omniture

DALAM KEADAAN INFLASI DAN KEKURANGAN MAKANAN YANG KIAN MERUNCING GOYA MENYATAKAN KOMITMEN BAHARUNYA UNTUK MENYUMBANG 300,000 PAUN MAKANAN KEPADA CHATOLIC CHARITIES OF NEW YORK

Goya Foods, Inc.
2022-04-15 20:42 347

JERSEY CITY, New Jersey, 15 April 2022 /PRNewswire/ -- Goya Foods, sebuah syarikat makanan milik Amerika Latin yang terbesar di Amerika Syarikat, mengumumkan komitmennya untuk mendermakan lebih 300,000 paun makanan kepada Catholic Charities of New York/ Feeding Our Neighbors.  Yang Mulia Kardinal Dolan membantu mengedarkan beg yang berisi barang keperluan dan produk Goya kepada keluarga yang memerlukan bantuan di Pusat Komuniti HANDS St. Jerome di New York dan membacakan doa khas pada hari Khamis. 

Goya distributed bags filled with Goya products and supplies to families in need at St. Jerome’s HANDS Community Center in the Bronx on Holy Thursday.
Goya distributed bags filled with Goya products and supplies to families in need at St. Jerome’s HANDS Community Center in the Bronx on Holy Thursday.

"Semasa berlakunya krisis, inflasi dan kekurangan makanan yang kian meruncing, keluarga Goya telah berusaha dengan penuh semangat dan tanpa mengenal penat lelah untuk menyediakan makanan berkhasiat kepada mereka yang memerlukan di seluruh Negara dan di seluruh dunia.  Kami bersyukur dengan pekerjaan kami dan dapat bangun setiap pagi dengan tujuan iaitu demi Tuhan, keluarga dan negara kami.  Hasilnya, sepanjang tahun ini dan khususnya pada Musim Suci ini, kami berbangga dapat menyumbangkan hadiah hasil usaha pekerja kami kepada keluarga yang memerlukan di bawah jagaan Catholic Charities," kata Bob Unanue, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Goya Foods.

Beberapa tahun kebelakangan ini telah memberi kesan buruk kepada tahap kesihatan dan keselamatan ekonomi keluarga yang berada dalam komuniti paling lemah di New York.  Goya telah menjadi penyokong kempen Catholic Charities/ Feeding our Neighbors selama enam tahun yang lalu dengan mendermakan lebih 1.8 juta paun makanan kepada golongan memerlukan di seluruh Bandar Raya New York. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Goya Gives, sila layari: www.goya.com

Tentang Goya Foods 

Ditubuhkan pada tahun 1936, Goya Foods, Inc. ialah sebuah syarikat makanan milik Amerika Latin yang terbesar di Amerika dan merupakan peneraju dalam sektor perasa serta makanan Amerika Latin. Goya mengilang, membungkus dan mengedarkan lebih 2,500 produk makanan berkualiti tinggi dari Sepanyol, Caribbean, Mexico, Amerika Tengah dan Selatan. Produk Goya berasal daripada tradisi kulinari komuniti Amerika Latin di seluruh dunia.  Gabungan bahan-bahan asli, perasa yang tahan lama serta penyediaannya yang mudah menjadikan produk Goya sesuai untuk semua jenis citarasa dan hidangan.  Untuk maklumat lanjut tentang Goya Foods, sila layari www.goya.com.

Hubungan media: Natalie Maniscalco, natalie@retromedianyc.com, 1-845-659-6506

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1797318/Goya_Foods_Donations.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1153368/GOYA_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Goya Foods, Inc.
Keywords: Food/Beverages Retail Corporate Social Responsibility Hispanic-oriented news Not for profit Religion