omniture

REALTY ONE GROUP MEMUKAU PARA PENGUNJUNG ONE SUMMIT 2022

Realty ONE Group
2022-04-11 18:38

Dengan tetamu jemputan yang merangkumi Jabbawockeez hingga ke Simon Sinek, UNBrokerage telah Memeriahkan Sidang Kemuncak tersebut, Membuktikan 'Segalanya Boleh Dicapai', Berikrar untuk Memenuhi Lebih Banyak Impian pada tahun 2022

LAS VEGAS, 11 April 2022 /PRNewswire/ -- Semasa acara terbesarnya berlangsung, Realty ONE Group International, sebuah jenama gaya hidup moden dipacu tujuan yang juga merupakan salah SATU francaisor paling pesat berkembang di dunia, memeriahkan Aria Resort & Casino di Las Vegas, Nevada pada minggu ini semasa ONE SUMMIT 2022, menarik para profesional hartanah dan pemegang francais daripada 49 buah negeri serta pengunjung dan wakil antarabangsa dari lapan buah negara buat julung-julung kalinya.

Dengan khemah besar Aria mengalu-alukan jenama besar ini ke tempatnya, para hadirin sukar meninggalkan tempat duduk mereka dek kerana asyik dengan sesi bimbingan perniagaan yang terkemuka dalam industri yang melibatkan beberapa orang penceramah, penghibur serta jenama terbaik di dunia yang belum pernah disaksikan sebelum ini dalam bidang hartanah.

"Kami tidak mahu mengadakan konvensyen yang sederhana; ini merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan pasukan profesional kami berhak untuk menikmati pengalaman sebegini," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group. "Kami tahu para hadirin telah mendapat inspirasi dan impaknya, tanpa sebarang keraguan di minda bahawa mereka bersama dengan jenama hartanah yang tepat yang memberi nilai tinggi kepada Las Vegas dan seluruh dunia."

Berlangsung selama dua hari, penceramah legenda seperti Simon Sinek, Dr. Eric Thomas, "Penceramah Hip Hop" Ben Nemtin, Nick Santonastasso yang memberi ceramah pada acara Tony Robbins serta pemain luncur pantas Amerika berbangsa Afrika pertama yang memenangi pingat emas Olimpik, Erin Jackson, menggegarkan dewan acara dengan bukti yang meyakinkan bahawa segalanya boleh dicapai, sementara Bella Si Pemain Violin, Lior Surchard yang luar biasa dari Israel, Pemenang America's Got Talent Kodi Lee dan penghibur sensasi tempatan Jabbawockeez dari Vegas, menyampaikan persembahan yang memukau para hadirin.

Agenda sensasi yang berlangsung selama dua hari ini dimeriahkan lagi dengan pelancaran kempen baharu syarikat tersebut iaitu #MyONEDream, dengan matlamat untuk memenuhi sebanyak mungkin impian yang mampu mengubah kehidupan pada tahun 2022. Para hadirin ONE SUMMIT turut menampal impian terbesar mereka pada dinding impian di dewan acara, manakala syarikat tersebut juga memenuhi beberapa impian di dinding ini semasa majlis penutup. #MyONEDream ialah suatu kesinambungan matlamat Realty ONE Group untuk membuka peluang serta suatu lanjutan daripada usaha ONE Cares 501(c)3 yang membantu beribu-ribu mangsa bencana alam, melindungi veteran dan kanak-kanak, membantu rakan kongsinya seperti One Tree Planted dan One Girl Can serta usaha besar-besaran syarikat untuk membantu pelarian kanak-kanak Ukraine baru-baru ini.

ONE SUMMIT 2022 melabuhkan tirai pada hari Selasa dengan acara gala tahunan bertemakan HITAM & EMAS dan juga sebuah parti yang padat di kelab malam Jewel popular milik Aria.

UNBrokerage, seperti mana yang dikenali dalam industri ini, kini mempunyai keahlian seramai lebih 17,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 45 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada serta akan dibuka di Ecuador, Costa Rica, Itali, Singapura dan Sepanyol, selain Puerto Rico, sebuah wilayah di A.S.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group
Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan merangkumi lebih 17,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di seluruh 45 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C, Puerto Rico, Kanada, Itali, Sepanyol, Singapura dan Costa Rica. Realty ONE Group diberi penarafan pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik dan telah berada dalam senarai Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang, bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Realty ONE Group
Keywords: Real Estate