omniture

Kedudukan Universiti Dunia QS 2022 mengikut Mata Pelajaran

QS Quacquarelli Symonds
2022-04-06 23:10 54

Universiti terbaik dalam 51 disiplin didedahkan

LONDON, 6 April 2022 /PRNewswire/ --Quacquarelli Symonds – kumpulan pemikir pendidikan tinggi antarabangsa – mengeluarkan edisi kedua belas bagi Kedudukan Universiti Dunia QS mengikut Mata Pelajaran: satu analisis perbandingan bebas terhadap prestasi 15,200 program universiti secara individu yang diambil oleh para pelajar di1,543 buah universiti di 88 buah lokasi di seluruh dunia, meliputi 51 disiplin akademik.
Ia merupakan sebahagian daripada portfolio Kedudukan Universiti Dunia QS (QS World University Rankings) tahunan yang telah dirujuk lebih 147 juta kali pada tahun 2021 di TopUniversities.com dan telah mendapat liputan sebanyak 96,000 kali oleh pihak media dan institusi. 

 

 

Kedudukan Universiti Dunia QS 2022 mengikut Mata Pelajaran


Bilangan program 10 terbaik

Amerika Syarikat

239

United Kingdom

131

Switzerland

31

Singapura

23

Kanada

19

Belanda

15

Australia

13

Hong Kong S.A.R.

7

Perancis

6

Itali

6

 China (Tanah Besar)

4

 

 

Sorotan Global 

  •  Institusi di AS menerajui 28 daripada 51 mata pelajaran yang tersenarai. Universiti Harvard dan MIT kekal sebagai institusi berprestasi paling tinggi, menduduki tempat pertama dalam dua belas mata pelajaran. 
  • Lima belas mata pelajaran didahului oleh sebuah universiti British, dengan Universiti Oxford mendahului dalam enam mata pelajaran.
  •  ETH Zurich ialah universiti terbaik di benua Eropah yang memperoleh tempat pertama dalam tiga mata pelajaran. Selain itu, berdasarkan kedudukannya dalam kalangan 10 terbaik, Switzerland merupakan sektor pendidikan tinggi ketiga terbaik di dunia.  
  • Australia pula negara keempat yang paling banyak diwakili berdasarkan jumlah penyertaan
  • China (Tanah Besar) berada pada kedudukan kelima di seluruh dunia bagi jumlah bilangan program (100) dengan mencapai kedudukan 50 terbaik. 
  • Tiada universiti yang mempunyai jumlah bilangan yang lebih besar dalam kedudukan 50 terbaik berbanding universiti Toronto Kanada (46).  
  • Universiti Kebangsaan Singapura – universiti berprestasi terbaik di Asia – merupakan yang terbaik di dunia bagi Kejuruteraan Petroleum. NUS berada dalam kedudukan 10 terbaik bagi enam belas disiplin.
  • Pendidikan tinggi Jepun masih berada dalam penurunan secara relatif selepas beberapa dekad mengalami kekurangan pembiayaan untuk para pelajar penyelidikan dan PhD. 
  • Universidad de Chile memperoleh kedudukan tertinggi di Amerika Latin , iaitu tempat ke-8 di seluruh dunia dalam Kejuruteraan - Mineral & Perlombongan, diikuti oleh UNAM (Mexico) pada tempat ke-13 dalam Bahasa Moden dan Universidade de São Paulo (USP) di tempat ke-15 dalam Pergigian.
  • Universiti Cape Town kekal sebagai institusi paling kompetitif di Afrika dengan memperoleh tempat ke-9 di seluruh dunia dalam Kajian Pembangunan.
  • Universiti Petroleum & Mineral King Fahd berada di tempat ke-6 di seluruh dunia bagi Kejuruteraan Petroleum, mencapai kedudukan teratas di rantau Arab.

Ben Sowter, Pengarah Penyelidikan QS berkata: "Memerhatikan trend prestasi di lebih 15,000 jabatan universiti membolehkan kami melihat faktor yang mempengaruhi kejayaan. Yang pertama, pandangan antarabangsa - dari segi badan fakulti dan hubungan penyelidikan – adalah begitu berkait rapat dengan prestasi yang lebih baik. Yang kedua, universiti-universiti yang semakin meningkat naik menerima pelaburan sasaran daripada kerajaan selama lebih satu dekad. Yang ketiga, memperkukuh hubungan dengan pihak industri adalah berkait rapat dengan hasil pekerjaan, penyelidikan dan inovasi yang lebih baik." 

Metodologi

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1503777/QS_World_University_Rankings_Logo.jpg?p=medium600

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Publishing/Information Service Survey, Polls & Research