omniture

CATL jalin kerjasama dengan Indonesia tingkatkan e-mobiliti dengan pelaburan hampir 6 bilion USD

CATL
2022-04-18 08:59 184
  • CBL berganding bahu dengan ANTAM dan IBI Indonesia untuk Projek Integrasi Bateri EV Indonesia
  • Melalui pelaburan bersama sebanyak hampir 6 bilion USD, projek ini memfokuskan kepada perlombongan dan pemprosesan nikel, bahan bateri, pembuatan bateri serta kitar semula bateri
  • Perkongsian ini menandakan pencapaian penting untuk pengembangan jejak global CATL dan juga akan menggalakkan industri kenderaan Indonesia

NINGDE, China, 18 April 2022 /PRNewswire/ -- Pada 14 April, Ningbo Contemporary Brunp Lygend Co., Ltd. (CBL), subsidiari Guangdong Brunp Recycling Technology Co., Ltd (Brunp), menandatangani perjanjian rangka kerja tiga pihak bersama PT Aneka Tambang (ANTAM) dan PT Industri Baterai Indonesia (IBI) untuk bekerjasama dalam Projek Integrasi Bateri EV Indonesia yang melibatkan perlombongan dan pemprosesan nikel, bahan bateri EV, pembuatan bateri EV dan kitar semula bateri. Brunp ialah subsidiari Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL).

Dengan pelaburan bersama sebanyak 5.968 bilion USD, projek ini ditempatkan di FHT Industrial Park, Halmahera Timur, Wilayah Maluku Utara Indonesia dan juga tempat-tempat lain di negara ini.

ANTAM ialah ahli syarikat perlombongan milik negara MIND ID Indonesia. IBI, atau Indonesia Battery Corporation ialah syarikat milik negara yang terlibat dalam kenderaan elektrik bateri dan ekosism EV dan juga subsidiari MIND ID dan ANTAM.

Projek ini akan meningkatkan lagi jejak CATL dalam industri bateri, memastikan bekalan bahan mentah dan sumber huluan, menurunkan kos pembuatan dan menggalakkan pembangunan perniagaan kitar semula bateri.

"Projek Indonesia ini merupakan satu pencapaian penting untuk CATL apabila kami meluaskan jejak global kami dan ia akan menjadi lambang persahabatan yang berkekalan antara China dan Indonesia," kata Robin Zeng, pengasas dan pengerusi CATL. "Kami amat yakin dengan pembangunan projek ini pada masa depan."

"Perjanjian rangka kerja yang ditandatangani oleh kami pada hari ini adalah sangat penting untuk Indonesia ketika kami berusaha untuk membina ekosistem EV," kata Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Penyelaras untuk Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan. "Saya percaya dengan usaha bersepadu daripada semua pihak, projek ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya."

Source: CATL
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Contracts Joint ventures