omniture

Esaote S.p.A. mencecah usia 40 tahun dan disahkan sebagai syarikat terkemuka di pasaran dunia untuk pengimejan diagnostik dengan sistem ultrabunyi, pengimejan resonans magnetik dan teknologi maklumat untuk penjagaan kesihatan

Esaote
2022-04-13 16:32 27

GENOA, Itali, 13 April 2022 /PRNewswire/ -- Esaote S.p.A., sebuah syarikat bioperubatan terkemuka dalam sektor pengimejan diagnostik - dalam bidang ultrabunyi, resonans magnetik dan Teknologi Maklumat untuk kesihatan - meraikan empat puluh tahun aktiviti perniagaannya.

Eugenio Biglieri, COO and Franco Fontana, CEO Esaote Group
Eugenio Biglieri, COO and Franco Fontana, CEO Esaote Group

Ditubuhkan dari peringkat awal pada tahun 1982, syarikat dari Itali ini - dengan ibu pejabat di Genoa dan kini berada di 100 buah negara di seluruh dunia - dengan segera telah mengambil peranan utama di pasaran global yang memberi tumpuan kepada inovasi, penyelidikan dan teknologi. Sistem ultrabunyi yang digunakan oleh NASA pada awal tahun 90-an untuk pemeriksaan kardiovaskular ke atas angkasawan yang menaiki kapal angkasa Shuttle telah dihasilkan oleh Esaote. Sistem pengimejan resonans magnetik (MRI) pertama yang dikhususkan untuk anggota badan serta teknologi pengimejan gabungan turut dibangunkan oleh Esaote.

"Membayangkan Masa Depan, Setiap Hari. Empat puluh tahun inovasi untuk kesihatan sejak tahun 1982" ialah sebuah acara yang dianjurkan di Teater Carlo Felice di Genoa, dengan tetamu yang datang dari seluruh dunia bagi memulakan Minggu Perayaan.

"Kami amat berbangga dapat meraikan empat puluh tahun berada di dalam perniagaan dan berkongsi pencapaian ini bersama-sama dengan pengasas kami dan mereka yang telah bekerja dengan kami selama ini serta rakan-rakan sekerja baharu yang merupakan masa depan kami. Acara ini," tegas Franco Fontana, Ketua Pegawai Eksekutif Esaote Group, "diadakan pada penghujung tempoh kesukaran yang besar untuk pasaran kami dan juga di seluruh dunia, yang menyaksikan Esaote tidak pernah berhenti melabur dan berinovasi, serta berusaha untuk mencapai objektifnya dalam pertumbuhan dan penyelidikan produk baharu. Usaha-usaha inilah yang membolehkan kami menutup tahun kewangan 2021 dengan cara yang sangat positif, memperoleh pendapatan disatukan sehingga EUR231.3 juta (peningkatan sebanyak 5% berbanding tahun 2020) dan kutipan pesanan meningkat sebanyak 18% berbanding tahun sebelumnya.

"Draf penyata kewangan yang telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah akan dibentangkan semasa Mesyuarat Pemegang Saham pada penghujung bulan ini: hasil bersih yang positif dan kukuh berbanding tahun sebelumnya turut membuktikan kemajuan besar Kumpulan ini di pasaran antarabangsa, yang membentuk 70% daripada jumlah pendapatan. Ini adalah satu keseimbangan yang memberi ganjaran kepada tahap teknologi syarikat ini yang tinggi, menunjukkan inovasi yang signifikan sepanjang tahun 2021 di dalam pasaran serta amat dihargai oleh para pelanggan kami, dengan pelancaran dua sistem ultrabunyi generasi terkini yang baharu dan resonans magnetik keseluruhan badan terbuka yang pertama yang telah dibuat oleh Esaote."

Kumpulan ini menggaji lebih 1,250 orang pekerja, dengan 20% daripadanya terlibat dalam Penyelidikan dan Pembangunan, sebuah sektor di mana syarikat ini melabur kira-kira 11% daripada hasil pendapatannya. Sepanjang tahun lalu, tenaga kerja syarikat ini telah berkembang sebanyak 8% di seluruh dunia. Lebih 100 pelantikan baharu dibuat untuk melaksanakan pembaharuan gabungan generasi dan profesional, dengan pertumbuhan terutamanya dalam sektor R&D, Jualan dan Pemasaran.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1793999/Esaote.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1793998/Esaote_Logo.jpg?p=medium600

Source: Esaote
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Future Events