omniture

Suatu pertandingan di Arab Saudi memberi ganjaran kepada individu bersuara merdu tanpa iringan alat muzik, dengan hadiah bernilai melebihi $3.2 juta

Syaq Co.
2022-04-08 20:38 188
  •  40,000 orang peserta dari 80 buah negara mengambil bahagian
  •  Hadiah wang tunai paling banyak dalam sejarah pertandingan bakat seumpama ini di dunia, terutamanya bagi pertandingan yang bersifat keagamaan

JEDDAH, Arab Saudi, 8 April 2022 /PRNewswire/ -- Satu pertandingan antarabangsa yang unik telah diadakan di Arab Saudi dalam beberapa hari ini yang menyasarkan individu berbakat dan bersuara merdu tanpa sebarang iringan alat muzik. Lebih 40,000 individu dari 80 buah negara menyertai pertandingan ini dengan menghantar rakaman suara mereka mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran atau melaungkan seruan Azan, selepas pihak berkuasa hiburan di Arab Saudi melancarkan pertandingan tersebut dengan nama Otr Elkalam (Semerbak Ucapan).

 

A snapshot showing one of the participants in the competition for the most beautiful voice, which is shown on the official Saudi television
A snapshot showing one of the participants in the competition for the most beautiful voice, which is shown on the official Saudi television

 

Pihak berkuasa hiburan di Arab Saudi telah memperuntukkan hadiah wang tunai paling banyak dalam sejarah pertandingan bakat seumpama ini di dunia, terutamanya bagi pertandingan yang bersifat keagamaan dengan nilai $3.2 juta.

Pemenang tempat pertama untuk suara paling merdu bagi kategori alunan ayat-ayat suci Al-Quran bakal menerima $1.3 juta, manakala pemenang tempat pertama bagi kategori laungan Azan bakal menerima $533,000. Baki hadiah wang tunai ini akan dibahagikan kepada enam peserta lain.

Pertandingan ini menggabungkan prestasi yang baik dengan hukum melodi yang menyasarkan kemerduan suara tanpa sebarang iringan muzik. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori, yang pertama ialah kategori alunan ayat-ayat suci Al-Quran dengan kepelbagaian jenis vokal manakala kategori kedua pula ialah laungan Azan.

Lebih 40,000 orang peserta dari 80 buah negara di seluruh dunia menyertai pertandingan yang luar biasa ini, yang disiarkan di siaran TV rasmi negara tersebut pada bulan Ramadan. Selepas melalui beberapa peringkat dan pusingan kelayakan, 36 orang peserta telah berjaya mara ke pusingan akhir. Peserta pusingan akhir ini berasal dari pelbagai negara termasuk Britain, Kanada, Arab Saudi, Iraq, Mesir, Algeria, Iran, Malaysia, Indonesia dan Turki. Pada peringkat ini, pertandingan ini dihadkan hanya kepada peserta pusingan akhir yang merangkumi 18 orang peserta dalam kategori alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan 18 orang peserta dalam kategori laungan Azan.

Peserta pusingan akhir ini kini sedang bersaing dalam pusingan penentuan Otr Elkalam di mana prestasi mereka akan dinilai oleh 12 orang panel juri antarabangsa, yang kemudiannya akan mengumumkan para pemenang akhir serta hadiah-hadiah yang dimenangi.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1782631/Syaq_Co.jpg?p=medium600

Source: Syaq Co.
Keywords: Entertainment Awards Religion