omniture

Organisasi farmaseutikal global membiayai Turn Biotechnologies untuk memajukan programnya dalam rejuvenasi sel

Turn Biotechnologies
2022-04-11 20:50

Daewoong Pharmaceutical, HanAll Biopharma menyertai Astellas Venture Management dan syarikat usaha niaga lain dalam pusingan pembiayaan yang terlebih langganan bagi mempercepat kemajuan praklinikal Turn Bio dalam pelbagai bidang terapeutik 

MOUNTAIN VIEW, California, 11 April 2022 /PRNewswire/ -- Turn Biotechnologies, sebuah syarikat rejuvenasi sel yang membangunkan ubat-ubatan mRNA baharu untuk menyembuhkan penyakit berkaitan usia yang tidak boleh dirawat, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memuktamadkan pusingan pengumpulan dana yang terlebih langganan bagi menyokong peringkat pembangunannya yang seterusnya.

Pelaburan daripada dua buah organisasi farmaseutikal antarabangsa dan sebuah kumpulan modal usaha niaga yang dikaitkan dengan organisasi ketiga telah menekankan minat yang meluas dalam terapi rejuvenasi sel unik Turn Bio yang dibina pada platform proprietari syarikat iaitu ERA™.

Pembiayaan industri farmaseutikal antarabangsa diperoleh daripada tiga kumpulan:

  • Astellas Venture Management LLC, sebuah organisasi modal usaha niaga dalam Astellas Pharma yang terlibat secara aktif dalam perniagaan sebagai sebuah syarikat farmaseutikal global yang dipacu R&D dengan falsafah perniagaannya untuk "Menyumbang kepada peningkatan kesihatan orang ramai di seluruh dunia melalui penyediaan produk farmaseutikal yang inovatif dan boleh dipercayai";
  • Daewoong Pharmaceutical yang diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat farmaseutikal yang paling kolaboratif di dunia; dan
  • HanAll Biopharma, sebuah syarikat yang menjalankan penyelidikan inovatif dalam bidang oftalmologi, imunologi, onkologi, neurologi dan menghasilkan terapeutik dalam penyakit endokrin, peredaran dan urologi.

"Perhatian dan sokongan yang diterima oleh Turn Bio daripada organisasi di seluruh dunia menunjukkan keyakinan syarikat tersebut terhadap keupayaan kami untuk menggunakan platform teknologi proprietari kami bagi membangunkan rawatan bagi penyakit yang tidak boleh dirawat pada masa kini yang dihidapi oleh jutaan orang di seluruh dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Anja Krammer. "Turn Bio sudah semakin hampir dalam membuktikan rejuvenasi sel akan mengubah cara ubat-ubatan merawat penyakit manusia – dan seterusnya memanjangkan jangka hayat manusia."

Seorang Eksekutif HanAll mengiktiraf kepentingan usaha Turn Bio ini.

"Banyak penyakit berkaitan usia yang sudah lama menjadi bidang utama yang menyaksikan keperluan pesakitnya tidak dipenuhi," kata Dr. Almira Chabi, Ketua Pegawai Perubatan merangkap Ketua Pegawai Pembangunan HanAll Pharmaceutical International, sebuah organisasi di A.S. yang ditubuhkan oleh HanAll untuk mengukuhkan R&D syarikatnya. "Platform inovatif Turn Bio berpotensi untuk membawa perubahan yang penting kepada pelbagai bidang terapeutik. HanAll komited dalam menyokong dan melabur bagi membantu merealisasikan potensi penuh teknologi rintis ini ketika Turn Bio melangkah ke fasa pertumbuhan yang baharu."

Pusingan ini juga telah menarik pelaburan daripada LongeVC yang memberi tumpuan kepada mempercepat pembangunan syarikat dalam bidang kelanjutan usia; ThreeD Capital yang melabur dalam teknologi terkini dan Vitality Healthspan Foundation. Pelabur sedia ada iaitu Methuselah Fund, Formic Ventures dan Shanda Group telah meningkatkan pelaburan mereka dalam pusingan ini.

TENTANG TURN BIOTECHNOLOGIES

Turn Bio ialah sebuah syarikat peringkat praklinikal yang memberi tumpuan kepada pembaikan tisu di peringkat sel. Teknologi platform mRNA proprietari syarikat ini iaitu ERA™ memulihkan ekspresi gen optimum dengan memerangi kesan penuaan dalam epigenom. Ia memulihkan kemampuan sel-sel untuk mencegah atau merawat penyakit serta memulihkan atau menjana semula tisu dan akan membantu melawan penyakit kronik yang tidak boleh diubati.

Syarikat ini sedang menyelesaikan penyelidikan praklinikal tentang terapi yang disesuaikan yang menyasarkan indikasi dalam dermatologi dan imunologi serta membangunkan terapi untuk oftalmologi, osteoartritis dan sistem muskular. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.turn.bio.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 

Jim Martinez, rightstorygroup
jim@rightstorygroup.com atau (312) 543-9026

 

 

Source: Turn Biotechnologies
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Venture Capital