omniture

Selebriti Paris Jackson Dilantik Sebagai Wajah KVD Beauty Melalui Kerjasama Kecantikan Buat Julung Kali

KVD Beauty
2022-04-07 19:56 70

Pertama: Memperkenalkan Formula Pensel Gel Mengandungi Pigmen bagi rangkaian Tattoo Liner Ikonik Jenama ini 

SAN FRANCISCO, 7 April 2022 /PRNewswire/ -- KVD Beauty melancarkan Tattoo Pencil yang berasal daripada celak cecair #1 jenama ini, kini dalam bentuk pensel gel ultra lancar. Paris Jackson yang merupakan seorang model, pelakon, penyanyi dan pemuzik membuat penampilan sulung dalam industri kecantikan sebagai wajah bagi pelancaran Tattoo Pencil Liner baharu.

Paris Jackson Named Face of KVD Beauty with First-Ever Beauty Partnership
Paris Jackson Named Face of KVD Beauty with First-Ever Beauty Partnership

Sebagai seorang pelakon dan model yang berjaya, Paris Jackson telah menghiasi muka depan pelbagai majalah fesyen tempatan dan antarabangsa yang menjadi bukti pengiktirafan terhadap beliau di seluruh dunia. Selain daripada anak perempuan kepada sensasi pop yang kaya-raya, Jackson juga merupakan seorang pemuzik baharu yang meraih kejayaan besar dalam industri ini melalui lagu-lagu beliau dengan vokal yang indah dan menyentuh perasaan. Kini dengan tugas di bidang kecantikan yang pertama buat beliau sebagai duta jenama terkini KVD beauty, Jackson sedang mengembangkan sayapnya dengan usaha yang sama sekali baharu dan menarik.

"Sebagai seorang artis, saya saya serta-merta tertarik dengan KVD Beauty kerana komitmennya terhadap kesenian dan ekspresi diri yang kedua-duanya merupakan sebahagian besar daripada identiti peribadi saya," ujar Jackson. "Saya juga menghargai cara jenama ini menggabungkan tatu dan kosmetik dalam cara yang begitu indah. Ditambah pula dengan fakta bahawa ia adalah 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan dan bebas daripada kekejaman haiwan, kerjasama dengan KVD Beauty ini terasa benar-benar organik dan saya tidak sabar menantikan kesemua perkara menarik yang akan dihidangkan."

"Paris menunjukkan begitu banyak contoh tentang ciri-ciri yang ditampilkan oleh KVD Beauty - yang di antaranya ialah kebaikan, penemuan dan keperibadian," jelas Tara Loftis, Naib Presiden Pemasaran dan Perhubungan Awam Global KVD Beauty. "Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan seorang wanita yang memberi inspirasi dan hebat yang bukan sahaja anggun malah cantik, sebagai duta jenama baharu kami dan wajah bagi Tattoo Pencil Liner. Kami yakin kerjasama ini akan menjadi satu kejayaan yang besar dan tidak ada orang lain selain Paris yang kami ingin bekerjasama dalam perjalanan yang menarik ini."

Bagi merealisasikan pelancaran yang amat dinanti-nantikan ini, kesenian Jackson untuk penggambaran kempen ini diketuai oleh Duta Global Veritas Artistry KVD Beauty iaitu Anthony Nguyen (@anthonyhnguyenmakeup), selebriti jurusolek artis terkemuka yang terkenal dengan kreativiti yang tiada batasan dan penampilan yang memukau pandangan. Diilhamkan daripada rupa celak mata yang berani dan grafik yang boleh anda hasilkan dengan menggunakan pensel ini, kempen tersebut telah dirakam oleh jurugambar terkenal, Tyrell Hampton dan digayakan oleh Danyul Brown.

Tattoo Pencil Liner baharu ini merupakan celak mata gel tahan lama yang menampilkan pigmen berimpak tinggi dengan kemasan warna matt yang terang dan dilukis dengan mudah supaya anda boleh membuat garisan, tompokan atau grafik melalui penampilan anda. Pensel serba boleh ini adalah kalis air, kekal dan tahan pudar untuk kegunaan sepanjang hari pada kelopak atau garis air mata.

Tattoo Pencil Liner telah diilhamkan oleh dua asas kesenian tatu: GARISAN, untuk membuat garisan tebal dengan mudah dan BAYANGAN, untuk membolehkan anda membuat tompokan dengan cepat. Formula ini melekat dengan pantas dan kekal untuk kegunaan sepanjang hari; hanya sapukan ia pada sebelah mata pada satu-satu masa supaya anda boleh biarkan ia melekat dan biarkan sahaja.

Dilancarkan dalam 10 jenis warna matt yang terdiri daripada set asas seperti TROOPER BLACK + coklat hingga kobalt berimpak tinggi + ungu, koleksi ini memberikan anda alat untuk tampil berseni melalui penampilan anda. Warna-warna diilhamkan dan dinamakan sempena pigmen bersejarah yang merangkumi Pyrolusite Brown (coklat sejuk), Axinite Brown (coklat hangat), Magnetite Gray (kelabu asap), Verdetta Green (zamrud pekat), Violet Hematite (ungu antik), Diox Purple (ametis terang), Madder Red (merah karat), Azurite Blue (kobalt terang), Blue Ashes (nilam pekat) dan warna ikonik jenama ini iaitu Trooper Black (ultra hitam).

Petua Profesional:

  • GARISKAN: Lukis menggunakan pensel di sepanjang garis bulu mata dan/atau garis air. Untuk menghasilkan penampilan yang lebih lembut, gunakan berus padat yang kecil atau jari anda untuk membuatkan tompok pada garisan tersebut.
  • KABUT CAIR: Hasilkan sayap menggunakan Tattoo Liner berwarna TROOPER BLACK pada bahagian atas garis bulu mata, kemudian gunakan warna pembayang Tattoo Pencil Liner untuk menampilkan ciri kabut pada bahagian bawah garis bulu mata dan garis air mata anda untuk penampilan berkabut di sebelah bawah.
  • GARISAN PEKAT: Selepas membuat garisan dengan Tattoo Liner, gunakan Tattoo Pencil Liner berwarna TROOPER BLACK atau PYROLUSITE BROWN untuk mengisi mana-mana kekosongan pada bahagian atas garis air bagi menghasilkan penampilan yang tiada cacat cela.

Dalam sebuah kajian pengguna pada 30 orang sukarelawan, yang dilakukan sejurus selepas penggunaannya:

  • 97% daripada para pengguna bersetuju bahawa produk ini memberikan hasil pigmen yang pekat dan terang.
  • 94% daripada para pengguna bersetuju bahawa produk ini selesa dipakai pada garis air.
  • 93% daripada para pengguna bersetuju bahawa produk ini memberikan hasil pigmen yang tinggi pada garis air.

Seperti biasa, Tattoo Pencil Liner ialah 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan dan bebas daripada kekejaman haiwan. Tattoo Pencil Liner KVD Beauty ($22) dilancarkan dengan 10 warna dan akan tersedia secara dalam talian di KVDVeganBeauty.com dan di kedai serta di Sephora.com dalam talian pada 11 April 2022 dan di kedai Ulta Beauty serta dalam talian pada 10 Jun 2022.

KVD Beauty NEW Tattoo Pencil, born from the brand’s #1 liquid liner, now in an ultra-smooth gel pencil
KVD Beauty NEW Tattoo Pencil, born from the brand’s #1 liquid liner, now in an ultra-smooth gel pencil

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1781163/KVD_LOOK_01_0643__1.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1781162/JMP_030322_KVD_Product_Main_V2.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1781314/KVD_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: KVD Beauty
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services