omniture

Experlogix Mengumumkan Penyepaduan dengan Microsoft Dynamics 365 Commerce untuk Menyampaikan Pengalaman Beli-belah Dalam Talian yang Kaya

Experlogix
2022-04-06 22:00 60

SOUTH JORDAN, Utah, 6 April 2022 /PRNewswire/-- Experlogix, salah satu penyedia utama CPQ (Konfigurasi, Harga, Sebut Harga) berasaskan awan dan perisian Automasi Dokumen untuk Microsoft Dynamics 365 dan Salesforce, hari ini mengumumkan penyepaduan dengan Microsoft Dynamics 365 Commerce. Dynamics 365 Commerce ialah penyelesaian e-Dagang saluran omni yang membolehkan para peruncit membina laman web, berhubung dengan kedai fizikal dan digital serta memantau tingkah laku pelanggan.

CPQ Experlogix untuk Dynamics 365 Commerce membimbing pelanggan dan penjual semula dengan pilihan konfigurasi produk yang sah melalui antara muka intuitif yang merangkumi visualisasi dinamik serta mesej kenaikan penjualan (up-sell) dan jualan silang (cross-sell) produk. Peraturan berasaskan logik memastikan keserasian pilihan dan ketepatan harga sambil menghasilkan bil bahan yang lengkap yang sedia untuk dikeluarkan dalam Dynamics 365 Operations. CPQ Experlogix menghapuskan ralat pesanan dan harga, mengurangkan kadar pemulangan produk dan memberikan pengalaman beli-belah layan diri yang luar biasa.

"Ketika entiti perniagaan berusaha untuk mengejar arus perubahan, mereka turut mencari alat yang inovatif untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih baik. CPQ Experlogix menggabungkan kepintaran produk dan penentuan harga dalam Microsoft Dynamics 365 Commerce untuk menghasilkan pengalaman beli-belah dalam talian yang terunggul," kata Naib Presiden Jualan Experlogix, Jeff Holway.

"Kami berpegang teguh terhadap komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian yang inovatif pada platform Microsoft Dynamics 365," kata Peter Willemse, Naib Presiden Produk Experlogix. "Sokongan kami terhadap Dynamics 365 Commerce merupakan contoh terkini tentang hasrat kami untuk memenuhi permintaan perusahaan di seluruh dunia."

"Syarikat seperti Experlogix menambah nilai dengan menyepadukan penyelesaian mereka dengan Microsoft Dynamics 365 Commerce," kata Brendan Sullivan, Pengurus Program Utama, Dynamics 365 Commerce Microsoft. "Penyepaduan produk ini dengan perisian CPQ Experlogix ialah sejenis penyelesaian teknologi yang membantu memastikan peruncit agar dapat mewujudkan penampilan kedai digital yang menarik bagi menyampaikan pengalaman yang seragam dan tersuai untuk pembeli-belah moden." 

Tentang Experlogix 

Experlogix ialah penyedia CPQ (Konfigurasi, Harga, Sebut Harga) berasaskan awan dan perisian Automasi Dokumen yang terkemuka yang meringkaskan serta menjadikan produk dan proses paling kompleks bertindak seperti manusia bagi memastikan kepantasan aliran kerja dan mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: Experlogix.com

Hubungan Media: Pamela Velentzas, Pengurus Pemasaran Kanan, pvelentzas@experlogix.com, 1-866-961-9111 x248

Source: Experlogix
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Joint ventures