omniture

Parallel Wireless bekerjasama dengan Inatel, Telecom Infra Project (TIP), Brisanet, Claro, TIM dan Vivo untuk Menjalankan Percubaan Lapangan RAN Terbuka di Brazil

Parallel Wireless
2022-04-14 19:00 33

Mendayakan komunikasi jalur lebar 4G dan 5G serta aplikasi baharu yang canggih

NASHUA, New Hampshire, 14 April 2022 /PRNewswire/ -- Parallel Wireless, Inc., peneraju Rangkaian Akses Radio (RAN) Terbuka berpangkalan di A.S. yang menyampaikan penyelesaian RAN Terbuka natif awan bagi SEMUA G yang terkemuka di dunia, kini bekerjasama dengan Inatel, Telecom Infra Project (TIP), Brisanet, Claro, TIM, dan Vivo untuk menjalankan percubaan lapangan yang mendayakan komunikasi jalur lebar 4G dan 5G termaju di seluruh Brazil dan negara-negara LATAM yang lain.  

In the picture: Right to left: Minister of Science, Technology, Innovation and Communication Mr. Paulo Alvim, Mr. Russel Ribeiro, Parallel Wireless; Mr. José Contijo, the Secretary of Innovation and Entrepreneurship for the Ministry.
In the picture: Right to left: Minister of Science, Technology, Innovation and Communication Mr. Paulo Alvim, Mr. Russel Ribeiro, Parallel Wireless; Mr. José Contijo, the Secretary of Innovation and Entrepreneurship for the Ministry.

Inatel - Institut Telekomunikasi Negara ialah sebuah pusat pembangunan pendidikan, penyelidikan dan teknologi yang ditubuhkan pada tahun 1965 dan terletak di Santa Rita do Sapucaí, di selatan Minas Gerais yang juga dikenali sebagai Lembah Elektronik. Ia merupakan institusi pengajian tinggi pertama bagi Kejuruteraan Telekomunikasi di Brazil.

Telecom Infra Project (TIP) ialah sebuah komuniti global bagi syarikat dan organisasi yang bekerjasama untuk mempercepat pembangunan dan penggunaan penyelesaian teknologi yang terbuka, terpisah dan berasaskan piawaian yang memberikan kesalinghubungan berkualiti tinggi yang diperlukan oleh warga dunia – kini dan pada dekad yang akan datang.

Parallel Wireless akan menyediakan rangkaian RAN Terbuka yang membolehkan SEMUA G (2G, 3G, 4G dan 5G) menggunakan Band 7 untuk percubaan seperti yang dinyatakan oleh Inatel dalam pengumuman di laman web mereka: https://www.inatel.br/imprensa/noticias/negocios/3664-inatel-inicia-testes-de-open-ran-como-parte-do-programa-open-field . Percubaan medan rangkaian termaju ini akan mendayakan perkhidmatan dan aplikasi baharu untuk para pengguna dan perniagaan.

Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) di rantau Amerika Latin digalakkan untuk meninjau penyelesaian RAN Terbuka natif awam Parallel Wireless yang sedang dijalankan di Inatel di Brazil sekarang sehingga Jun 2022. Hubungi Russell Ribeiro di Parallel Wireless untuk mengetahui lebih lanjut.  

Russell Ribeiro, Naib Presiden Jualan LATAM Serantau Parallel Wireless berkata, "Kami teruja dapat bekerjasama dengan Inatel dan TIP bagi mempamerkan penyelesaian RAN Terbuka natif awan, patuh O-RAN dan termaju milik kami ini, serta mendayakan kesalinghubungan jalur lebar 4G dan 5G yang menyediakan aplikasi termaju untuk warganegara Brazil dan negara-negara LATAM yang lain. Kami memulakan program Lapangan Terbuka ini dengan rangkaian 4G dan akan berkembang kepada 5G pada akhir tahun ini. Kami percaya program ini berfungsi sebagai sebuah bilik pameran yang begitu baik apabila MNO di seluruh Amerika Latin datang dan melihat platform kami beroperasi dalam persekitaran lapangan yang sebenar."

Gleyson A. dos Santos, Pakar Pembangunan Perniagaan Inatel berkata, "Saya teruja untuk menyertai percubaan lapangan ini bersama Parallel Wireless dan TIP di mana kami akan mempamerkan cara teknologi RAN Terbuka mendayakan produk telekomunikasi tanpa wayar yang kukuh dengan kualiti perisian yang dipertingkatkan, penyelenggaraan yang kurang, penerimagunaan teknologi baharu yang lebih pantas dan pengalaman pengguna yang lebih baik." 

Persediaan yang sedang diuji ini mempunyai penyelesaian Comba dan Dell Technologies. Pengendali Rangkaian Mudah Alih Brisanet, Claro, TIM dan Vivo merupakan rakan kongsi dalam program Lapangan Terbuka ini. 

Tentang Parallel Wireless
Platform perisian patuh O-RAN SEMUA G (2G, 3G, 4G, 5G) Parallel Wireless telah digunakan dengan Pengendali Rangkaian Mudah Alih global dari seluruh enam benua dan membentuk seni bina RAN yang terbuka, selamat dan pintar untuk menyampaikan kesalinghubungan tanpa wayar supaya semua orang boleh berhubung pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan dengan apa cara yang mereka pilih. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.parallelwireless.com. Berhubung dengan Parallel Wireless di LinkedIn dan Twitter.

Tentang Inatel
Inatel - Institut Telekomunikasi Negara ialah sebuah pusat pembangunan pendidikan, penyelidikan dan teknologi yang ditubuhkan pada tahun 1965 di Santa Rita do Sapucaí, selatan Minas Gerais. Ia merupakan institusi pendidikan siswazah yang pertama bagi Kejuruteraan Telekomunikasi di Brazil dan kini menawarkan tujuh kursus ijazah, kursus pengkhususan, kursus jarak jauh serta Ijazah Sarjana dan Kedoktoran dalam Telekomunikasi. Inatel memindahkan teknologi ke pasaran dalam bidang perisian, perkakasan, perundingan dan penentukuran. Ia mempunyai perkongsian dengan syarikat teknologi nasional dan multinasional. Maklumat lanjut di: www.inatel.br

Tentang Telecom Infra Project (TIP)
Telecom Infra Project (TIP) ialah sebuah komuniti global bagi syarikat dan organisasi yang mendorong penyelesaian infrastruktur untuk mempromosikan kesalinghubungan global. Separuh daripada penduduk dunia masih belum disambungkan ke Internet, dan bagi mereka yang mempunyai sambungan, kesalinghubungan selalunya tidak mencukupi. Ini mengehadkan akses kepada pelbagai manfaat pengguna dan komersial yang disediakan melalui Internet, sekali gus memberi kesan kepada pertumbuhan KDNK di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, kekurangan fleksibiliti dalam penyelesaian semasa – yang diburukkan lagi oleh pilihan yang terhad dalam penyedia teknologi – menjadikannya mencabar bagi pengendali untuk membina dan menaik taraf rangkaian dengan cekap. Ditubuhkan pada 2016, TIP ialah sebuah komuniti berbilang ahli yang merangkumi ratusan syarikat - daripada penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi teknologi hinggalah penyepadu sistem dan pihak berkepentingan kesalinghubungan yang lain. Kami sedang bekerjasama untuk membangun, menguji dan menggunakan penyelesaian terbuka, terpisah dan berasaskan piawaian yang menyampaikan kesalinghubungan berkualiti tinggi yang diperlukan dunia - kini dan untuk dekad-dekad yang akan datang. Ketahui lebih lanjut di: www.telecominfraproject.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1795776/2022_Parallel_Wireless_Inatel_PR_April_14_2022.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1004727/PW_FullColor_CMYK_Logo.jpg?p=medium600

Source: Parallel Wireless
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Licensing/marketing agreements