omniture

Syarikat Barangan Pengguna Mengumumkan Kedudukan dalam Teknologi Kitar Semula Kimia dan Menerbitkan Penilaian Kitaran Hayat

The Consumer Goods Forum
2022-04-19 22:35 49

- Bagi pertama kalinya, syarikat barangan pengguna bergabung tenaga melalui Forum Barangan Pengguna (CGF) untuk menetapkan agenda pembangunan teknologi kitar semula plastik yang baharu.

- Gabungan Tindakan pada Sisa Plastik CGF hari ini telah menerbitkan satu kajian saintifik bebas yang menunjukkan bahawa kitar semula kimia bagi sisa plastik yang sukar dikitar semula boleh mengurangkan kesan iklim yang disebabkan oleh plastik berbanding pembakaran sisa plastik kepada tenaga.

- 16 syarikat ahli juga telah mengarang bersama kertas kerja yang menggariskan satu set prinsip untuk pembangunan industri kitar semula kimia yang boleh dipercayai, selamat dan mesra alam. 

PARIS, 19 April 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada misinya untuk menangani cabaran pencemaran plastik dan membantu memajukan dunia menjadi tempat tanpa plastik yang berakhir di alam semula jadi, Gabungan Tindakan Sisa Plastik (Gabungan) Forum Barangan Pengguna (CGF) berbesar hati untuk mengumumkan penerbitan Kertas Visi dan Prinsip, bertajuk "Kitar Semula Kimia dalam Ekonomi Kitaran untuk Plastik" yang menggalakkan pembangunan teknologi kitar semula plastik baharu yang memenuhi enam prinsip utama untuk pembangunan yang boleh dipercayai, selamat dan mesra alam. Bagi menyokong kertas kedudukan ini, Gabungan juga telah menerbitkan kajian Penilaian Kitaran Hayat (LCA) bebas yang baharu, yang menunjukkan bahawa kitar semula kimia bagi sisa plastik yang sukar dikitar semula boleh mengurangkan kesan iklim yang disebabkan oleh plastik berbanding pembakaran sisa plastik kepada tenaga.

Berpandukan komitmen global yang diterajui oleh Yayasan Ellen MacArthur, dan selaras dengan Perjanjian PBB tentang Pencemaran Plastik yang baru diumumkan, Gabungan komited untuk memacu kemajuan ke arah merealisasikan ekonomi kitaran. Untuk mencapai tujuan ini, pada tahun 2021, Gabungan melancarkan set lengkap Peraturan Reka Bentuk Emas, bagi reka bentuk pembungkusan plastik. Pada masa yang sama, ahli gabungan telah membangunkan rangka kerja untuk program Lanjutan Tanggungjawab Pengeluar (EPR) yang optimum, sebagai sebahagian daripada penglibatan mereka dalam pasaran maju dan peralihan untuk meningkatkan kadar kitar semula bagi pembungkusan yang tidak boleh digunakan semula. Gabungan bersama-sama berusaha untuk menggalakkan inovasi kitar semula untuk menutup gelung, termasuk kitar semula kimia untuk melengkapkan kapasiti mekanikal yang semakin meningkat.

Untuk membantu mencapai matlamat akhir ini, Gabungan telah menyelaraskan visi dan set prinsip yang sama bagi penskalaan selamat kitar semula kimia berasaskan pirolisis, yang dipercayai menyediakan panduan untuk pembangunan positif teknologi. Kertas ini menyatakan bahawa kitar semula kimia boleh meningkatkan kadar kitar semula pembungkusan yang dapat membolehkan sasaran kitar semula dicapai, terutamanya untuk plastik yang sukar dikitar semula, contohnya filem fleksibel pasca pengguna. Untuk memastikan kitar semula kimia dibangunkan dan dikendalikan dalam keadaan yang boleh dipercayai, selamat dan mesra alam, dan untuk membantu menggalakkan pembangunan ini, kertas kerja ini menggariskan enam prinsip utama yang berkaitan dengan: kesalinglengkapan dengan kitar semula mekanikal, kebolehkesanan bahan, hasil proses dan kesan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan serta tuntutan.

Ahli Gabungan Sisa Plastik CGF diharapkan dapat memainkan peranan positif bagi sistem kitar semula kimia yang boleh dipercayai dan selamat. Ahli CGF mengalu-alukan maklum balas dan penglibatan pada kajian ini dan kerjanya yang lebih luas dalam Gabungan Tindakan Sisa Plastik.

Barry Parkin, Ketua Pegawai Kelestarian, Mars, Incorporated, berkata, "Kitar Semula Kimia adalah pelengkap penting kepada Kitar Semula Mekanikal kerana ia akan membolehkan kuantiti besar pembungkusan fleksibel dikitar semula menjadi bahan pembungkusan gred makanan. Kajian ini menunjukkan bahawa kitar semula kimia mempunyai jejak karbon yang jauh lebih rendah daripada penghujung hayat pembungkusan fleksibel semasa."

Colin Kerr, Pengarah Pembungkusan, Unilever, berkata, "Sambil kita terus mengurangkan penggunaan plastik dara, teknologi baharu seperti kitar semula kimia boleh membantu meningkatkan kadar kitar semula dan meningkatkan ketersediaan bahan kitar semula gred makanan. Prinsip dan kerja Penilaian Kitaran Hayat daripada Forum Barangan Pengguna menjadi kunci dalam memastikan perkara ini boleh dilaksanakan dengan cara yang selamat dan mesra alam."

Llorenç Milà i Canals, PhD, Ketua Sekretariat Inisiatif Kitaran Hayat, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berkata, "Adalah penting untuk mempertimbangkan semua potensi kesan alam sekitar merentasi kitaran hayat sistem pengeluaran dan penggunaan semasa membuat penilaian teknologi seperti kitar semula kimia bagi plastik. Cabaran khusus bagi teknologi yang agak baharu ini merangkumi komposisi kimia bahan buangan, pelepasan dan sisa daripada pusat kitar semua, berserta keperluan untuk peralatan dan pengurusan kawalan pencemaran tambahan; ini perlu menjadi sebahagian daripada penilaian. Penilaian Kitaran Hayat merupakan alat piawai untuk melaksanakan perkara itu, memastikan penelitian yang diperlukan oleh pakar dan pihak yang berkepentingan; Forum Barangan Pengguna telah memulakan proses yang sangat berguna untuk menjelaskan aspek-aspek ini dalam laporan ini"

Sander Defruyt, Ketua, Ekonomi Plastik Baharu, Yayasan Ellen MacArthur, berkata "Menyedari bahawa pengurangan dan penggunaan semula pembungkusan perlu diutamakan, dan memperakui batasan teknologi, kertas itu mengemukakan kedudukan industri tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Pirolisis CR dalam peralihan kepada ekonomi kitaran bagi plastik dan prinsip utama serta syarat sempadan yang perlu dipatuhinya."

Sebagai sebahagian daripada kerja Gabungan, kajian bebas untuk melihat secara khusus topik kesan perubahan iklim telah ditugaskan. Kajian itu dilaksanakan oleh perunding pakar alam sekitar Sphera dan disemak setara sepanjang proses oleh panel pakar dari Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Northwestern University (AS) dan Eunomia. Kajian ini menyediakan penilaian kesan kitaran hayat, dan membandingkan plastik konvensional yang dihasilkan daripada fosil dan dibakar pada akhir hayat, dengan plastik kitar semula secara kimia dalam sistem kitaran.

Penemuan itu menunjukkan bahawa kitar semula kimia bagi sisa plastik yang sukar dikitar semula boleh mengurangkan kesan iklim yang disebabkan oleh plastik berbanding pembakaran sisa kepada tenaga. Terutamanya, pelepasan GRH kitaran hayat bagi pembungkusan pengguna fleksibel yang diperbuat daripada sisa plastik melalui kitar semula kimia berasaskan pirolisis dan dikitar semula pada penghujung hayat adalah 43% lebih rendah daripada filem plastik yang dihasilkan daripada bahan api fosil dan dilupuskan melalui pembakaran pada akhir hayat.

Butiran terperinci tentang penemuan LCA boleh didapati dalam Laporan Teknikal dan Ringkasan Bukan Teknikal.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1279200/The_Consumer_Goods_Forum_Logo.jpg?p=medium600

Maklumat Hubungan

Ignacio Gavilan
Pengarah, Kelestarian Alam Sekitar
environmental@theconsumergoodsforum.com

Louise Chester
Pegawai Komunikasi
l.chester@theconsumergoodsforum.com

Source: The Consumer Goods Forum
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Publishing/Information Service Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility