omniture

'SUONO PURO': BUNYI BATTISTA YANG ASLI YANG JUGA MENJADI BUNYI ISTIMEWA AUTOMOBILI PININFARINA

Automobili Pininfarina
2022-04-14 22:58 43

- Automobili Pininfarina mendedahkan susur-galur penciptaan 'bunyi kemewahan mampan' yang unik untuk GT hiper elektrik tulen keluarannya, Battista

- Digubah menggunakan kejuruteraan bunyi termaju dan 'suara' asli rangkaian kuasa elektrik yang menjadi fenomena, bunyi Battista bergema pada 54 Hz, frekuensi yang bertujuan untuk memberikan pengaruh yang positif terhadap keselesaan dan kesejahteraan pemandu.

- Paolo Dellachà, Ketua Pegawai Produk dan Kejuruteraan Automobili Pininfarina: "Pereka dan jurutera bunyi kami telah mencipta pengalaman bunyi EV yang semula jadi dan unik untuk para pelanggan. Bunyi Battista beremosi dan asli bagi semua orang yang berpengalaman memandu kenderaan ini"

- Video tentang bunyi Battista yang unik dan frekuensinya dipaparkan dalam unsur-unsur semula jadi: youtu.be/E5etYYeFnik

CAMBIANO, Itali dan MUNICH, 14 April 2022 /PRNewswire/ -- Automobili Pininfarina telah mengumumkan 'SUONO PURO '– konsep bunyi yang diwujudkan untuk GT hiper elektrik tulen pertama di dunia, apabila jenama kereta Itali tersebut meneruskan pembangunan produk dan pengalaman baharu yang bertujuan untuk mengungguli penciptaan ciri-ciri mewah yang mampan dalam era baharu.

Automobili Pininfarina Battista Sound 1
Automobili Pininfarina Battista Sound 1

Dengan pengalaman bunyi yang unik yang digambarkan sebagai cabaran utama, di samping memastikan pengalaman pemilikan dan pemanduan yang tiada tandingan serta kemewahan yang unggul, reka bentuk dan kemampanan kekal sebagai suatu keutamaan. Bagaimanakah keindahan dan kuasa diperdengarkan dalam dunia elektrifikasi? Bunyi apakah yang wajar dihasilkan oleh karya agung reka bentuk dan jenama Automobili Pininfarina yang memenangi anugerah ini? Bagaimanakah hubungan semula jadi dan emosi antara pemandu, kereta dan pengalaman memandu diwujudkan?

Sensasi pendengaran telah dicipta dengan teliti untuk menampilkan ketulenan reka bentuk Battista dan mengeluarkan bunyi Automobili Pininfarina yang unik yang bertujuan untuk diharmonikan secara positif dengan pemandu. Menggunakan teknologi canggih dengan proses penggubahan selama lebih 2,000 jam dengan pembangunan dan penalaan halus oleh pereka dan jurutera kenderaan dan bunyi-bunyian, pengalaman jenama yang unik dimainkan dalam frekuensi dan nada yang indah.

Paolo Dellachà, Ketua Pegawai Produk dan Kejuruteraan Automobili Pininfarina berkata, "Para pereka dan jurutera bunyi kami telah mencipta pengalaman bunyi EV yang unik dan semula jadi, sesuatu yang istimewa dan asli untuk mereka yang mempunyai pengalaman memandu kenderaan tersebut. Ini adalah sesuatu yang istimewa buat Battista dan jenama Automobili Pininfarina kerana ia mudah dikenali, asli dan tersendiri sebagaimana ciri reka bentuknya."

SUONO PURO menghargai ketulenan DNA reka bentuk Automobili Pininfarina dengan merangkum kualiti kesejahteraan yang dikaitkan dengan frekuensi 432 Hz. Ia tenang dan mempesonakan, sebagaimana kesan emosi positif yang dihasilkan daripada mangkuk muzikal Tibet dan digunakan oleh komposer muzik klasik seperti Mozart atau Verdi.

Pada kelajuan melahu, frekuensi bunyi Battista ialah 54 Hz (tiga oktaf lebih rendah daripada 432 Hz) – satu nota asas istimewa yang asli dan bergema. Ketulenan frekuensi ini boleh digambarkan dengan kesannya pada air, mewujudkan riak bersimetri yang cantik dan semula adi. Kesan frekuensi ini pada badan manusia yang secara puratanya mengandungi sekitar 70 peratus air, bertujuan untuk menimbulkan rasa sejahtera. Pelanggan akan merasai sendiri pengalaman ini dalam Battista mereka, yang akan diedarkan ke seluruh dunia bermula dari tahun ini.

Temu bual dengan para pakar yang telah mencipta SUONO PURO untuk Battista

Automobili Pininfarina bekerjasama rapat dengan pereka bunyi Novo Sonic untuk mencipta bunyi yang unik jenama ini yang merangkumi Battista. Jurutera Pengurusan Bunyi & NVH Automobili Pininfarina, Garry Lane dan Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Novo Sonic, Tom Huber, menjalinkana kerjasama penting bagi merealisasikan kejayaan ini, dengan sepasukan kecil pakar bunyi yang berdedikasi dan bersemangat. Berikut merupakan perbincangan terperinci mereka tentang projek tersebut.

Apakah yang ingin dicapai di peringkat awal? Perasaan bagaimanakah yang ingin anda cipta apabila orang ramai mendengar bunyi Battista?

Garry Lane: Kami ingin membawakan GT hiper yang unik ke dalam dunia kereta mewah. Ini adalah inovasi pertama dalam dunia kenderaan elektrik – termasuk bunyinya. SUONO PURO perlu berciri asli dan menggambarkan jenama ini. Kami memutuskan untuk membiarkan empat motor elektrik yang berkuasa mengeluarkan bunyi mereka yang tersendiri, ia kemudiannya digabungkan dengan pengalaman bunyi khas yang memberi kesan positif terhadap kesejahteraan pemandu.

Tom Huber: Kami ingin mendapatkan pengalaman bunyi yang semula jadi dan ini datangnya daripada penggunaan frekuensi 440 Hz yang mula-mula diperkenalkan kepada industri muzik Amerika pada separuh pertama abad ke-20 bagi menetapkan nada penalaan yang dijadikan sebagai rujukan instrumen dan orkestra. Sejak itu, penalaan muzik di seluruh dunia diadaptasi dengan merujuk kepada tetapan tersebut. Walau bagaimanapun, sebelum itu, 432 Hz merupakan penalaan dunia muzik klasik termasuk Verdi. Apabila mendengar bunyi muzik orkestra dalam penalaannya yang asal, ramai yang mempersetujui perbezaan yang ketara dari segi keharmonian dan kesan positif.

Pengalaman bunyi ini perlu harmoni dengan semua aspek pengalaman jenama Automobili Pininfarina, bukan hanya pada produk – dengan bunyi emotif rangkaian kuasa yang sangat menarik. Perlu adanya emosi dan ketulenan pada kesemua aspek tersebut, maka itulah sebabnya kami mengambil pendekatan holistik dengan penggunaan frekuensi 432 Hz di seluruh pengalaman jenama, dengan landskap bunyi yang konsisten pada setiap sentuhan. 

Apakah cabaran terbesar yang dihadapi?

GL: Kami perlu memastikan Battista dapat dikenali serta-merta – kami mahu orang ramai mendengar dan mengetahui itulah Battista sebelum mereka melihatnya, seterusnya menerima dan menghargai rangkaian kuasa elektriknya yang asli. Ini perlu disusun dengan teliti dan dibangunkan untuk sebuah kereta yang benar-benar istimewa dan seluruh jenama ini, menggunakan separuh daripada masa yang diambil oleh kilang-kilang besar yang selalunya membangunkan sonik istimewa melalui penyelidikan dan kejuruteraan dalam jangka masa empat hingga lima tahun. Itu merupakan satu cabaran yang luar biasa.

TH: Reka bentuk visual yang indah merupakan emosi sejati. Kereta yang cantik seperti Battista mampu menggetarkan jiwa anda. Sama seperti muzik – emosi dapat dirasai dalam pelbagai cara yang berbeza dan berhubung dengan badan manusia. Cabaran yang dihadapi adalah untuk mencipta alunan bunyi yang mencetuskan emosi dan belum pernah didengari oleh orang ramai – bunyi motor elektrik. Kami menyelesaikan perkara ini melalui bahagian hadapan kereta dengan memanfaatkan ia sepenuhnya, menunjukkan bahawa bunyi elektrik yang asli dan semula jadi boleh diolah menjadi sesuatu yang indah dan menaikkan semangat.

Bagaimanakah anda mencapai matlamat dalam menunjukkan reka bentuk dan keindahan pada bunyi Battista? 

TH: Bunyi ini diilhamkan oleh Reka Bentuk garisan istimewa yang terdapat pada badan Battista. Penciptaan bunyi di studio dimulakan oleh Ketua Reka Bentuk jenama iaitu Luca Borgogno. Beliau menghasilkan 'leitmotif' yang diilhamkan melalui reka bentuk - frasa muzik yang pendek dan berulang. Ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam lembaran muzik yang menggambarkan falsafah reka bentuk jenama berdasarkan perkadaran unik yang diwakili oleh lengkuk, panjang dan harmoni – sesuatu yang belum pernah dilakukan dalam konteks ini.

Seterusnya ia diubah menjadi bunyi Automobili Pininfarina dan Battista, menggunakan 54 Hz sebagai nota asas yang unik dan semula jadi yang sentiasa kedengaran, mewujudkan suasana yang harmoni antara prestasi dan kesejahteraan – sebagaimana kereta itu sendiri. Inilah 'Sonic Line' Automobili Pininfarina.'

Apakah inovasi terpenting dalam penciptaan ini?

GL: Pembangunan perisian khas yang kami namakan sebagai 'teras bunyi'. Ia bukan sahaja perlu dicipta dari awal untuk Battista, malah cara ia dilaksanakan adalah unik, dijalankan pada penyelesaian perisian khas untuk mendayakan bunyi berkualiti tinggi. Ia disampaikan melalui sintesis yang baru direkayasa dan boleh ditala secara individu yang bertindak balas terhadap pelbagai sistem kenderaan dari profil kelajuan dan tork rangkaian kuasa hingga kepada input stereng dan 12 unit pembesar suara luaran dan dalaman yang dibangunkan khas secara harmoni dengan Naim Audio. 

Sistem pembesar suara ini direka dengan teliti untuk memperdengarkan nada 54 Hz di seluruh spektrum frekuensi dengan kualiti yang menakjubkan. Kereta ini menghasilkan pengalaman bunyi masa nyata yang lancar dengan resolusi tinggi yang menyelubungi penumpang di dalam kereta serta menawarkan grafik bunyi yang istimewa di sebelah luarnya. Bunyi tersebut dihantar dengan lancar ke bahagian dalam kereta untuk pengalaman mendengar yang bersifat semula jadi. Ia berfrekuensi rendah dan menghasilkan lebih banyak pengalaman bunyi EV.

TH: Kami ingin menyampaikan kisah sonik berkualiti tinggi kepada mereka yang mendengarnya. Oleh itu, penting bagi kami untuk memastikan bahawa kami mempunyai perisian dan perkakasan yang betul untuk menghasilkan semula bunyi yang kami cipta di dalam studio. Hal ini sangat berbeza daripada kenderaan ICE (enjin pembakaran dalaman) kerana kenderaan ICE menghasilkan bunyinya sendiri yang tidak dapat dikawal. Bunyi futuristik Battista yang dicipta ini unik, malah menarik dan baharu dengan kesan semula jadi yang positif pada mereka yang mendengarnya. Sehubungan dengan itu, Battista boleh dilihat sebagai instrumen yang direkayasa dengan unggul dan ditala secara halus, yang dimainkan oleh konduktor dan komposer di sebalik roda, mengubah output mengikut cara kereta tersebut dipandu dalam masa nyata.

Apakah perkara yang paling istimewa tentang bunyi akhir? Apakah yang paling anda banggakan? 

GL: Pengalaman yang diperibadikan dan reka bentuk yang cantik sangat penting kepada pelanggan kami, pemandu juga boleh menikmati seberapa banyak atau sedikit bunyi berkualiti Battista mengikut kemahuan mereka. Ini merupakan hasil kejuruteraan dan pembangunan yang terperinci ke atas bunyi sebenar motor elektrik yang dihasilkan melalui mod pemanduan yang berbeza. 

Memastikan pengalaman pemandu yang menentukan perbezaan bunyi mengikut mod pemanduan adalah satu cabaran, tetapi apabila variasi tersebut berjaya dihasilkan, ia adalah sesuatu yang amat membanggakan. Ia menjadi bukti usaha pasukan tersebut. Tahap personalisasi yang tinggi merangkumi kesemua aspek Battista, meningkatkan pengalaman mewah ke arah dimensi baharu, memastikan pemandu menikmati pemanduan bukan sahaja daripada gabungan prestasi rangkaian kuasa dan kualiti bahan dalaman yang mewah, malah bunyi kereta yang berkomunikasi dan menjadikan pemanduan terasa lebih selesa. 

TH: Keaslian bunyi adalah sangat istimewa pada pendapat saya. Sejak di peringkat permulaan, kami mahu menala bunyi kepada 432 Hz. Frekuensi asas 54 Hz menyampaikan kehebatan pembuatan kereta ini dan ciri semula jadinya, menggunakan perkakasan kenderaan sebagai asas untuk menjadikannya seunik dan seasli yang mungkin. Ini sejajar dengan ciri yang dimiliki oleh Automobili Pininfarina: reka bentuk asli, kemewahan mampan dan prestasi yang cemerlang. 

Cara bunyi ini menampilkan reka bentuk Battista serta nilai jenama secara keseluruhan juga unik. Kami bukan saja mencipta bunyi untuk kenderaan. Kami menilai dengan teliti bagaimana orang ramai menikmati keseluruhan pengalaman jenama ini, cara ia berkomunikasi dengan manusia dan bunyi 'suara' kenderaan tersebut. Tema reka bentuk dan bunyi yang sama diterapkan pada keseluruhan pengalaman. Bagi saya, ianya asli dan tulen serta menceritakan kisah yang penting tentang inovasi di Automobili Pininfarina. 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1795203/Automobili_Pininfarina_Battista_Sound_01.jpg?p=medium600 
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1795204/Automobili_Pininfarina_Battista_Sound_02.jpg?p=medium600 
Foto :https://mma.prnasia.com/media2/1795205/Automobili_Pininfarina_Battista_Sound_03.jpg?p=medium600 
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1795206/Automobili_Pininfarina_Battista_Sound_04.jpg?p=medium600 
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1795208/Automobili_Pininfarina_Battista_Sound_05.jpg?p=medium600 
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1795209/Automobili_Pininfarina_Battista_Sound_06.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1316779/Automobili_Pininfarina_Logo.jpg?p=medium600

For full gallery, please go to Dropbox link:
https://www.dropbox.com/sh/v92zn6vmnto9cmh/AAAuIE3kfJ6kmurJ_8WJdq9Pa?dl=0

Automobili Pininfarina Battista Sound 2
Automobili Pininfarina Battista Sound 2

Automobili Pininfarina Battista Sound 3
Automobili Pininfarina Battista Sound 3

Automobili Pininfarina Battista Sound 4
Automobili Pininfarina Battista Sound 4

Automobili Pininfarina Battista Sound 5
Automobili Pininfarina Battista Sound 5

Automobili Pininfarina Battista Sound 6
Automobili Pininfarina Battista Sound 6

 

 

Source: Automobili Pininfarina
Keywords: Art Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Music Transportation New products/services