Pelancaran teknologi sten baharu dengan data keberkesanan dan keselamatan selama 10 tahun menambahkan lagi momentum kepada perjalanan pertumbuhan global syarikat ini
NEW DELHI dan HECHINGEN, Jerman, 19 April 2022 /PRNewswire/ -- Translumina, sebuah syarikat pembangun dan pengeluar global bagi peranti perubatan kardiovaskular inovatif yang digunakan dalam kardiologi intervensi, mengumumkan pelancaran VIVO ISAR, iaitu sten bersalut bebas polimer dwi-ubat (DDCS) generasi terkininya di pelbagai pasaran antarabangsa termasuk di Eropah.
Sebagai sebuah organisasi, Translumina sentiasa sinonim dengan inovasi dalam bidang intervensi kardiologi dan pengumuman yang dibuat pada hari ini mengukuhkan lagi portfolio kardiovaskular globalnya.
Beberapa kajian telah membuktikan bahawa polimer ialah proradang dan boleh menyebabkan trombosis sten. Walau bagaimanapun, penggunaan polimer diperlukan dalam DES generasi semasa kerana ia mengawal kinetik pelepasan ubat dengan bertindak sebagai pembawa untuk memuat dan melepaskan ubat.
VIVO ISAR merupakan teknologi Sten Koronari Bebas Polimer Dwi-Ubat pertama yang menyatukan sten dengan profil keselamatan yang unggul tanpa menjejaskan kinetik pelepasan ubat . VIVO ISAR ialah teknologi pertama yang menggunakan Probucol, sejenis ubat antioksida yang mengurangkan lipid sebagai pembawa untuk melepaskan Sirolimus (ubat antirestenotik) dan seterusnya mewujudkan platform DES bebas polimer tanpa menjejaskan keselamatan dan keberkesanan.
Pada tahun 2020, Translumina menjadi satu-satunya syarikat di dunia yang menerbitkan data susulan selama 10 tahun tentang Sten Bersalut Bebas Polimer Dwi-Ubat (DDCS) miliknya iaituVIVO ISAR. Jurnal Kolej Kardiologi Amerika (JACC), yang merupakan antara penerbitan terbaik dalam dunia kardiologi dengan faktor berimpak tinggi seperti dinyatakan Laporan Petikan Jurnal, telah menerbitkan data susulan keberkesanan dan keselamatan selama 10 tahun bagi VIVO ISAR.
"Hasil selama sepuluh tahun bagi VIVO ISAR menjadi satu kejayaan yang besar dalam teknologi DES kerana ia membuktikan bahawa polimer sintetik boleh dikeluarkan daripada DES tanpa menjejaskan keberkesanan DES. Profil keselamatan yang cemerlang yang ditunjukkan dalam kajian susulan selama 10 tahun ini amat penting kerana ia memberikan sebuah teknologi baharu yang hebat untuk merawat penyakit arteri koronari yang kompleks dalam subset pesakit berisiko tinggi. Teknologi DES ini berpotensi besar untuk memendekkan tempoh terapi dua antiplatelet dengan ketara," kata Dr. Adnan Kastrati, Pengarah Makmal Pengkateteran Jantung, Pusat Jantung Jerman, Munich merangkap penyelidik utama ISAR TEST 5, ujian yang membandingkan VIVO ISAR dengan Endeavour Resolute (Medtronic Inc USA).
Pesakit kencing manis memberikan cabaran tertentu kerana penyakit ini dikaitkan dengan manifestasi yang lebih meresap dan menyebabkan hasil klinikal suboptimum selepas intervensi koronari perkutaneus.
Pada tahun 2021, Jurnal Persatuan Jantung Amerika menerbitkan data keberkesanan dan keselamatan selama 10 tahun yang menarik tentang VIVO ISAR pada satu subset Diabetes yang menonjolkan profil keberkesanan dan keselamatannya yang cemerlang dengan pengurangan MI sebanyak 30% berbanding Endeavour Resolute. Translumina menjadi syarikat pertama di dunia yang memperoleh susulan RCT yang paling lama dengan Sten Pelepasan Dwi-Ubat utama miliknya yang memberikan harapan baharu kepada subset diabetes berisiko tinggi.
Translumina telah melancarkan VIVO ISAR di Itali & Sepanyol dan merancang untuk melancarkannya di beberapa pasaran di seluruh Eropah, Amerika Latin dan Asia Pasifik sepanjang beberapa bulan yang akan datang.
"Kami amat gembira kerana dapat menyediakan sten berkualiti tinggi premium kami kepada pelanggan di seluruh dunia. Pakar kardiologi di seluruh dunia kini mempunyai pilihan untuk memberikan Sten Pelepasan Ubat yang terbukti dan lebih selamat kepada para pesakit mereka yang mungkin memperoleh hasil yang lebih teruk dengan DES konvensional, terutamanya dalam kalangan subset diabetes berisiko tinggi," kata Gurmit Singh Chugh, Pengarah Urusan merangkap Pengasas Bersama Translumina.
Everstone Capital melabur dalam Translumina pada tahun 2019 untuk mengukuhkan lagi perancangan penyelidikan & pembangunannya, meningkatkan operasi pembuatan dan memperluas jejak globalnya untuk mengubah Translumina menjadi sebuah syarikat peranti perubatan multinasional yang terkemuka.
"Kami berbangga kerana Translumina menerajui perjalanan global dalam mewujudkan piawaian data klinikal tertinggi yang membolehkan pakar perubatan merawat pesakit dengan lebih keyakinan dan kepastian," kata Dr. Arjun Oberoi, Pengarah Urusan Everstone Capital.
Tentang Translumina
Translumina ialah sebuah syarikat pembangun dan pengeluar global bagi peranti perubatan kardiovaskular inovatif yang digunakan dalam kardiologi intervensi. Produk utamanya, YUKON® Choice PC, YUKON® Choice Flex, YUKON® Chrome PC dan VIVO ISAR mewakili sistem sten pelepasan ubat generasi ke-3.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1797972/Translumina_Logo.jpg?p=medium600