omniture

FIFA melancarkan FIFA+ untuk memberikan hiburan bola sepak percuma kepada para peminat di mana-mana sahaja

FIFA
2022-04-12 20:53

FIFA+ menyampaikan pertandingan liga domestik secara langsung dari seluruh dunia, statistik perlawanan, arkib terbesar dalam bola sepak antarabangsa, kandungan asal premium, penceritaan global yang mengasyikkan dan banyak lagi.

Lebih 29,000 perlawanan bola sepak lelaki dan lebih 11,000 perlawanan bola sepak wanita akan distrimkan pada FIFA+ pada tahun 2022 yang berjumlah lebih 40,000 perlawanan. 

Penerbitan pertama FIFA+ Originals akan menampilkan Ronaldinho, Dani Alves, Ronaldo Nazário, Romelu Lukaku, Lucy Bronze dan Carli Lloyd serta ramai lagi. 

ZURICH, 12 April 2022 /PRNewswire/ -- FIFA dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran FIFA+, sebuah platform digital bertaraf dunia yang dicipta untuk menghubungkan para peminat bola sepak di seluruh dunia dengan permainan yang mereka minati secara percuma, dengan lebih mendalam lagi.

 

The image is a visual representation of FIFA+, a world-class digital platform created to connect football fans across the globe more deeply with the game they love, for free, and how it will appear across all web and mobile devices.
The image is a visual representation of FIFA+, a world-class digital platform created to connect football fans across the globe more deeply with the game they love, for free, and how it will appear across all web and mobile devices.

 

FIFA+ yang dilancarkan pada hari ini, bakal menyediakan akses kepada perlawanan bola sepak secara langsung dari setiap pelosok dunia, permainan interaktif, berita, maklumat kejohanan, kandungan video baharu yang tiada tandingan yang memberikan penceritaan global sebenar berkenaan perlawanan bola sepak lelaki dan wanita serta banyak lagi.  FIFA merupakan persekutuan sukan yang pertama menawarkan pengalaman penstriman dan kandungan yang begitu meluas kepada para peminatnya.

"FIFA+ mewakili langkah seterusnya dalam visi kami untuk menjadikan bola sepak benar-benar global dan inklusif, malah ia menyokong misi utama FIFA untuk mengembang dan membangunkan bola sepak di peringkat global," kata Presiden FIFA, Gianni Infantino. "Projek ini menunjukkan anjakan budaya tentang bagaimana pelbagai jenis peminat bola sepak ingin berhubung dan meneroka permainan global ini dan ia telah menjadi bahagian penting dalam Wawasan 2020-2023 saya. Ia akan mempercepatkan pendemokrasian bola sepak dan kami berbesar hati untuk berkongsinya dengan para peminat."

Semua aksi di dalam dan di luar padang 

Perlawanan Secara Langsung:  

Menjelang akhir tahun 2022, FIFA+ akan menyiarkan hampir 40,000 perlawanan secara langsung setiap tahun termasuk 11,000 perlawanan bola sepak wanita daripada 100 Persatuan Ahli di kesemua enam pergabungan. FIFA+ menawarkan liputan secara langsung dari liga terbaik Eropah hinggalah pertandingan bola sepak lelaki, wanita dan belia di seluruh dunia yang belum pernah disiarkan sebelum ini.  Bermula dari pelancarannya, sebanyak 1,400 perlawanan akan disiarkan secara langsung setiap bulan di FIFA+ dan akan meningkat dengan pantas.

FIFA+ Archive:

Menjelang FIFA World Cup Qatar 2022 (Piala Dunia FIFA Qatar 2022), FIFA+ akan menyimpan setiap perlawanan FIFA World Cup dan FIFA Women's World Cup™ yang pernah dirakam pada kamera yang berjumlah melebihi 2,000 jam kandungan arkib. Buat pertama kalinya, keseluruhan arkib ini akan tersedia kepada para peminat. Para peminat boleh menonton ulang tayang perlawanan penuh, sorotan, jaringan gol dan detik menakjubkan, kesemuanya pada satu platform. FIFA+ Archive akan dilancarkan dengan lebih 2,500 video yang bertarikh sejak tahun 1950-an dan lebih banyak video lagi akan tersedia sepanjang tahun ini.

Pusat Perlawanan, Berita dan Permainan:  

Pusat Perlawanan ini akan membolehkan para peminat bola sepak mendalami data bola sepak yang besar yang merangkumi 400 pertandingan bola sepak lelaki dan 65 pertandingan bola sepak wanita. Suapan berita harian dari seluruh dunia tentang bola sepak lelaki dan wanita juga akan melengkap dan menawarkan perkembangan terkini tambahan. Sepanjang tahun ini, para peminat akan menikmati permainan interaktif yang merangkumi undian, kuiz, permainan fantasi dan ramalan.

FIFA+ Originals: 

FIFA+ juga akan menyediakan kandungan terbaik yang memberikan penceritaan global tentang perlawanan bola sepak lelaki dan wanita. Ia akan menampilkan dokumentari penuh, dokumentari bersiri, rancangan bicara dan pendek - yang disetempatkan ke dalam 11 bahasa yang menceritakan kisah-kisah tentang pasukan tempatan hingga pasukan kebangsaan serta wira bola sepak dahulu dan sekarang dari lebih 40 buah negara.

Kandungan pada platform FIFA+ ini akan terus bertambah dan berkembang pada tahun 2022 dengan menyediakan kandungan yang segar, relevan di seluruh dunia serta disetempatkan sepanjang tahun.

Bermula dari pelancarannya, FIFA+ akan menyemarakkan perlawanan bola sepak ini melalui tajuk-tajuk dokumentari bertaraf dunia eksklusif yang merangkumi:

  • Ronaldinho: The Happiest Man in the World - Sebuah dokumentari penuh panjang yang eksklusif dan menawarkan akses meluas kepada arkib salah seorang pemain paling ikonik dalam sukan bola sepak yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Filem selama 90 minit yang diarahkan oleh Stuart dan Andrew Douglas, diterbitkan oleh Bernie Goldmann serta Simon Horsman dan Jeffrey Soros daripada Los Angeles Media Fund ini, menceritakan kisah unik kehidupan pemain tersebut dan kebangkitan beliau dari seorang pemain bola sepak jalanan Brazil menjadi salah seorang pemain bola sepak yang paling diminati. Lionel Messi, Frank Rijkaard dan Carles Puyol, semuanya memaparkan dan mendedahkan makna legenda FIFA ini kepada mereka.

  • Captains: Season 1 - Sebuah siri baharu dengan 8 bahagian daripada Fulwell 73 (Sunderland 'Til I Die, All or Nothing: Juventus) yang mengikuti enam orang kapten ketika mereka mengetuai pasukan negara mereka melalui pusingan kelayakan FIFA World Cup Qatar 2022™. Siri ini yang meneroka ciri kepimpinan setiap individu, menampilkan Luka Modrić (Croatia), Pierre-Emerick Aubameyang (Gabon), Brian Kaltak (Vanuatu), Andre Blake (Jamaica), Hassan Maatouk (Lebanon) dan Thiago Silva (Brazil).

  • Croatia: Defining a Nation - Dokumentari penuh panjang yang asal ini menceritakan kisah bagaimana bola sepak menyatukan dan mengikat negara ini dan sekumpulan rakan yang mencapai pengiktirafan global walaupun menghadapi kesukaran yang amat melampau. Setiap daripada mereka telah menjadi legenda dan melakarkan nama negara mereka di seluruh dunia. Ia dihasilkan daripada pengarah terkenal, Louis Myles (Kaiser: The Greatest Footballer Never to Play Football, Liverpool FC: The 30-Year Wait).

  • HD Cutz - Sebuah dokumentari bersiri asal dengan 8 bahagian yang menampilkan tukang gunting rambut hinggalah para bintang bola sepak, Sheldon Edwards berbicara tentang makanan, fesyen, muzik dan sekali-sekala tentang bola sepak. Ia menampilkan tokoh-tokoh seperti Paul Pogba dan Antonio Rüdiger, diterbitkan oleh MOTIF Pictures dan Fever Media.

  • Dani Crazy Dream - Sebuah siri dokumentari akses penuh dengan 6 bahagian selama 30 minit yang menampilkan Dani Alves, pemain paling banyak menerima anugerah dalam sejarah ketika beliau melakukan percubaan untuk menyertai Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar. Ia diterbitkan oleh syarikat penerbitan Alves sendiri iaitu Maracanã Media.

  • Golden Boot - Sebuah dokumentari bersiri asal dengan 4 bahagian selama 48 minit ini menemu bual penjaring gol terhebat Piala Dunia FIFA, diterbitkan oleh Goalhanger Films (Wayne Rooney: The Man Behind the Goals). Episod 1 menampilkan Gary Lineker duduk bersama pemain hebat Brazil, Ronaldo Nazário untuk menonton semula Piala Dunia FIFA 2002.

  • Icons - Sebuah dokumentari bersiri dengan 5 bahagian selama 26 minit yang menampilkan lima orang pemain hebat dalam bola sepak wanita: Wendie Renard, Lucy Bronze, Asisat Oshoala, Carli Lloyd dan Sam Kerr yang menceritakan sendiri kisah mereka. Ia diterbitkan oleh Noah Media Group (14 Peaks: Nothing Is Impossible, Finding Jack Charlton).

  • Academies - Kisah dalaman tentang beberapa barisan bakat terhebat dalam bola sepak dunia yang dihasilkan di sini, diterbitkan oleh Shoot the Company. Musim 1 menceritakan tentang kisah RSC Anderlecht di sepanjang 3 episod selama 30 minit.

Bermula dari pelancarannya, FIFA+ boleh didapati di semua web dan peranti mudah alih serta di pelbagai peranti terhubung tidak lama lagi. Ia akan tersedia dalam lima edisi bahasa (bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Portugis dan Sepanyol) dengan enam bahasa tambahan yang akan menyusul pada bulan Jun 2022.

Aset boleh dimuat turun di sini.

Hubungan:
FIFA@hkstrategies.com, +44 (0)207 413 3000

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1783775/FIFA_Platform.jpg?p=medium600

Source: FIFA
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sports New products/services