omniture

Sonata Software menyampaikan Pelan Penggantian Ketua Pegawai Eksekutif

Sonata Software
2022-04-08 14:50 25

Ia telah mengumumkan Encik Samir Dhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bermula dari 8 April 2022. 

BENGALURU, India, 8 April 2022 /PRNewswire/ -- Sonata Software, sebuah Syarikat perkhidmatan digital dan penyelesaian IT global, hari ini mengumumkan pertukaran Ketua Pegawai Eksekutifnya sebagai sebahagian daripada pelan penggantian Ahli Lembaga Pengarah. Encik Srikar Reddy akan terus bertugas sebagai Pengarah Urusan dan melakukan peralihan tugas kepada Samir dalam tempoh sembilan hingga dua belas bulan akan datang.

Samir membawa bersama pengalaman industri dan kepemimpinan selama lebih 25 tahun ke Sonata. Dalam jawatan terakhirnya, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran dan Industri Global di Virtusa, di mana beliau menguruskan pendapatan syarikat tersebut yang bernilai lebih USD1.6 bilion. Sebagai sebahagian daripada peranan jawatan tersebut, beliau telah membina kedalaman dalam industri Perbankan, Perkhidmatan Kewangan dan Insurans (BFSI), Teknologi, Media dan Telekom (TMT) dan Penjagaan Kesihatan untuk keupayaan Digital.

Ahli Lembaga Pengarah juga telah mengumumkan bahawa akan ada kesinambungan bagi Encik Srikar Reddy yang dinaikkan pangkat sebagai Naib Pengerusi Eksekutif sebaik sahaja peralihan tersebut selesai. Srikar akan terus menyokong pasukan kepimpinan dalam inisiatif organisasi yang penting.

Semua perkara di atas adalah tertakluk kepada kelulusan ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham dan lain-lain kelulusan yang berkenaan seperti yang diperlukan.

"Kami teruja dengan Samir menyertai kami sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam fasa pertumbuhan ini," kata Srikar Reddy – "Beliau merupakan seorang pemimpin yang terbukti untuk peningkatan organisasi dan kami percaya Samir akan memberikan kepemimpinan dan visi yang diperlukan untuk fasa pertumbuhan Sonata yang seterusnya."

"Saya berasa gembira dan berbesar hati dapat menyertai Sonata pada waktu yang mengujakan ini untuk para pekerja, pelanggan dan rakan kongsi kami," kata Samir Dhir. "Sonata mempunyai trajektori yang sangat bagus dengan perkongsian dan momentum pasaran yang kukuh. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan Sonata di seluruh dunia bagi membantu meningkatkan platform ini memanfaatkan kepakaran dan pengetahuan mendalam para pekerja kami untuk menyokong perjalanan digital pelanggan kami."

Tentang Sonata Software

Untuk maklumat lanjut, tekan sahaja:

Nandita Venkatesh

Sonata Software Limited
CIN- L72200MH1994PLC082110
A.P.S. Trust Building,
Bull Temple Road, N.R. Colony
Bangalore 560019, India
Telefon: +91 80 67781999
Nandita.v@sonata-software.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/689012/Sonata_Software_Logo.jpg?p=medium600

Source: Sonata Software
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements