omniture

Gastroenterologi: NTC serah permohonan kebenaran pemasaran untuk KLEERKOL® di EU

NTC s.r.l.
2022-04-19 18:00 24

MILAN, 19 April 2022 /PRNewswire/ -- NTC Srl, sebuah syarikat farmaseutikal dipacu R&D yang beribu pejabat di Itali mengumumkan penyerahan permohonan kebenaran pemasaran melalui Prosedur Tidak Berpusat (DCP) Eropah untuk produk pembangunannya, NTC015 (Kleerkol®) bagi persiapan usus untuk kolonoskopi.

"Kolonoskopi kekal sebagai standard untuk mendiagnosis dan memantau kanser kolorektum serta untuk diagnosis dan pengawasan penyakit debu inflamatori", kata Maurizio Vecchi, Unit Gastroenterologi dan Endoskopi, Yayasan IRCCS Ca' Granda Ospedale Maggiore Policlinico, Milan, Itali. "Usus besar mesti dikosongkan sepenuhnya daripada najis untuk prosedur tersebut. Semua pesakit pada masa ini mesti menjalani persiapan usus berjadual yang kadang-kadang berlangsung lebih daripada satu hari yang merangkumi sekatan diet dan menelan sejumlah besar cecair dan larutan bagi pembersihan kolon. Ubat berkesan yang membuatkan proses pembersihan usus menjadi pantas, memuaskan dan mudah diambil oleh pesakit akan menjadi pilihan terapeutik yang baharu dan menarik."

"Persiapan usus sebelum kolonoskopi selalunya menjadi pengalaman yang membebankan dan sekiranya tidak mencukupi, ia menyebabkan keberkesanan suboptimum dan meningkatkan keperluan untuk mengulangi prosedur tersebut. Malah, sesetengah pesakit memutuskan untuk tidak menjalani ujian ini disebabkan persiapan usus yang menyusahkan" Peter Uebel, Pengamal gastroenterologi dan pakar perubatan dalaman di Pusat Kesihatan di negeri Ludwigshafen am Rhein, Jerman . "Atas sebab ini, adalah penting untuk menawarkan kepada pesakit dengan persiapan usus yang berkesan, mudah digunakan, bertindak pantas, lebih ringkas dan memuaskan."

NTC015 dibangunkan untuk bertindak balas terhadap keperluan perubatan yang tidak dipenuhi dari segi kepantasan, mudah untuk diambil dan rasa yang sedap. Untuk mendapat kelulusan terhadapnya, ujian terkawal dengan reka bentuk kajian yang mudah suai telah dijalankan. "Baru-baru ini kami telah menamatkan Ujian Kepuasan yang merupakan suatu kajian antarabangsa berbilang pusat terhadap Kleerkol®. Berdasarkan hasil kajian ini, kami telah menghantar permohonan kebenaran pemasaran di EU. Matlamat kami ialah untuk menjadikan Kleerkol® tersedia di Eropah dengan seberapa segera. Kami juga menjangkakan untuk mendaftarkannya di luar Eropah secara global, melalui kerjasama dengan rakan kongsi kami. Pada masa ini, kami masih mempunyai beberapa buah negara yang masih tersedia untuk bekerjasama bagi menawarkan penyelesaian inovatif ini kepada para pesakit dan doktor di seluruh dunia" Riccardo Carbucicchio, Ketua Pegawai Eksekutif NTC menyimpulkan.

Tentang NTC 

Sebuah syarikat farmaseutikal yang beribu pejabat di Milan - Itali, dengan pengedar dan rakan kongsi di lebih 100 buah negara, yang terlibat dalam penyelidikan, pembangunan, pendaftaran dan pengkomersialan ubat-ubatan, peranti perubatan dan makanan tambahan dalam bidang oftalmologi dan terapeutik lain termasuk pediatrik, ginekologi dan gastroenterologi. NTC menawarkan produk farmaseutikal dengan standard berkualiti tinggi dan inovatif kepada lebih 200 rakan kongsi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ntcpharma.com

 

 

Source: NTC s.r.l.
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services