omniture

Open Compute Project Foundation Umum Strategi Reka Bentuk Bersama Perisian-Perkakasan Baharu.

Open Compute Project Foundation
2022-04-16 00:03 326

Perisian peka perkakasan mendorong prestasi perkakasan yang maksimum, mempercepatkan masa ke pasaran dan menambah baik kesan ekologi.

AUSTIN, Texas, 16 April 2022 /PRNewswire/ -- OCP Foundation, sebuah organisasi bukan untung yang membawa inovasi hiperskala kepada semua, hari ini mengumumkan sebuah strategi reka bentuk bersama perisian-perkakasan yang dibuktikan melalui sumbangan Microsoft dan Intel kepada OCP baru-baru ini dalam spesifikasi Pemayaan I/O (Input/Output) Boleh Skala (SIOV) dan kerjasama baharu melalui SONiC Project di Linux Foundation yang sedang berlangsung sekarang.

OCP's new hardware-software co-design strategy is exemplified by recent contributions by Microsoft and Intel of the Scalable I/O specification, and a new collaboration with the SONiC Project, now at the Linux Foundation.
OCP's new hardware-software co-design strategy is exemplified by recent contributions by Microsoft and Intel of the Scalable I/O specification, and a new collaboration with the SONiC Project, now at the Linux Foundation.

"Reka bentuk bersama perisian-perkakasan memberi tumpuan kepada perisian yang memerlukan pengetahuan terperinci tentang perkakasan untuk mendorong prestasi perkakasan yang maksimum dan mempercepat masa ke pasaran bagi perkakasan di mana prestasi sistem dan kesan ekologi boleh menjadi amat bergantung pada interaksi perisian dan perkakasan. Sebagai sebahagian daripada strategi reka bentuk bersama perisian-perkakasan OCP yang baharu ini, kami gembira kerana mempunyai sumbangan baharu daripada Microsoft dan Intel serta meneruskan kerjasama kami melalui SONiC Project di Linux Foundation," kata George Tchaparian, Ketua Pegawai Eksekutif Open Compute Project Foundation.

Reka bentuk bersama perisian-perkakasan mengambil kira kepentingan baharu kerana beban kerja perisian menjadi lebih pelbagai yang memerlukan silikon khusus untuk memberikan prestasi terbaik pada kos ekologi dan tenaga yang bersesuaian. Perisian sistem atau perisian tegar perlu direka menggunakan pengetahuan seni bina perkakasan asas untuk memberikan keseimbangan kejuruteraan yang sesuai di sepanjang lengkung kos berbanding prestasi yang membolehkan perisian yang lebih hijau.

Sumbangan terkini daripada Microsoft dan Intel bagi spesifikasi Pemayaan I/O Boleh Skala merupakan contoh strategi reka bentuk bersama perisian-perkakasan OCP yang penting dengan SIOV menyediakan seni bina perkakasan dan perisian untuk pemayaan I/O berskala besar-besaran. Spesifikasi ini merupakan evolusi SR-IOV (pemayaan output input punca tunggal) yang menghapuskan had penskalaan serta membolehkan ratusan dan ribuan VM (mesin maya) atau bekas perisian untuk berkongsi pelbagai peranti I/O secara dinamik yang memenuhi keperluan perisian natif awan moden pada hari ini. OCP berhasrat untuk mengembangkan komuniti yang sihat di sekitar SIOV yang menjadi pemangkin bagi mencetuskan inovasi dalam seni bina silikon dan awan.

Kerjasama antara OCP dengan Linux Foundation berkembang untuk merangkumi SONiC Project. Sejajar dengan reka bentuk bersama perisian-perkakasan, kerjasama ini diteruskan meliputi projek Antara Muka Pengabstrakan Pertukaran (SAI) yang selebihnya di OCP dan SONiC yang kini di Linux Foundation. OCP gembira kerana kerjasama ini membolehkan OCP mendapat manfaat daripada penerimaan SONiC yang lebih besar oleh komuniti pembangunan perisian Linux Foundation yang mewujudkan permintaan terhadap perkakasan pertukaran OCP yang diiktiraf serta membuka pasaran vertikal baharu untuk peralatan OCP yang diiktiraf.  Walaupun SONiC ialah sistem pengendalian (OS) pilihan bagi kebanyakan pengendali pusat data hiperskala, namun segmen pasaran lain memerlukan ciri khusus dan SAI akan membolehkan pasaran memilih OS pertukaran yang paling sesuai dengan penggunaannya.

"Pasaran Infrastruktur Pusat Data terus berkembang dengan peningkatan kepelbagaian silikon yang didorong oleh penerimagunaan beban kerja AI dan ML. Kepelbagaian ini membentuk semula pasaran tersebut yang mengalami tekanan untuk menyampaikan infrastruktur pengkomputeran berprestasi tinggi yang juga menguruskan kesan ekologi dan kuasanya. Gabungan keperluan ini menjadikan reka bentuk bersama perisian-perkakasan sebagai sesuatu yang penting," kata Ashish Nadkarni, Naib Presiden Kumpulan, Sistem Infrastruktur, Infrastruktur Seluruh Dunia IDC.

Sokongan daripada Pihak Berkepentingan Utama

Intel (SIOV)
"Intel komited terhadap standard terbuka sebagai pendorong yang memperkasakan ekosistem inovatif yang inklusif," kata Ronak Singhal, Rakan Kanan merangkap Ketua Arkitek bagi Hala Tuju & Teknologi Intel Xeon, Intel.  "Melalui kerjasama dengan Open Compute Project untuk mengehos spesifikasi Pemayaan I/O Boleh Skala (SIOV) baharu, keseluruhan ekosistem peranti CPU dan PCIe dapat mempercepat penerimagunaan pemayaan I/O yang lebih boleh diskala, cekap dan berprestasi tinggi untuk era hiperskala."

Microsoft (SONiC)
"Sistem Pengendalian Rangkaian SONiC sumber terbuka membolehkan inovasi yang pantas di seluruh ekosistem rangkaian dan ia bermula dengan takrifan Antara Muka Pengabstrakan Pertukaran (SAI) di OCP.  OCP dan SONiC telah menyumbang secara besar-besaran kepada pertumbuhan satu sama lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini.  SONiC kini menyertai Linux Foundation untuk memperluas komuniti dan industri yang diberi perkhidmatan olehnya.  OCP & LF SONiC Foundation akan terus bekerjasama erat di seluruh spesifikasi perkakasan dan SAI sebagai sebahagian daripada strategi reka bentuk bersama perisian-perkakasan OCP," kata Dave Maltz, Ahli Lembaga Pengarah SONiC Foundation yang juga Rakan Teknikal/CVP Microsoft.

Linux Foundation 
"Linux Foundation gembira mengalu-alukan kedatangan SONiC, peneraju dalam penggunaan pusat data sumber terbuka NOS, kepada komuniti kami yang semakin berkembang bagi projek rangkaian terbuka dan komuniti pembangun," kata Arpit Joshipura, Pengurus Besar Rangkaian, Pinggir dan IoT Linux Foundation. "Ketika kami memberi tumpuan kepada komponen perisian SONiC, kami berharap dapat bekerjasama dengan Open Compute Foundation (OCP) bagi menyelaraskan perkakasan dan spesifikasi seperti SAI."

Tentang Open Compute Project Foundation
Pada teras Open Compute Project (OCP) ialah komuniti pengendali pusat data hiperskalanya yang disertai oleh penyedia telekom dan kolokasi serta pengguna IT perusahaan, bekerjasama dengan vendor untuk membangunkan inovasi terbuka yang apabila diterapkan dalam produk, akan dimanfaatkan dari awan ke pinggir. OCP Foundation bertanggungjawab untuk memupuk dan memberikan perkhidmatan kepada komuniti OCP bagi memenuhi pasaran dan membentuk masa depan dengan membawakan inovasi yang didorong hiperskala kepada semua orang. Memenuhi pasaran ini dicapai melalui reka bentuk terbuka dan amalan terbaik serta dengan kemudahan pusat data dan peralatan IT yang menerapkan inovasi yang dibangunkan oleh komuniti OCP untuk kecekapan, operasi pada skala dan kelestarian.  Membentuk masa depan merangkumi pelaburan dalam inisiatif strategik yang menyediakan ekosistem IT untuk perubahan utama seperti AI & ML, optik, teknik penyejukan yang maju dan silikon yang boleh dikompos.  Ketahui lebih lanjut di www.opencompute.org.

Hubungan Media
Dirk Van Slyke
Open Compute Project Foundation
Naib Presiden, Ketua Pegawai Pemasaran
dirkv@opencompute.org 
Telefon Mudah Alih: +1 303-999-7398
(Zon Waktu Tengah/CST/Houston, TX)

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1797406/OCP_hardware_sofware_co_design_infographic_v1_2a.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Open Compute Project Foundation
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services Not for profit Data Analytics