnano.com
www.ceresnano.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1780598/Ceres_Nanosciences_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Ceres Nanosciences, Inc
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Utilities Water Utilities Corporate Expansion