omniture

Bank of East Asia meraih pelbagai anugerah dalam Global Brands Magazine Awards

Global Brands Publications Limited
2022-04-12 18:30
  • Bank of East Asia telah memenangi anugerah "Jenama Perbankan Peribadi Terbaik", "Produk Perbankan Terbaik" dan "Bank Terbaik untuk Pengalaman Pelanggan" di Hong Kong untuk tahun 2022. 
  • Majlis penghargaan ini akan dilangsungkan di Palm Jumeirah – Waldorf Astoria pada suku tahunan akhir, tahun 2022 di Dubai. 

LONDON, 12 April 2022 /PRNewswire/ -- Global Brand Awards merupakan satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Global Brands Magazine (GBM), sebuah penerbitan antarabangsa yang beribu pejabat UK. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf jenama global yang mencapai kecemerlangan prestasi dalam pelbagai sektor melalui pemilihan yang dilakukan oleh sebuah majalah yang memastikan para pembacanya sentiasa mengikuti perkembangan utama yang berlaku di seluruh dunia penjenamaan. Bank of East Asia telah dinilai berdasarkan perkhidmatan pelanggan, kepuasan, inovasi digital, kerjasama strategik dan pembangunan perniagaan baharu.

Mengulas tentang kemenangan Bank of East Asia dalam anugerah tersebut, ShivKumar (Ketua Pegawai Eksekutif) Global Brands Magazine berkata, "Selang beberapa tahun, kami mempunyai peluang yang istimewa untuk bekerjasama dengan jenama yang melangkaui jangkaan kami. Bank of East Asia adalah salah satu daripadanya. Dengan prestasi mereka yang sungguh luar biasa, mereka telah memenangi 3 anugerah berprestij kami. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dalam bidang yang diceburi pada masa akan datang."

Tentang Bank of East Asia

Diperbadankan di Hong Kong pada tahun 1918, Bank of East Asia, Limited("BEA") dikhususkan untuk menyediakan perkhidmatan perbankan korporat, perbankan peribadi, pengurusan kekayaan dan pelaburan yang komprehensif kepada para pelanggannya di Hong Kong, Tanah Besar China dan pasaran utama yang lain di seluruh dunia.

BEA ialah sebuah kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka yang berpangkalan di Hong Kong dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong, yang memenuhi keperluan pelanggan di dalam dan di luar Wilayah Besar China, dengan jumlah aset disatukan bernilai HK$907.47 bilion (AS$116.39 bilion) pada 31 Disember 2021. BEA juga mengendalikan salah satu rangkaian cawangan terbesar di Hong Kong dengan 58 buah cawangan, 49 buah Pusat SupremeGold dan 9 buah Pusat i-Financial di segenap pelosok bandar.

Di Tanah Besar China, kewujudan operasi BEA bermula sejak pembukaan cawangan bank ini di Shanghai pada tahun 1920. Hari ini, BEA Group mengendalikan salah satu rangkaian paling luas yang terdiri daripada pelbagai bank asing di Tanah Besar China serta cawangan di kira-kira 40 buah bandar di seluruh negara.

Lihat hebahan media sosial kami dengan mengklik pautan di bawah:

Facebook: https://bit.ly/3xhCp53

Linkedin: https://bit.ly/3xiCjdq

Twitter: https://bit.ly/3uv5lVI

Instagram: https://bit.ly/3xcKNTA

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1508879/GBM_Final_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Global Brands Publications Limited
Keywords: