omniture

Pameran Canton Mulakan Sesi ke-131 Hari Ini

Pameran Canton
2022-04-18 09:07 157

GUANGZHOU, China, 18 April 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton), bertema "Menghubungkan Dwi-Peredaran Domestik dan Antarabangsa", membuka sesi ke-131nya secara dalam talian pada hari ini. Pameran Canton tahun ini telah menerima jumlah produk yang mencatat rekod tertinggi iaitu sebanyak lebih daripada 2.9 juta produk termasuk lebih daripada 900,000 produk baharu dan 480,000 barang pamer mesra alam dan karbon-rendah.

Xu Bing, Jurucakap bagi Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre, menyatakan bahawa penganjuran Pameran Canton ke-131 memperlihatkan usaha berterusan dan keyakinan China untuk meneruskan dasar pembukaan dan kerjasama antarabangsanya serta memberi sumbangan untuk menyokong kestabilan rantaian industri dan bekalan selain kepada kerjasama perdagangan antarabangsa dan pemulihan ekonomi dunia.


Acara selama sepuluh hari ini akan menghimpunkan sekitar 25,500 peserta pameran dari dalam dan luar negara untuk mengambil bahagian di 50 kawasan pameran merentas 16 kategori secara percuma, termasuk 402 perniagaan antarabangsa dari 32 negara dan wilayah untuk menyertai Pavilion Antarabangsa.

Pameran Canton kali ke-131 ini memfokuskan kepada peningkatan pengalaman pembeli dari setiap perspektif melalui langkah-langkah bersasar. Pameran ini telah mengemas kini sistem laman sesawang rasminya untuk mengoptimumkan konfigurasi pemecutan rangkaian global bagi meningkatkan kepantasan akses rentas sempadan dan ketepatan carian. Pameran ini juga menaik taraf peserta pameran dan barang pamer, menambah tag untuk jenama-jenama Cina khusus, berteknologi tinggi atau telah lama bertapak serta produk-produk mesra alam atau pintar bagi tujuan pengecaman yang mudah.

Pembeli akan mendapat akses kepada peluang perniagaan melalui pelbagai acara. Lebih daripada 100 upacara pelancaran akan memperkenalkan produk, teknologi, jenama dan perkhidmatan baharu yang mewakili inovasi yang terkini daripada para pengeluar Cina. Pembeli juga boleh menyertai sepuluh forum perkongsian dalam talian bertema mengenai topik-topik sohor kini seperti dwi-peredaran, RCEP dan "dwi-karbon" bagi membantu syarikat-syarikat memahami lebih lanjut mengenai tinjauan pasaran. Berserta penaiktarafan anugerah unggulan Pameran Canton, iaitu Anugerah Reka Bentuk Pameran Canton, pengunjung akan berpeluang untuk menyesuaikan pengalaman membeli mereka.

Di samping itu, Pameran ini, melalui 170 rakan kongsi global yang bekerjasama, termasuk 14 perkongsian baharu bersama institusi-institusi perindustrian dan komersial daripada Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) serta negara-negara anggota RCEP seperti Vietnam, Laos, Kuwait dan Iraq, telah melancarkan siri acara pemadanan dan promosi mengikut sektor.

Sila daftar https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index#/foreign-email untuk lebih banyak peluang perniagaan.

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news