omniture

KAROL G MENYERLAH DI COACHELLA MEMUKAU RIBUAN ORANG SEMASA PERSEMBAHAN YANG MEMBERI IMPAK & SANGAT MENGGEMBIRAKAN

Universal Music Latin Entertainment
2022-04-19 23:43 43

MIAMI,, 20 April 2022 /PRNewswire/ -- Bintang terkenal global, Karol G, telah menyampaikan persembahan yang hebat pada hujung minggu lalu di Coachella. Menandakan persembahan kali pertamanya di festival ikonik itu, penyanyi serta pencipta lagu yang memenangi anugerah GRAMMY® Latin itu menambah satu pencapaian baharu dalam kerjayanya dengan menyampaikan bakat terbaiknya dan mengambil bahagian di pentas utama, tempat di mana para artis seperti Billie Eilish, Daniel Caesar, Doja Cat, Harry Styles, Lil' Baby, Megan Thee Stallion, Swedish House Mafia dan The Weeknd telah membuat persembahan.

Photo: Felipe Orvi | Karol G on the Coachella Stage Weekend 1 at Coachella Arts & Music Festival in Indio, California.
Photo: Felipe Orvi | Karol G on the Coachella Stage Weekend 1 at Coachella Arts & Music Festival in Indio, California.

Semasa beliau naik ke pentas, Karol G menerima sambutan hangat daripada para hadirin yang menari dengan penuh riang mengikut rentak lagunya. Dengan produksi berkaliber tinggi yang penuh dengan warna-warni, pertunjukan cahaya dan koreografi yang mempesonakan, para artis bukan sahaja merancakkan festival itu tetapi juga berhubung erat dengan semua orang yang hadir. Pentas ini menyediakan pengalaman mengasyikkan yang membawa para peminat ke jalan-jalan kawasan kejiranan Latin yang telah dicipta sebagai penghormatan kepada budaya Latin serta diiringi oleh sebuah kumpulan muzik dengan instrumen tradisional muzik Latin.

Semasa melakukan persembahannya, Karol G membawakan beberapa lagu popular beliau kepada para penonton seperti "El Makinón," "Mi Cama," "Bichota" dan "Ahora Me Llama" serta "El Barco" dan juga "200 Copas." Sebagai sebahagian daripada penghormatan beliau kepada budaya Latin, beliau juga mempersembahkan satu gabungan lagu yang mengasyikkan daripada beberapa lagu klasik paling ikonik dalam muzik Latin termasuk "La Bamba," "Como La Flor," "Maria," "Macarena," "La Vida Es Un Carnaval," "Gasolina," "Hips Don't Lie," "Despacito" dan "Mi Gente". Bagi memeriahkan lagi tontonannya, beliau mengalu-alukan Tiësto ke atas pentas untuk menyanyikan "Don't Be Shy" dan kemudian menjemput artis yang telah menerima berbilang anugerah platinum Becky G untuk mempersembahkan lagu kolaborasi terbaharu mereka, "MAMIII". Akhir sekali, beliau mengakhiri persembahannya dengan penuh bertenaga, menyampaikan lagu yang membawakan kejayaannya di peringkat global, "Tusa."

Penyertaan Karol G dalam Coachella sememangnya merupakan satu pencapaian yang sangat penting dalam kerjaya beliau yang turut menunjukkan perkembangan artistiknya. Selain itu, melalui persembahan beliau, artis itu telah menyampaikan mesej inspirasi yang meraikan warga Latin dan khalayak antarabangsa yang bersatu tanpa mengira perbezaan budaya dan bahasa. Sementara itu, Karol G meneruskan persiapan untuk persembahan Coachella keduanya yang akan berlangsung pada hari Ahad depan bersamaan 24 April.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1799109/KAROL_G_COACHELLA_PERFORMANCE.jpg?p=medium600

Source: Universal Music Latin Entertainment
Keywords: Art Entertainment Music Hispanic-oriented news Licensing/marketing agreements New products/services