omniture

ExxonMobil Memperkenalkan Polietilena Berprestasi Exceed™ S yang Baharu, Membolehkan Penukar Memikirkan Semula Reka Bentuk Filem untuk Penyelesaian yang Lebih Ringkas

Exxon Mobil Corporation
2022-04-11 21:08

SPRING, Texas, 11 April 2022 /PRNewswire/ -- ExxonMobil hari ini memperkenalkan resin polietilena (PE) berprestasi Exceed™ S baharunya yang memberikan gabungan ketahanan dan kekukuhan yang terhebat dalam industri serta mudah untuk diproses.  Menggunakan inovasi terkini syarikat tersebut dalam sains polimer, platform PE baharu ini menyediakan peluang untuk mengurangkan kerumitan formulasi dan reka bentuk filem sambil meningkatkan prestasi filem, kecekapan penukaran dan ketahanan pembungkusan berbanding rujukan pasaran semasa.   

Exceed™ S performance PE resins provide tougher, stiffer air tube packaging, helping products ordered through e-commerce transactions get delivered safely and potentially reducing product returns
Exceed™ S performance PE resins provide tougher, stiffer air tube packaging, helping products ordered through e-commerce transactions get delivered safely and potentially reducing product returns

Reka bentuk filem moden melibatkan peningkatan kerumitan serta kompromi antara prestasi dan kebolehprosesan yang diterima untuk memastikan pembungkusan yang tahan lama dan kepuasan pelanggan yang tinggi.  Campuran resin pelbagai komponen dalam filem yang terekstrud bersama dan berlamina dengan bilangan lapisan yang tinggi adalah sesuatu yang biasa dihasilkan.  Setiap langkah untuk menghasilkan dan menukar filem yang dicetak kepada pembungkusan yang tahan lama adalah terdedah kepada ketidakcekapan yang didayakan oleh kerumitan, bahan sekerap dan kesilapan manusia.  Bagaimana jika resin anda dapat membantu memudahkan semua ini?

Resin PE berprestasi Exceed S memberikan kesederhanaan tanpa sebarang kompromi," kata Tom Miller, Pengurus Pemasaran Exceed S ExxonMobil. "Dengan Exceed S, penukar mampu memperoleh tahap prestasi yang tinggi dengan pemprosesan yang mudah, kekukuhan dan ketahanan dengan proses pengadunan yang kurang serta larutan resin yang boleh memudahkan operasi dan meningkatkan ketahanan pakej. Secara ringkasnya, ia merupakan sebuah platform kepada gred polietilena berprestasi yang direka untuk melakukan begitu banyak perkara tetapi dengan begitu mudah."

Dengan adanya polietilena berprestasi Exceed S, penukar yang inovatif boleh memikirkan semula reka bentuk filem dengan…

  • Menghasilkan lapisan fungsi yang kukuh dan tahan lasak untuk memaksimumkan prestasi 
  • Memanfaatkan peningkatan prestasi bagi membantu memudahkan penyelesaian dengan manfaat kelestarian
  • Mengurangkan keperluan bagi menambah HDPE untuk kekukuhan atau LDPE untuk pemprosesan
  • Mencipta filem yang lebih rata dan kurang keregangan untuk meningkatkan kecekapan barisan cetakan dan pakej
  • Memberikan lebih banyak pembungkusan yang fleksibel serta tahan lama, menyumbang kepada kepuasan pengguna dan membantu mengurangkan sisa makanan

Tiga gred pertama resin Exceed S yang tersedia secara komersial telah direka untuk memastikan tekanan cair yang rendah dan output yang tinggi pada barisan filem yang ditiup.  Gabungan manfaat ini membolehkan penciptaan pelbagai penggunaan pembungkusan dan filem: 

  • Guni tugas berat berformat besar yang digunakan dalam perindustrian dan pertanian bersama-sama dengan beg silo untuk perladangan boleh mendapat manfaat daripada peningkatan ketahanan tusukan, hentaman dan koyakan. Gabungan tekanan cair yang rendah dan output penyemperitan yang tinggi oleh resin Exceed S juga dapat membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran penukar.
  • Dalam pembungkusan utama, filem terekstrud bersama dan tidak berlamina yang digunakan dalam kantung dan beg yang mengandungi cecair, makanan atau barangan lain boleh mendapat manfaat daripada daya ketahanan yang dipertingkatkan serta kecenderungan yang kurang untuk pecah apabila diangkut atau terjatuh. Sebagai contoh, beg plastik berbilang dinding yang digunakan dalam pembungkusan beg-dalam-kotak isian panas mempamerkan ketahanan yang luar biasa terhadap penyekatan akibat haba dan perekahan lentur. 
  • PE//PE berlamina dengan peningkatan kekukuhan, ketahanan dan kadar selamat akibat jatuhan beg boleh membantu memudahkan kantung yang bersaiz lebih besar serta menampung kandungan yang lebih besar dan berat, sekaligus membantu memperluas penggunaan pasaran bagi pembungkusan boleh dikitar semula secara mekanikal.*

Bagi jenis penggunaan seperti ini, ciri-ciri mekanikal luar biasa Exceed S boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi filem, mengekalkan prestasi yang setanding dengan tolok yang lebih nipis, menghasilkan produk satu bahan yang lebih tahan lama atau menggabungkan peratusan kandungan bahan kitar semula yang tinggi.  Menyediakan penyelesaian sedemikian merupakan sebahagian daripada pendekatan serampang empat mata ExxonMobil dalam penggunaan polimer berprestasi bagi membantu memudahkan penyelesaian dengan manfaat kelestarian.   

"ExxonMobil telah menerajui inovasi polietilena selama hampir tiga puluh tahun," kata David Hergenrether, Naib Presiden untuk polietilena ExxonMobil. "Platform Exceed S yang baharu ini merangkumi pembangunan produk dan proses kami yang paling maju yang dijelaskan oleh perkongsian yang mendalam dan berterusan dengan para pelanggan kami."

"Peluang inovasi yang ditawarkan oleh polietilena berprestasi Exceed S ini telah menghasilkan kerjasama yang berjaya dengan lebih 75 pelanggan di seluruh dunia yang mengusahakan lebih 100 penggunaan yang berbeza.  Kami berharap dapat bekerjasama dengan para pelanggan kami dalam peluang baharu untuk memajukan produk mereka."

Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian Exceed S ExxonMobil, sila layari: https://www.exxonmobilchemical.com/pe

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1783819/airtube2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1783820/ExxonMobil_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Exxon Mobil Corporation
Related Stocks:
NYSE:XOM
Keywords: Chemical Paper/Forest Products/Containers Transportation New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)