omniture

HABANOS, S.A. MEMPERSEMBAHKAN MAGNUM 52 H. UPMANN BAHARU UNTUK MEMPERINGATI TAHUN HARIMAU DALAM KALENDAR LUNAR CINA

Habanos, S.A.
2022-04-07 22:15 67

- The Pacific Cigar Co. LTD dan Infifon Hong Kong Limited, pengedar eksklusif Habanos, S.A. telah mempersembahkan 'pembukaan bungkusan secara maya' untuk vitola Magnum 52 H. Upmann, sempena memperingati Tahun Baru Cina 

HAVANA, 7 April 2022 /PRNewswire/ -- Habanos, S.A., bersama-sama dengan pengedarnya di Asia Pasifik dan China iaitu The Pacific Cigar Company dan Infifon Hong Kong Limited, mempersembahkan vitola Magnum 52 H. Upmann baharu melalui "pembukaan bungkusan" secara maya untuk meraikan ketibaan produk tersebut di pasaran. 

H. UPMANN MAGNUM 52
H. UPMANN MAGNUM 52

Magnum 52 H. Upmann (52 x 148 mm panjang) ialah vitola yang dihasilkan dalam kuantiti terhad namun akan tersedia di semua pasaran Habanos. Vitola ini ditampilkan dalam kotak khas yang mengandungi 18 Habanos "Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isi Panjang," selepas pemilihan yang teliti dibuat untuk menghasilkan pembalut, isi dan daun pengikatnya yang berasal dari kawasan Vuelta Abajo* di wilayah Pinar del Río* (Cuba), yang dianggap sebagai tempat asal usul produk tembakau terbaik di dunia.

"Memandangkan China merupakan pasaran utama Habanos, S.A. dari segi jumlah jualan pada tahun 2020, kami berbesar hati untuk memperingati Tahun Baru Cina bagi tahun ketiga berturut-turut dengan vitola seperti 'Magnum 52' di bawah jenama H. Upmann. Kami yakin bahawa peminat tegar Habanos akan mengalu-alukan pelancaran di seluruh dunia ini dengan penuh minat, yang bakal tersedia di seluruh pasaran walaupun dalam kuantiti yang terhad kerana ia merupakan keluaran yang eksklusif," kata Encik Leopoldo Cintra González, Naib Presiden Komersial dan Encik José María López Inchaurbe, Naib Presiden Pembangunan Habanos, S.A.

Encik Dag Holmboe, Ketua Pegawai Eksekutif The Pacific Cigar Company berkata: "Magnum 52 H. Upmann ialah vitola baharu yang memanifestasikan ciri mewah jenama ini dengan kekuatan ringan hingga sederhana serta menawarkan kualiti yang sangat tinggi dengan aroma yang tersendiri. Kami menjangkakan sambutan hangat daripada para peminat tegar Habanos di pasaran Asia."

Herman Upmann adalah seorang jurubank Jerman yang minatnya terhadap cerut Cuba telah menyebabkan beliau berpindah ke Havana pada tahun 1840. Beliau mengasaskan sebuah bank dan sebuah kilang Habanos di bandar tersebut. Akhirnya, bank tersebut ditutup, namun jenama cerut premium beliau kekal hingga ke hari ini. Kesemua cerut yang dihasilkan adalah "Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isi Panjang," menggunakan daun tembakau dari kawasan Vuelta Abajo*, di wilayah Pinar del Rio*.

The Pacific Cigar Company Limited (PCC) dan Infifon HK Ltd. merupakan pengedar eksklusif Habanos, S.A. untuk rantau Asia.

Nota Rasa 

Magnum 52 H. Upmann
Saiz: 52 x 148 mm panjang

  • Pembalut yang indah dan dihasilkan dengan mahir
  • Aroma panggang bermula dari awal
  • Pembakaran yang cemerlang
  • Sedutan sempurna
  • Habano dengan kualiti dan keseimbangan yang hebat
  • Kekuatan sederhana yang seimbang
  • Amat sempurna dengan minuman Ron 11 Years Old dan kopi Arabica panggangan sederhana
  • Tempoh penghisapan ialah kira-kira satu jam

Corporación Habanos, S.A. 

Corporación Habanos, S.A. merupakan peneraju dunia dalam pengkomersialan cerut Premium di Cuba dan di seluruh dunia. Untuk itu, ia mempunyai rangkaian pengedaran eksklusif yang berada di lima benua dan di lebih 150 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.habanos.com.

Habanos, S.A. mengkomersialkan 27 jenama Premium buatan tangan sepenuhnya dan dikenali sebagai Protected Designation of Origin (P.D.O.), antaranya termasuk Cohiba, Montecristo, Romeo y Julieta, Partagás, Hoyo de Monterrey dan H. Upmann. Cerut Habanos Cuba telah dihasilkan secara buatan tangan sepenuhnya selama lebih 500 tahun dan sejak itu ia telah menjadi penanda aras di seluruh dunia.

* Protected Designation of Origin

Maklumat lanjut tentang Habanos, S.A.:
www.habanos.com 
https://www.instagram.com/habanos_oficial/ 
https://twitter.com/Habanos_Oficial 
https://www.youtube.com/channel/UCstGLy96wdZG7eCM4855_DA 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1781570/Habanos_H_Upmann_Magnum_52.jpg?p=medium600

Source: Habanos, S.A.
Keywords: Tobacco New products/services MAT (Mature Audience)