omniture

Seni bunyi keagamaan dari abad ke-7 Masihi telah dihidupkan semula di Arab Saudi dalam sebuah pertandingan antarabangsa

Syaq Co.
2022-04-14 15:29 34

RIYADH, Arab Saudi, 14 April 2022 /PRNewswire/ -- Arab Saudi menyaksikan sebuah pertandingan antarabangsa yang menguji prestasi bunyi dalam bacaan Al-Quran (Kitab Suci dalam Islam) dan laungan azan (panggilan kepada solat dalam Islam). Pertandingan ini merupakan yang pertama seumpamanya yang membawakan sejarah penting sedemikian.

 

Competitors display their vocal performance in the Scent of Speech show in front of specialized judges in Saudi Arabia
Competitors display their vocal performance in the Scent of Speech show in front of specialized judges in Saudi Arabia

Pertandingan yang dilancarkan oleh pihak berkuasa hiburan Arab Saudi ini menampilkan dua kesenian bunyi paling terkenal dan tertua di dunia. Sejarah pembacaan al-Quran dan catatan pertamanya bermula pada pertengahan abad ke-7 Masihi. Pembacaan itu telah dimulakan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan disampaikan oleh para sahabatnya kepada pengikut mereka dan seterusnya. Begitu juga dengan cara-cara laungan azan.

Sejak ia diumumkan pada tahun 2019, lebih 40,000 orang peserta dari 80 buah negara di seluruh dunia menyertai pertandingan ini. Selepas melalui beberapa peringkat dan pusingan kelayakan, 36 orang peserta telah berjaya mara ke pusingan akhir. Pada peringkat ini, pertandingan ini dihadkan hanya kepada peserta pusingan akhir yang merangkumi 18 orang peserta dalam kategori pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan 18 orang peserta dalam kategori laungan azan.

Pertandingan ini disiarkan dalam rancangan Scent of Speech (Otr Elkalam) di saluran televisyen rasmi negara itu pada bulan Ramadan. Prestasi peserta yang berkelayakan ini adalah tertakluk kepada penilaian panel yang terdiri daripada 13 orang juri antarabangsa yang dipilih dengan kepakaran yang berbeza dalam bidang fonetik, bahasa, tatabahasa dan lain-lain, untuk memastikan bahawa suara yang paling merdu, mahir dan berkualiti akan memenangi sejumlah hadiah bernilai $3.2 juta.

Pemenang tempat pertama untuk suara paling merdu bagi bacaan Al-Quran bakal menerima $1.3 juta, manakala pemenang tempat pertama bagi laungan azan bakal menerima $533,000. Baki hadiah wang tunai ini akan dibahagikan kepada enam peserta lain.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1795831/Scent_of_Speech2.jpg?p=medium600

 

 

Source: Syaq Co.
Keywords: Art Religion