omniture

BIO KOREA, Konvensyen Bio-Kesihatan Terbesar Asia bakal Dibuka pada Mei 2022

BIO KOREA Organizing Committee
2022-04-07 11:42 174

Acara Global bakal Bermula tatkala Era Pasca-COVID Bermula Secara Lebih Meluas, dengan Tema "Melangkaui Pandemik, menuju Gelombang Seterusnya"  

SEOUL, Korea Selatan, 7 April 2022 /PRNewswire/ --Dimulakan pada tahun 2006, BIO KOREA ialah konvensyen bio-kesihatan yang terbesar di Asia yang mengkhusus untuk mendorong kedudukan antarabangsa industri penjagaan kesihatan Korea dan memastikan pertumbuhan mampan industri ini. BIO KOREA 2022 akan berlangsung di COEX, Seoul mulai hari Rabu, 11 Mei hingga Jumaat, 13 Mei 2022.


Pada tahun 2021, konvensyan antarabangsa ini menghadapi cabaran untuk menganjurkan sebuah acara hibrid dalam-talian-luar-talian di tengah-tengah pandemik, namun, biarpun dengan segala cabaran, ia dapat meningkatkan reputasinya sebagai konvensyen bio-kesihatan antarabangsa Korea yang terkemuka, menarik 7,000 peserta daripada 800 syarikat dan organisasi di 69 negara. Dengan harapan yang tinggi untuk era pasca-COVID pada tahun 2022, konvensyen tahun ini dianjurkan di bawah sepanduk "Melangkaui Pandemik, menuju Gelombang Seterusnya" ("Beyond the Pandemic, into the Next Wave"). Program-program bertumpu sekitar perniagaan dalam industri bio-kesihatan, contohnya pasca-COVID, penjagaan kesihatan digital dan teknologi terapi yang paling terkini.

Dengan kehadiran beberapa minda paling bijak di dunia, pelabur, eksekutif, pakar perniagaan dan penyelidik, BIO KOREA 2022 akan menawarkan peluang perniagaan yang penting dan perkongsian global melalui forum perniagaan, pameran, persidangan dan pameran pelaburan.

Pameran ini memaparkan teknologi dan produk penjagaan kesihatan yang terkini dengan pelbagai demonstrasi. Syarikat-syarikat dan institusi-institusi dalam industri penjagaan kesihatan dan banyak kedutaan mendirikan astaka negara, di mana perniagaan yang cemerlang akan mengambil bahagian sebagai peserta pameran. Astaka yang menonjol khususnya ialah Zon 'Metaverse', yang mana beberapa teknologi masa depan yang paling menggamit perhatian akan didemonstrasikan. Pelawat akan berpeluang untuk menyaksikan masa depan industri bio-kesihatan global dan merasai sendiri pengalaman dalam teknologi terkini.

Satu lagi program penting, iaitu forum perniagaan merangkumi Partnering dan BIO LIVE. Dirancang untuk meninjau peluang perkongsian yang berpotensi dan mempromosikan teknologi serta produk, forum ini turut menawarkan peluang mesyuarat 1:1 untuk membincangkan kerjasama perniagaan dan penyelidikan serta perangkaian. Partnering Center dibuka di laman sesawang rasmi BIO KOREA 2022 (www.biokorea.org) pada 2 Mac, yang mana syarikat metaverse, bahan vaksin dan pempamer teknologi diagnostik yang menarik perhatian yang kukuh di Korea, syarikat pemula yang cerah masa depannya, makmal percubaan klinikal, syarikat farmaseutikal dan institusi penyelidikan mencari rakan niaga. Dalam menghadapi permintaan yang melambung tinggi di peringkat global, pihak penganjur konvensyen merancang untuk mengendalikan Partnering Center secara dalam talian dan luar talian selama 24/7 bagi memaksimumkan peluang perkongsian global. Dirancang untuk pemadanan perniagaan, BIO LIVE menyasarkan hubungan dua hala antara peserta dalam talian dan luar talian untuk perhubungan awam serta pemadanan perniagaan.

Persidangan ini menawarkan seminar yang bertema sekitar pelbagai topik termasuk pelesenan teknologi, harta intelek bio, peranti perubatan dan farmaseutikal yang mana para ilmuwan dan pakar yang tersohor di peringkat antarabangsa akan berkongsi pandangan mereka bersama peserta dan membincangkan pembangunan teknologi yang terkini. Topik-topik utama yang akan dibincangkan termasuk vaksin, imunoterapi untuk kanser, mikrobiom, penyakit Alzheimer dan perubatan regeneratif, sesi-sesi disusun dengan baik dalam trek utama seperti kesihatan digital dan perniagaan teknologi untuk mengikuti perkembangan terkini dan amalan terbaik serta membincangkan prospek masa depan dalam bio-kesihatan.

Pameran pelaburan ini akan bertindak sebagai batu loncatan untuk syarikat-syarikat farmaseutikal, bio dan penjagaan kesihatan untuk berkembang maju dalam pasaran global yang mana mereka akan membawakan rancangan pembangunan ubat-ubatan, teknologi yang canggih, visi serta strategi mereka.

BIO KOREA membentuk sebahagian daripada pembangunan industri bio-kesihatan negara ini. Tahun ini, konvensyen antarabangsa ini disasarkan untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai konvensyen bio-kesihatan Korea yang terkemuka dengan menyediakan forum untuk berkongsi kepintaran mengenai pasaran bio-kesihatan global dan memperdagangkan teknologi masa depan yang inovatif bagi menjadi peneraju dalam pasaran global.

Untuk maklumat lanjut tentang Bio Korea 2022, sila kunjungi laman sesawang kami. https://www.biokorea.org/index.asp?pLn=Eng atau https://www.youtube.com/watch?v=4oVP6waOc7Y

Jawatankuasa Penganjur BIO KOREA
+82-1661-0810
biokorea@biokorea.org

Source: BIO KOREA Organizing Committee
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news Future Events